Javascript must be enabled to continue!
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
View through CrossRef
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada cabang pelancongan yang terdapat di Malaysia. Ia mampu memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk mengurus, mengembangkan dan mencapai peningkatan taraf kehidupan mereka. Terdapat enam prinsip utama dalam Pelancongan Berteraskan Komuniti iaitu penglibatan komuniti, sensitiviti budaya, kemampanan alam sekitar, manfaat ekonomi untuk komuniti, menghormati hak asasi manusia dan pendidikan serta pembangunan kapasiti. Kesemua prinsip-prinsip penting ini digariskan untukmemperkasakan lagi industri Pelancongan Berteraskan Komuniti. Dalam waktu yang sama tiada analisis Syarak dilakukan untuk mengetahui keserasian prinsip-prinsip ini dengan ajaran Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip ini dari perspektif Islam. Kajian ini adalah kajian kualitatif. Data dalam kajian ini dikumpul dari sumber primer dan sekunder termasuklah buku, artikel dan dokumen. Data yang diperolehi dianalilsis menggunakan teknik analisis data. Hasil kajian mendapati prinsip-prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti mempunyai asasnya dalam Syariat. Asas Syarak kepada penganjuran pemeliharaan terhadap prinsip-prinsip ini bolehlah disimpulkan pada tiga konsep utama iaitu tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaaan, menghormati manusia dan alam dan peningkatan diri ke arah yang lebih baik. Prinsip penglibatan komuniti terkandung dalam konsep tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan. Prinsip sensitiviti budaya dan kemampanan alam sekitar pula terangkum dalam konsep menghormati manusia dan alam. Konsep peningkatan diri ke arah yang lebih baik pula merangkumi prinsip manfaat ekonomi kepada komuniti dan konsep pendidikan serta pembangunan kapasiti. Kesemua konsep ini pula tertakluk kepada syarat patuh Syariah.
Title: Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Description:
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada cabang pelancongan yang terdapat di Malaysia.
Ia mampu memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk mengurus, mengembangkan dan mencapai peningkatan taraf kehidupan mereka.
Terdapat enam prinsip utama dalam Pelancongan Berteraskan Komuniti iaitu penglibatan komuniti, sensitiviti budaya, kemampanan alam sekitar, manfaat ekonomi untuk komuniti, menghormati hak asasi manusia dan pendidikan serta pembangunan kapasiti.
Kesemua prinsip-prinsip penting ini digariskan untukmemperkasakan lagi industri Pelancongan Berteraskan Komuniti.
Dalam waktu yang sama tiada analisis Syarak dilakukan untuk mengetahui keserasian prinsip-prinsip ini dengan ajaran Islam.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip ini dari perspektif Islam.
Kajian ini adalah kajian kualitatif.
Data dalam kajian ini dikumpul dari sumber primer dan sekunder termasuklah buku, artikel dan dokumen.
Data yang diperolehi dianalilsis menggunakan teknik analisis data.
Hasil kajian mendapati prinsip-prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti mempunyai asasnya dalam Syariat.
Asas Syarak kepada penganjuran pemeliharaan terhadap prinsip-prinsip ini bolehlah disimpulkan pada tiga konsep utama iaitu tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaaan, menghormati manusia dan alam dan peningkatan diri ke arah yang lebih baik.
Prinsip penglibatan komuniti terkandung dalam konsep tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.
Prinsip sensitiviti budaya dan kemampanan alam sekitar pula terangkum dalam konsep menghormati manusia dan alam.
Konsep peningkatan diri ke arah yang lebih baik pula merangkumi prinsip manfaat ekonomi kepada komuniti dan konsep pendidikan serta pembangunan kapasiti.
Kesemua konsep ini pula tertakluk kepada syarat patuh Syariah.
.
Related Results
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba seja...
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti b...
Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
Kajian ini menilai perkembangan industri pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negara Malaysia bermula dari tahun 1986 sehingga kini. P...
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah me...
Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community)
Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community)
Konsep komuniti merupakan teras utama dalam psikologi komuniti kerana peranannya dalam membentuk hubungan sosial, sokongan bersama, dan kesejahteraan psikologi individu. Dalam kont...
PENYERTAAN KOMUNITI TEMPATAN DALAM PEMULIHARAAN EKOSISTEM SUNGAI MANSAHABAN BERASASKAN SISTEM BOMBON DI KG. MARAKAU, RANAU.
PENYERTAAN KOMUNITI TEMPATAN DALAM PEMULIHARAAN EKOSISTEM SUNGAI MANSAHABAN BERASASKAN SISTEM BOMBON DI KG. MARAKAU, RANAU.
ABSTRACT
Community participation in the conservation of biosphere systems based on bombon systems is important to assist in increasing the value of ecosystem services. Conse...
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
INDUSTRI PELANCONGAN MAH MERI KE ARAH KEUSAHAWANAN TEKNO DI MALAYSIA
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumber manusia industri pelancongan memainkan peranan utama dalam pembangunan industri pel...
Mekanisme Pasar Pada Pasar Kebun Bunga Ditinjau Dari Perspektif Ekonomi Syariah
Mekanisme Pasar Pada Pasar Kebun Bunga Ditinjau Dari Perspektif Ekonomi Syariah
Penelitian ini mengeksplorasi mekanisme pasar tradisional dari perspektif Ekonomi Islam. Pasar, sebagai titik pertemuan penjual dan pembeli, memegang peran sentral dalam perekonom...

