Javascript must be enabled to continue!
Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah
View through CrossRef
Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab bersesuaian dengan bahasa pertuturan masyarakat di tempat penurunan awalnya iaitu di Kota Makkah. Kandungan setiap ayatnya terbina daripada kalimah-kalimah Arab, yang mana setiap kalimah tersebut pula terbina dari huruf-huruf ejaan yang dikenali sebagai Huruf Hijaiyyah. Dalam konteks bacaan al-Quran, huruf-huruf ini dipanggil sebagai huruf-huruf al-Quran kerana berlegarnya huruf-huruf tersebut di dalam al-Quran. Isu kelemahan penguasaan praktikal sebutan huruf-huruf al-Quran dalam kalangan golongan dewasa dilihat masih berterusan hingga kini. Hasil tinjauan secara khusus di beberapa pusat-pusat pengajian al-Quran di Zon Utara, dilaporkan peratusan golongan ini menghampiri 70% di pusat pengajian masing-masing. Tidak ketinggalan isu ini juga berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan juga sebahagian besar para pelajar di kelas-kelas al-Quran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan meneroka dan mendedahkan konsonan-konsonan huruf al-Quran yang terdapat dalam Surah al-Fatihah. Untuk mengenal pasti konsonan-konsonan huruf al-Quran tersebut, para penyelidik menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Kajian ini juga hanya tertumpu kepada Surah al-Fatihah sebagai usaha awal ke arah memperhalusi perbahasan mengenai konsonan-konsonan huruf dalam al-Quran dan seterusnya akan diperluas kepada surah-surah yang lain sehingga meliputi 30 juzuk al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 10 konsonan huruf al-Quran iaitu Istifal, Hams, Isti’la’, Inhiraf, Takrir, Bainiyyah, Rakhawah, Ghunnah, Itbaq dan Istiṭalah di dalam Surah al-Fatihah. Diharapkan pendedahan data-data berkaitan konsonan-konsonan huruf dalam Surah al-Fatihah ini dapat membantu masyarakat menambah input dan ilmu pengetahuan mengenai pengaplikasian sebutan huruf-huruf al-Quran yang tepat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Title: Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah
Description:
Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab bersesuaian dengan bahasa pertuturan masyarakat di tempat penurunan awalnya iaitu di Kota Makkah.
Kandungan setiap ayatnya terbina daripada kalimah-kalimah Arab, yang mana setiap kalimah tersebut pula terbina dari huruf-huruf ejaan yang dikenali sebagai Huruf Hijaiyyah.
Dalam konteks bacaan al-Quran, huruf-huruf ini dipanggil sebagai huruf-huruf al-Quran kerana berlegarnya huruf-huruf tersebut di dalam al-Quran.
Isu kelemahan penguasaan praktikal sebutan huruf-huruf al-Quran dalam kalangan golongan dewasa dilihat masih berterusan hingga kini.
Hasil tinjauan secara khusus di beberapa pusat-pusat pengajian al-Quran di Zon Utara, dilaporkan peratusan golongan ini menghampiri 70% di pusat pengajian masing-masing.
Tidak ketinggalan isu ini juga berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan juga sebahagian besar para pelajar di kelas-kelas al-Quran.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan meneroka dan mendedahkan konsonan-konsonan huruf al-Quran yang terdapat dalam Surah al-Fatihah.
Untuk mengenal pasti konsonan-konsonan huruf al-Quran tersebut, para penyelidik menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan.
Kajian ini juga hanya tertumpu kepada Surah al-Fatihah sebagai usaha awal ke arah memperhalusi perbahasan mengenai konsonan-konsonan huruf dalam al-Quran dan seterusnya akan diperluas kepada surah-surah yang lain sehingga meliputi 30 juzuk al-Quran.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 10 konsonan huruf al-Quran iaitu Istifal, Hams, Isti’la’, Inhiraf, Takrir, Bainiyyah, Rakhawah, Ghunnah, Itbaq dan Istiṭalah di dalam Surah al-Fatihah.
Diharapkan pendedahan data-data berkaitan konsonan-konsonan huruf dalam Surah al-Fatihah ini dapat membantu masyarakat menambah input dan ilmu pengetahuan mengenai pengaplikasian sebutan huruf-huruf al-Quran yang tepat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Related Results
Metodologi Penulisan Manzumah Tajwid Surah Al-Fatihah Karya Jamal Al-Din Al-Sarsari (W. 656h)
Metodologi Penulisan Manzumah Tajwid Surah Al-Fatihah Karya Jamal Al-Din Al-Sarsari (W. 656h)
Surah al-Fatihah is one of the pillars of prayer that must be read when performing prayer. A person's failure to fulfill the mandatory requirement of reciting surah al-Fatihah in...
PENGGUNAAN PAPAN MAGNETIK DALAMPEMBELAJARAAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN SISWA TUNAGRAHITA RINGAN KELAS III SLB NEGERI 1 RANAH PESISIR
PENGGUNAAN PAPAN MAGNETIK DALAMPEMBELAJARAAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN SISWA TUNAGRAHITA RINGAN KELAS III SLB NEGERI 1 RANAH PESISIR
Pembelajaran huruf vokal dan konsnan, khususnya dalam membaca permulaan pada siswa tunagrahita ringan, pendidik harus kreatif dalam memilih atau menentukan media yang digunakan kar...
Strategi Eksplisitasi Pengkhususan Leksikal dalam Terjemahan Al-Quran: Kajian Terhadap Majāz Mursal oleh Mahmud Yunus
Strategi Eksplisitasi Pengkhususan Leksikal dalam Terjemahan Al-Quran: Kajian Terhadap Majāz Mursal oleh Mahmud Yunus
Mahmud Yunus is a distinguished expert in Quranic studies and interpretation.One of his significant contributions is the translation of the meaning of the Quran into Malay, known a...
Resepsi Fungsional Surah Al-Fātiḥaḥ di Kalangan Disabilitas Sensorik Rungu Wicara Rumah Qur’an Sahabat Tuli Asy-Syukur Kediri
Resepsi Fungsional Surah Al-Fātiḥaḥ di Kalangan Disabilitas Sensorik Rungu Wicara Rumah Qur’an Sahabat Tuli Asy-Syukur Kediri
This article aims to understand more deeply how surah Al-Fātiḥaḥ is perceived and functioned practically by people with hearing and speech sensory disabilities (PDSRW) at the Qur'a...
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Penggunaan Unsur Tumbuh-Tumbuhan Dalam Gaya Bahasa Al-Tasybih di Dalam Al-Quran Al-Karim
Plants are elements that are frequently mentioned in the al-Quran. In the al-Quran, the use of plant elements can be visualized from various language styles and one of them is the ...
PEMEROLEHAN BAHASA ANAK USIA TIGA TAHUN PADA TATARAN FONOLOGI: ANALISIS PSIKOLINGUISTIK
PEMEROLEHAN BAHASA ANAK USIA TIGA TAHUN PADA TATARAN FONOLOGI: ANALISIS PSIKOLINGUISTIK
Penelitian ini membahas tentang pemerolehan bahasa anak usia tiga tahun. Tujuan dari penelitian ini adalah (1) untuk mengidentifikasi bahasa anak umur 3 tahun pada tataran fonologi...
EFEKTIVITAS PERMAINAN WAYANG HURUF HIJAIYAH DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGENAL HURUF HIJAIYAH PADA KELOMPOK A DI TK IKAL DOLOG BANDA ACEH
EFEKTIVITAS PERMAINAN WAYANG HURUF HIJAIYAH DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGENAL HURUF HIJAIYAH PADA KELOMPOK A DI TK IKAL DOLOG BANDA ACEH
The title of this research is "The Effectiveness of the Hijaiyah Letters Puppet Game in Improving the Ability to Recognize the Hijaiyah Letters in Group A at the TK Ikal Dolog Band...
Analisis Iplementasi Aplikasi Juz Amma Berbasis Android menggunakan Adobe Flash Proffesional CS6
Analisis Iplementasi Aplikasi Juz Amma Berbasis Android menggunakan Adobe Flash Proffesional CS6
Juz Amma merupakan sekumpulan surah yang ada pada juz ke 30 dalam Alquran dan merupakan juz dengan jumlah surah terbanyak yaitu 37 surah, namun surahnya relatif pendek. Juz ini dia...

