Javascript must be enabled to continue!
PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM
View through CrossRef
Destinasi pelancongan mesra Muslim bukan sahaja menjadi lokasi tarikan bagi pelancong beragama Islam, malah turut popular dalam kalangan pelancongan lain yang berminat untuk menerokai keunikan Islam. Keterujaan pelancong memilih destinasi sebegini membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Malaysia melaksanakan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan temasuk program homestay yang terkenal dengan pelancongan budaya. Inisiatif menuju ke arah Homestay Mesra Muslim dilihat berpotensi menyumbang kepada penjanaan pendapatan industri pelancongan di Malaysia. Namun, persekitaran yang mencabar menyebabkan pengusaha perlu lebih berinovasi agar kekal berdaya saing di peringkat global. Menariknya, analisis tinjauan literatur turut mendedahkan bahawa inovasi adalah penting dalam pembangunan program homestay. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai pelaksanaan inovasi dalam program homestay yang secara langsung menyumbang kepada konsep homestay mesra Muslim. Temu bual mendalam telah dijalankan dengan penyelaras bagi lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia bagi mendalami aspek inovasi. Hasil kajian mendedahkan bahawa inovasi yang dilaksanakan merangkumi empat elemen iaitu privasi dan keselamatan, kemudahan dan persekitaran, serta kebersihan dan keselesaan. Penemuan ini amat bermanfaat kepada pemain industri sebagai penanda aras dalam merancang strategi pembangunan program homestay. Selain itu, konsep homestay mesra Muslim ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan budaya di Malaysia. Ini dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan inovasi adalah penting dan bermanfaat bukan sahaja terhadap pengusaha homestay malah kepada pelancong daripada Malaysia dan seluruh dunia.
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Title: PELAKSANAAN INOVASI DALAM PROGRAM HOMESTAY: KE ARAH DESTINASI MESRA MUSLIM
Description:
Destinasi pelancongan mesra Muslim bukan sahaja menjadi lokasi tarikan bagi pelancong beragama Islam, malah turut popular dalam kalangan pelancongan lain yang berminat untuk menerokai keunikan Islam.
Keterujaan pelancong memilih destinasi sebegini membuka peluang kepada pengusaha pelancongan di Malaysia melaksanakan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan temasuk program homestay yang terkenal dengan pelancongan budaya.
Inisiatif menuju ke arah Homestay Mesra Muslim dilihat berpotensi menyumbang kepada penjanaan pendapatan industri pelancongan di Malaysia.
Namun, persekitaran yang mencabar menyebabkan pengusaha perlu lebih berinovasi agar kekal berdaya saing di peringkat global.
Menariknya, analisis tinjauan literatur turut mendedahkan bahawa inovasi adalah penting dalam pembangunan program homestay.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai pelaksanaan inovasi dalam program homestay yang secara langsung menyumbang kepada konsep homestay mesra Muslim.
Temu bual mendalam telah dijalankan dengan penyelaras bagi lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia bagi mendalami aspek inovasi.
Hasil kajian mendedahkan bahawa inovasi yang dilaksanakan merangkumi empat elemen iaitu privasi dan keselamatan, kemudahan dan persekitaran, serta kebersihan dan keselesaan.
Penemuan ini amat bermanfaat kepada pemain industri sebagai penanda aras dalam merancang strategi pembangunan program homestay.
Selain itu, konsep homestay mesra Muslim ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan budaya di Malaysia.
Ini dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan inovasi adalah penting dan bermanfaat bukan sahaja terhadap pengusaha homestay malah kepada pelancong daripada Malaysia dan seluruh dunia.
Related Results
PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN: KAJIAN KES DI KAMPUNG SERI SERBANG BONGAWAN, PAPAR, SABAH.
PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN: KAJIAN KES DI KAMPUNG SERI SERBANG BONGAWAN, PAPAR, SABAH.
ABSTRACT
The ecotourism-based homestay program is often associated with the involvement of rural communities as the main driver of developing rural tourism. However, in the e...
IDENTIFIKASI HOMESTAY DESA WISATA EDUKASI CISAAT JAWA BARAT
IDENTIFIKASI HOMESTAY DESA WISATA EDUKASI CISAAT JAWA BARAT
Penelitian ini bertujuan mengidentifikasi homestay berdasarkan Asean homestay standard untuk menggolongkan tipe homestay di Desa Wisata Edukasi Cisaat Subang Jawa Barat. Penelitian...
Pemetaan Kriteria Homestay di Desa Wisata Banyuwangi Melalui Penerapan ASEAN Homestay Standard
Pemetaan Kriteria Homestay di Desa Wisata Banyuwangi Melalui Penerapan ASEAN Homestay Standard
Homestay adalah suatu usaha akomodasi yang menawarkan penyewaan kamar yang disediakan oleh penduduk setempat untuk disewa oleh wisatawan atau tamu dalam jangka waktu tertentu. Deng...
Pengaruh Program Pelatihan Pengelolaan Homestay terhadap Produktivitas Sumber Daya Manusia di Kabupaten Purworejo
Pengaruh Program Pelatihan Pengelolaan Homestay terhadap Produktivitas Sumber Daya Manusia di Kabupaten Purworejo
Pariwisata merupakan salah satu sektor penting yang dapat memengaruhi laju pertumbuhan ekonomi suatu daerah. Purworejo merupakan sebuah kabupaten yang terletak di Jawa Tengah, Indo...
Optimization and Development of Country Smoke-Free Homestay Industry Chain
Optimization and Development of Country Smoke-Free Homestay Industry Chain
Objectives: The rapid development of the global tourism industry has brought about a boom in the development of the homestay industry, and the development of homestays in China is ...
Siklus Hidup Destinasi Wisata di Kabupaten Pangandaran
Siklus Hidup Destinasi Wisata di Kabupaten Pangandaran
Studi pariwisata sering menilai pengembangan tujuan wisata berdasarkan siklus hidup teori siklus hidup.Berdasarkan enam tahap teori siklus hidup pariwisata,penelitian ini bertujuan...
PARTISIPASI LANSIA DALAM PENGELOLAAN HOMESTAY: STUDI KASUS HOMESTAY KARANG KEDEMPEL DI DESA WISATA KARANGSAMBUNG
PARTISIPASI LANSIA DALAM PENGELOLAAN HOMESTAY: STUDI KASUS HOMESTAY KARANG KEDEMPEL DI DESA WISATA KARANGSAMBUNG
Adanya homestay di desa wisata dapat menjadi salah satu sarana utama untuk pemberdayaan masyarakat termasuk yang berada dalam kategori lanjut usia atau lansia. Pengalaman menginap ...
STRATEGI GURU DALAM MENGATASI KENAKALAN PESERTA DIDIK DI MADRASAH TSANAWIAH MESRA PEMATANGSIANTAR TP. 2023/2024
STRATEGI GURU DALAM MENGATASI KENAKALAN PESERTA DIDIK DI MADRASAH TSANAWIAH MESRA PEMATANGSIANTAR TP. 2023/2024
Penelitian ini bertujuan mendeskripsikan strategi yang di gunakan guru Madrasah Tsanawiah Mesra dalam mengatasi kenakalan peserta didik. Yang menjadi latar belakang dari penelitian...

