Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community)

View through CrossRef
Konsep komuniti merupakan teras utama dalam psikologi komuniti kerana peranannya dalam membentuk hubungan sosial, sokongan bersama, dan kesejahteraan psikologi individu. Dalam konteks masyarakat moden yang semakin individualistik dan terdigital, kebimbangan terhadap kemerosotan hubungan sosial menjadikan konsep perasaan kemasyarakatan semakin relevan sebagai kerangka analitikal. Artikel ini bertujuan menghuraikan pemahaman komuniti daripada perspektif perasaan kemasyarakatan dengan meneliti definisi komuniti, jenis dan tahap komuniti, serta Model Perasaan Kemasyarakatan McMillan–Chavis. Perbincangan memfokuskan kepada empat elemen utama model tersebut, iaitu keahlian, pengaruh, integrasi dan pemuasan keperluan, serta perkaitan emosi yang dikongsi. Selain itu, aplikasi konsep perasaan kemasyarakatan dianalisis dalam pelbagai konteks, termasuk kumpulan self-help, komuniti agama dan spiritual, kejiranan, serta komuniti digital kontemporari. Artikel ini turut menilai sumbangan konsep perasaan kemasyarakatan dalam memperkukuh pemahaman tentang kohesi sosial dan kesejahteraan psikososial, di samping membincangkan limitasinya, khususnya berkaitan isu sempadan komuniti, konflik dalaman, dan cabaran teknologi maklumat. Secara keseluruhan, artikel ini menegaskan bahawa perasaan kemasyarakatan kekal sebagai konsep teras yang relevan dalam psikologi komuniti, dengan keperluan penyesuaian teori dan amalan agar selari dengan realiti sosial dan digital semasa
Title: Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community)
Description:
Konsep komuniti merupakan teras utama dalam psikologi komuniti kerana peranannya dalam membentuk hubungan sosial, sokongan bersama, dan kesejahteraan psikologi individu.
Dalam konteks masyarakat moden yang semakin individualistik dan terdigital, kebimbangan terhadap kemerosotan hubungan sosial menjadikan konsep perasaan kemasyarakatan semakin relevan sebagai kerangka analitikal.
Artikel ini bertujuan menghuraikan pemahaman komuniti daripada perspektif perasaan kemasyarakatan dengan meneliti definisi komuniti, jenis dan tahap komuniti, serta Model Perasaan Kemasyarakatan McMillan–Chavis.
Perbincangan memfokuskan kepada empat elemen utama model tersebut, iaitu keahlian, pengaruh, integrasi dan pemuasan keperluan, serta perkaitan emosi yang dikongsi.
Selain itu, aplikasi konsep perasaan kemasyarakatan dianalisis dalam pelbagai konteks, termasuk kumpulan self-help, komuniti agama dan spiritual, kejiranan, serta komuniti digital kontemporari.
Artikel ini turut menilai sumbangan konsep perasaan kemasyarakatan dalam memperkukuh pemahaman tentang kohesi sosial dan kesejahteraan psikososial, di samping membincangkan limitasinya, khususnya berkaitan isu sempadan komuniti, konflik dalaman, dan cabaran teknologi maklumat.
Secara keseluruhan, artikel ini menegaskan bahawa perasaan kemasyarakatan kekal sebagai konsep teras yang relevan dalam psikologi komuniti, dengan keperluan penyesuaian teori dan amalan agar selari dengan realiti sosial dan digital semasa.

Related Results

KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti b...
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada ca...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah me...
MIGRASI DALAM KOMUNITI MURUT DAN KEMASUKAN PERIBUMI BORNEO KE BORNEO UTARA (SABAH) KETIKA ERA KOLONIAL
MIGRASI DALAM KOMUNITI MURUT DAN KEMASUKAN PERIBUMI BORNEO KE BORNEO UTARA (SABAH) KETIKA ERA KOLONIAL
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan faktor-faktor yang mendorong migrasi komuniti Murut Borneo Utara ke Sarawak dan wilayah Kalimantan pada awal abad ke-20. Seterusnya matlamat...

Back to Top