Javascript must be enabled to continue!
Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
View through CrossRef
Kajian ini menilai perkembangan industri pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negara Malaysia bermula dari tahun 1986 sehingga kini. Pengisytiharan dan penganjuran program Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 dan 1994 adalah salah satu usaha terbesar pernah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri pelancongan di negara Malaysia. Kesan perkembangan industri pelancongan turut dilihat melalui wujudnya penawaran peluang pekerjaan dan jumlah gunatenaga dalam bidang pelancongan kepada penduduk setempat. Metodologi yang digunakan adalah metodologi sejarah berasaskan pendekatan kualitatif. Sumber primer dan sekunder digunakan secara meluas dalam kajian ini dan dijadikan asas kepada keseluruhan perbincangan yang dikemukakan. Sumber primer terdiri daripada laporan rasmi serta akhbar yang kebanyakkannya diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia. Manakala, sumber sekunder pula terdiri daripada buku, dan bahan dari laman sesawang. Hasil kajian menunjukkan pelancongan berkembang sepanjang tahun 1986 hingga 2000 ekoran daripada hubungan kerjasama dengan Singapura, penganjuran program Tahun Melawat Malaysia dan peranan sebagai tuan rumah kepada Persidangan Persatuan Pelancongan Pasifik (PATA) dan penambahan jaringan pengangkutan. Perkembangan industri pelancongan di Malaysia berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar dan masalah pengangguran di negara Malaysia. Pemahaman kepada sejarah perkembangan industri pelancongan pada tahun 1986 hingga 2000 memberikan gambaran ringkas kepada perkembangan sejarah ekonomi di Malaysia sepanjang tempoh kajian.
Title: Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
Description:
Kajian ini menilai perkembangan industri pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negara Malaysia bermula dari tahun 1986 sehingga kini.
Pengisytiharan dan penganjuran program Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 dan 1994 adalah salah satu usaha terbesar pernah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memajukan industri pelancongan di negara Malaysia.
Kesan perkembangan industri pelancongan turut dilihat melalui wujudnya penawaran peluang pekerjaan dan jumlah gunatenaga dalam bidang pelancongan kepada penduduk setempat.
Metodologi yang digunakan adalah metodologi sejarah berasaskan pendekatan kualitatif.
Sumber primer dan sekunder digunakan secara meluas dalam kajian ini dan dijadikan asas kepada keseluruhan perbincangan yang dikemukakan.
Sumber primer terdiri daripada laporan rasmi serta akhbar yang kebanyakkannya diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia.
Manakala, sumber sekunder pula terdiri daripada buku, dan bahan dari laman sesawang.
Hasil kajian menunjukkan pelancongan berkembang sepanjang tahun 1986 hingga 2000 ekoran daripada hubungan kerjasama dengan Singapura, penganjuran program Tahun Melawat Malaysia dan peranan sebagai tuan rumah kepada Persidangan Persatuan Pelancongan Pasifik (PATA) dan penambahan jaringan pengangkutan.
Perkembangan industri pelancongan di Malaysia berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar dan masalah pengangguran di negara Malaysia.
Pemahaman kepada sejarah perkembangan industri pelancongan pada tahun 1986 hingga 2000 memberikan gambaran ringkas kepada perkembangan sejarah ekonomi di Malaysia sepanjang tempoh kajian.
Related Results
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumber manusia industri pelancongan memainkan peranan utama dalam pembangunan industri pel...
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba seja...
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada ca...
MODAL SOSIAL DALAM STRATEGI INDUSTRI KECIL
MODAL SOSIAL DALAM STRATEGI INDUSTRI KECIL
Dewasa ini banyak bermunculan sektor perindustrian baik dalam lingkup industri kecil maupun industri rumah tangga, mulai dari industri pangan maupun industri kreatif. Industri keci...
ARCA RAMLAN ABDULLAH: PELANCONGAN KESENIAN ARCA AWAM
ARCA RAMLAN ABDULLAH: PELANCONGAN KESENIAN ARCA AWAM
Pelancongan budaya membina hubungan erat antara seni dan masyarakat. Pengurusan yang baik dan mampan mampu merealisasikan sesuatu acara berjalan dengan baik. Pameran arca awam meru...

