Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pelancongan Bandar Diraja: Satu Pola Kunjungan Pelancong Domestik di Kuala Kangsar

View through CrossRef
Pelancongan Bandar Diraja merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik di Malaysia. Produk pelancongan merupakan aset penting dalam melengkapkan sesebuah destinasi pelancongan. Kini, Malaysia turut menerima kesan positif menerusi pembangunan pelancongan Bandar Diraja kerana keunikan dan tarikan utamanya telah menjadikan ia salah satu destinasi pelancongan bagi pelancong domestik dan antarabangsa. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti cirian kunjungan berdasarkan segmen pelancong domestik ke Bandar Diraja Kuala Kangsar. Teknik pensampelan secara kebetulan digunakan bagi sampel kajian sebanyak 500 pelancong. Data kajian diperoleh melalui edaran borang soal selidik di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak yang melibatkan tiga zon berbeza iaitu di sekitar kawasan bangunan bersejarah seperti muzium, galeri dan arkib serta di masjid, kawasan lembah Sungai Perak dan tapak-tapak pesta di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan ketara dalam cirian kunjungan daripada segmen pelancong domestik. Pelancong domestik menunjukkan bahawa terdapat kunjungan bagi kelima-lima tapak pewartaan yang ada. Dari aspek keperluan perkhidmatan juga menunjukkan pola sama bagi kesemua pelancong yang mengunjungi Bandar Diraja Kuala Kangsar.
Title: Pelancongan Bandar Diraja: Satu Pola Kunjungan Pelancong Domestik di Kuala Kangsar
Description:
Pelancongan Bandar Diraja merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik di Malaysia.
Produk pelancongan merupakan aset penting dalam melengkapkan sesebuah destinasi pelancongan.
Kini, Malaysia turut menerima kesan positif menerusi pembangunan pelancongan Bandar Diraja kerana keunikan dan tarikan utamanya telah menjadikan ia salah satu destinasi pelancongan bagi pelancong domestik dan antarabangsa.
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti cirian kunjungan berdasarkan segmen pelancong domestik ke Bandar Diraja Kuala Kangsar.
Teknik pensampelan secara kebetulan digunakan bagi sampel kajian sebanyak 500 pelancong.
Data kajian diperoleh melalui edaran borang soal selidik di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak yang melibatkan tiga zon berbeza iaitu di sekitar kawasan bangunan bersejarah seperti muzium, galeri dan arkib serta di masjid, kawasan lembah Sungai Perak dan tapak-tapak pesta di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan ketara dalam cirian kunjungan daripada segmen pelancong domestik.
Pelancong domestik menunjukkan bahawa terdapat kunjungan bagi kelima-lima tapak pewartaan yang ada.
Dari aspek keperluan perkhidmatan juga menunjukkan pola sama bagi kesemua pelancong yang mengunjungi Bandar Diraja Kuala Kangsar.
.

Related Results

Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
Kajian ini menilai perkembangan industri pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negara Malaysia bermula dari tahun 1986 sehingga kini. P...
Penjual Obat Cytotec Di Bandar Lampung ( Wa 085268881116 ) Apotik Jual Obat Cytotec Aborsi Di Bandar Lampung
Penjual Obat Cytotec Di Bandar Lampung ( Wa 085268881116 ) Apotik Jual Obat Cytotec Aborsi Di Bandar Lampung
Jual Obat Aborsi Di Bandar Lampung, Jual Cytotec Bandar Lampung, Penjual Obat Cytotec Bandar Lampung, Jual Obat Aborsi Bandar Lampung, Obat Penggugur Kandungan Di Bandar Lampung, O...
PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM
PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM
Destinasi pelancongan mesra Muslim bukan sahaja menjadi lokasi tarikan bagi pelancong beragama Islam, malah turut popular dalam kalangan pelancongan lain yang berminat untuk menero...
Shaer Yang Di-Pertuan: Merafak Adat Istiadat Diraja
Shaer Yang Di-Pertuan: Merafak Adat Istiadat Diraja
Adat Istiadat Diraja adalah adat Istiadat Negara. Ianya merupakan teras identiti kebudayaan negara yang menjadi lambang kepada asas keperibadian bangsa bahkan ianya juga merupakan ...
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba seja...
KEPUASAN PELANCONG TERHADAP AKTIVITI PELANCONGAN, PERKHIDMATAN DAN FASILITI DI SUANG NOH HOMESTAY, KUNDASANG, SABAH.
KEPUASAN PELANCONG TERHADAP AKTIVITI PELANCONGAN, PERKHIDMATAN DAN FASILITI DI SUANG NOH HOMESTAY, KUNDASANG, SABAH.
ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kepuasanĀ  pelancong terhadap perkhidmatan dan fasiliti fizikal yang disediakan di Suang Noh Homestay, Kundasang, Sabah. Kajian in...
Kepuasan Pelancong Terhadap Aktiviti Pelancongan, Perkhidmatan Dan Fasiliti Di Suang Noh Homestay, Kundasang, Sabah
Kepuasan Pelancong Terhadap Aktiviti Pelancongan, Perkhidmatan Dan Fasiliti Di Suang Noh Homestay, Kundasang, Sabah
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kepuasanĀ  pelancong terhadap perkhidmatan dan fasiliti fizikal yang disediakan di Suang Noh Homestay, Kundasang, Sabah. Kajian ini melibat...

Back to Top