Javascript must be enabled to continue!
Lakuan Bahasa dalam Perkhidmatan Pelancongan di Tasik Toba
View through CrossRef
Kerajaan Indonesia menetapkan Tasik Toba sebagai satu daripada destinasi pelancongan kebangsaan dengan status super prioriti, iaitu kawasan yang mendapat perhatian khusus dalam program pembangunan pelancongan. Seiring dengan kedudukan ini, peningkatan mutu perkhidmatan pelancongan menjadi aspek penting, termasuklah dalam penggunaan lakuan bahasa oleh penyedia perkhidmatan. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan bahasa dalam laras bahasa perkhidmatan pelancongan di kawasan Tasik Toba dengan menggunakan teori lakuan bahasa yang dikemukakan oleh Searle (1969). Data kajian diperoleh daripada interaksi komunikasi dalam tiga sektor perkhidmatan pelancongan, iaitu penginapan, penjualan cenderamata dan restoran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sektor penginapan memperlihatkan tiga kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif dan lakuan ekspresif, dengan empat fungsi lakuan bahasa. Sektor penjualan cenderamata pula memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif dan komisif, dengan enam fungsi lakuan bahasa. Sektor restoran turut memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa yang sama, namun dengan lapan fungsi lakuan bahasa. Semua fungsi ini penting untuk memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pelancong di Tasik Toba.
Title: Lakuan Bahasa dalam Perkhidmatan Pelancongan di Tasik Toba
Description:
Kerajaan Indonesia menetapkan Tasik Toba sebagai satu daripada destinasi pelancongan kebangsaan dengan status super prioriti, iaitu kawasan yang mendapat perhatian khusus dalam program pembangunan pelancongan.
Seiring dengan kedudukan ini, peningkatan mutu perkhidmatan pelancongan menjadi aspek penting, termasuklah dalam penggunaan lakuan bahasa oleh penyedia perkhidmatan.
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan bahasa dalam laras bahasa perkhidmatan pelancongan di kawasan Tasik Toba dengan menggunakan teori lakuan bahasa yang dikemukakan oleh Searle (1969).
Data kajian diperoleh daripada interaksi komunikasi dalam tiga sektor perkhidmatan pelancongan, iaitu penginapan, penjualan cenderamata dan restoran.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sektor penginapan memperlihatkan tiga kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif dan lakuan ekspresif, dengan empat fungsi lakuan bahasa.
Sektor penjualan cenderamata pula memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif dan komisif, dengan enam fungsi lakuan bahasa.
Sektor restoran turut memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa yang sama, namun dengan lapan fungsi lakuan bahasa.
Semua fungsi ini penting untuk memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pelancong di Tasik Toba.
Related Results
Bahasa Melayu Lingua Franca UKM? Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia
Bahasa Melayu Lingua Franca UKM? Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media mass...
Penginterpretasian Ujaran Ilokusi dalam Mengungkapkan Hubungan Saling Memahami: Pemanfaatan Iklan Perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di Rancangan Wanita Hari Ini (WHI)

Analisis Personal Branding Perempuan Batak Toba Melalui Budaya Sinamot dalam Pernikahan Adat Batak Toba
Analisis Personal Branding Perempuan Batak Toba Melalui Budaya Sinamot dalam Pernikahan Adat Batak Toba
Personal branding menjadi hal yang penting dalam diri untuk menciptakan citra diri yang positif dengan menggambarkan keadaan diri yang sebenarnya. Riset penelitian ini membahas men...
CORRESPONDENCE OF THE PROTO-AUSTRONESIAN CONSONANT PHONEMES IN TOBA BATAK LANGUAGE
CORRESPONDENCE OF THE PROTO-AUSTRONESIAN CONSONANT PHONEMES IN TOBA BATAK LANGUAGE
Abstrak—Bahasa Proto Austronesia merupakan nama sebuah rumpun bahasa yang mendiami wilayah daratan Asia Tenggara. Bahasa Batak merupakan bahasa yang digunakan oleh penutur asli bah...
Inventory of Pollution Sources for The Lakes of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Inventory of Pollution Sources for The Lakes of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Eutrophication affects freshwater systems worldwide. Eutrophication can occur naturally, but man-made causes are also common. Human activities that release phosphorus and...
KEKERABATAN BAHASA BATAK TOBA DAN BAHASA BATAK ANGKOLA SUATU KAJIAN LINGUISTIK HISTORIS KOMPARATIF
KEKERABATAN BAHASA BATAK TOBA DAN BAHASA BATAK ANGKOLA SUATU KAJIAN LINGUISTIK HISTORIS KOMPARATIF
Abstrak
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan kekerabatan antara Bahasa Batak Toba dan Bahasa Batak Angkola, dengan melakukan perbandingan antara Bahasa Batak An...
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Semenjak pasca pandemik, tiada lagi perkhidmatan bas disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memudahkan pelajar untuk bergerak dari kampus ke kompleks kulia...
EKSISTENSI BAHASA BATAK TOBA DI KOTA MEDAN
EKSISTENSI BAHASA BATAK TOBA DI KOTA MEDAN
Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi serta identitas suatu masyarakat harus terus dijaga. Namun ada sekitar 145 bahasa terus mengalami kemunduran. Bahasa yang berangsur-angsur ...