Javascript must be enabled to continue!
Penginterpretasian Ujaran Ilokusi dalam Mengungkapkan Hubungan Saling Memahami: Pemanfaatan Iklan Perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di Rancangan Wanita Hari Ini (WHI)
View through CrossRef
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media massa seperti televisyen untuk mempromosikan hasil produknya. Secara tidak langsung, lakuan pertuturan sebenarnya banyak diterapkan dalam ujaran para pengusaha, namun sukar untuk ditentukan jenis lakuan pertuturannya kerana kekeliruan dan kekurangan pemahaman tentang lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis lakuan pertuturan dalam iklan perniagaan D’herbs (seterusnya DH) dan Siti Khadijah (seterusnya SK) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) mengikut kriteria taksonomi Searle (1969). Kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan teks digunakan sebagai pendekatan kajian untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis lakuan pertuturan. Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran bagi setiap pengusaha undangan dan pengacara dalam rancangan tersebut akan diteliti dan dikategorikan mengikut jenis lakuan pertuturan teori Searle (1969). Ujaran peserta kajian akan ditranskrip daripada audio kepada teks dengan menggunakan kaedah transkripsi. Data utama kajian diperoleh daripada rancangan WHI sebagai platform utama di samping iklan DH dan SK. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan jenis lakuan pertuturan yang dinyatakan oleh Searle (1969), iaitu asertif, ekspresif, direktif dan komisif diaplikasikan oleh para penutur. Setiap ujaran menandakan satu bentuk arahan yang mendorong pendengar untuk mengambil tindakan berdasarkan hajat komunikatif penutur. Kajian ini diharapkan mampu menjadi sumbang saran kepada pengusaha-pengusaha untuk menggunakan ujaran yang menggabungkan lakuan pertuturan yang sesuai sejajar dengan kebolehan kognitif penonton, sekali gus memastikan lakuan ilokusinya difahami oleh pelanggan dengan jelas. Teori lakuan pertuturan Searle (1969) didapati amat sesuai untuk meningkatkan kefahaman khalayak tentang maksud komunikatif penutur. Justeru, penyampaian maklumat yang berkesan dengan menggunakan lakuan pertuturan yang tepat mampu memberi impak positif kepada negara dan masyarakat secara amnya, sekali gus menyumbang kepada wacana yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, kajian ini menjadi suatu keperluan untuk dijalankan atas impak positifnya.
Advertisement is a matter of publicizing or informing the audience about a production of products and services. Most entrepreneurs or advertisers use mass media such as television to promote their products. Indirectly, speech acts are widely applied in the speech of entrepreneurs, but it is difficult to determine the type of speech acts due to confusion and lack of understanding of speech acts. Thus, this study aims to identify and analyze the types of speech acts in the D'herbs and Siti Khadijah commercials in the Women's Show (WHI) when the sponsored segment is broadcast according to the taxonomic criteria presented by Searle (1969). Qualitative methods, namely text content analysis, are used as a research approach to collect data on the types of speech acts. This method was chosen because every speech for every invited entrepreneur and lawyer in the show will be examined and categorized according to the type of speech act of Searle's theory (1969). The speech of the study participants will be transcribed from audio to text using the transcription method. The main data of the study are the utterances of every entrepreneur and lawyer which contains aspects of speech acts. Overall, the findings show the types of speech acts stated by Searle (1969), namely assertive, expressive, directive and commissive applied by the speakers. Each utterance signifies a form of command that prompts the listener to take action based on the speaker's communicative intent. This study is expected to be able to give suggestions to entrepreneurs to use utterances that combine appropriate speech acts in line with the audience's cognitive abilities, thus ensuring that illocutionary acts are clearly understood by customers. Searle's Speech Act Theory (1969) was found to be very suitable for improving the audience's understanding of the speaker's communicative intent. Thus, the effective delivery of information by using the correct speech act can have a positive impact on the country and society in general, thus contributing to a better discourse. Therefore, this study becomes a necessity to be carried out for its positive impact.
Title: Penginterpretasian Ujaran Ilokusi dalam Mengungkapkan Hubungan Saling Memahami: Pemanfaatan Iklan Perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di Rancangan Wanita Hari Ini (WHI)
Description:
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan.
Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media massa seperti televisyen untuk mempromosikan hasil produknya.
Secara tidak langsung, lakuan pertuturan sebenarnya banyak diterapkan dalam ujaran para pengusaha, namun sukar untuk ditentukan jenis lakuan pertuturannya kerana kekeliruan dan kekurangan pemahaman tentang lakuan pertuturan.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis lakuan pertuturan dalam iklan perniagaan D’herbs (seterusnya DH) dan Siti Khadijah (seterusnya SK) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) mengikut kriteria taksonomi Searle (1969).
Kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan teks digunakan sebagai pendekatan kajian untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis lakuan pertuturan.
Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran bagi setiap pengusaha undangan dan pengacara dalam rancangan tersebut akan diteliti dan dikategorikan mengikut jenis lakuan pertuturan teori Searle (1969).
Ujaran peserta kajian akan ditranskrip daripada audio kepada teks dengan menggunakan kaedah transkripsi.
Data utama kajian diperoleh daripada rancangan WHI sebagai platform utama di samping iklan DH dan SK.
Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan jenis lakuan pertuturan yang dinyatakan oleh Searle (1969), iaitu asertif, ekspresif, direktif dan komisif diaplikasikan oleh para penutur.
Setiap ujaran menandakan satu bentuk arahan yang mendorong pendengar untuk mengambil tindakan berdasarkan hajat komunikatif penutur.
Kajian ini diharapkan mampu menjadi sumbang saran kepada pengusaha-pengusaha untuk menggunakan ujaran yang menggabungkan lakuan pertuturan yang sesuai sejajar dengan kebolehan kognitif penonton, sekali gus memastikan lakuan ilokusinya difahami oleh pelanggan dengan jelas.
Teori lakuan pertuturan Searle (1969) didapati amat sesuai untuk meningkatkan kefahaman khalayak tentang maksud komunikatif penutur.
Justeru, penyampaian maklumat yang berkesan dengan menggunakan lakuan pertuturan yang tepat mampu memberi impak positif kepada negara dan masyarakat secara amnya, sekali gus menyumbang kepada wacana yang lebih baik.
Oleh hal yang demikian, kajian ini menjadi suatu keperluan untuk dijalankan atas impak positifnya.
Advertisement is a matter of publicizing or informing the audience about a production of products and services.
Most entrepreneurs or advertisers use mass media such as television to promote their products.
Indirectly, speech acts are widely applied in the speech of entrepreneurs, but it is difficult to determine the type of speech acts due to confusion and lack of understanding of speech acts.
Thus, this study aims to identify and analyze the types of speech acts in the D'herbs and Siti Khadijah commercials in the Women's Show (WHI) when the sponsored segment is broadcast according to the taxonomic criteria presented by Searle (1969).
Qualitative methods, namely text content analysis, are used as a research approach to collect data on the types of speech acts.
This method was chosen because every speech for every invited entrepreneur and lawyer in the show will be examined and categorized according to the type of speech act of Searle's theory (1969).
The speech of the study participants will be transcribed from audio to text using the transcription method.
The main data of the study are the utterances of every entrepreneur and lawyer which contains aspects of speech acts.
Overall, the findings show the types of speech acts stated by Searle (1969), namely assertive, expressive, directive and commissive applied by the speakers.
Each utterance signifies a form of command that prompts the listener to take action based on the speaker's communicative intent.
This study is expected to be able to give suggestions to entrepreneurs to use utterances that combine appropriate speech acts in line with the audience's cognitive abilities, thus ensuring that illocutionary acts are clearly understood by customers.
Searle's Speech Act Theory (1969) was found to be very suitable for improving the audience's understanding of the speaker's communicative intent.
Thus, the effective delivery of information by using the correct speech act can have a positive impact on the country and society in general, thus contributing to a better discourse.
Therefore, this study becomes a necessity to be carried out for its positive impact.
Related Results
ILOKUSI KOMUNIKATIF DALAM NOVEL THE PERFECT WORLD OF MIWAKO SUMIDA KARYA CLARISSA GOENAWAN
ILOKUSI KOMUNIKATIF DALAM NOVEL THE PERFECT WORLD OF MIWAKO SUMIDA KARYA CLARISSA GOENAWAN
Penelitian ini bertujuan untuk (1) mendeskripsikan jenis Ilokusi Komunikatif dalam Novel The Perfect World of Miwako Sumida karya Clarissa Goenawan (2) mendeskripsikan fungsi Iloku...
Tindak Tutur Ilokusi Iklan Layanan Masyarakat Terkait Covid-19 di Televisi (Kajian Pragmatik)
Tindak Tutur Ilokusi Iklan Layanan Masyarakat Terkait Covid-19 di Televisi (Kajian Pragmatik)
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan wujud dan fungsi tindak tutur ilokusi pada iklan layanan masyarakat terkait covid-19 di televisi. Masalah dalam penelitian ini bagaim...
Analisis Tindak Tutur Ilokusi dalam Podcast Deddy Corbuzier dan Nadiem Makarim pada Media Sosial Youtube
Analisis Tindak Tutur Ilokusi dalam Podcast Deddy Corbuzier dan Nadiem Makarim pada Media Sosial Youtube
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan bentuk tindak tutur ilokusi yang terdapat dalam podcast Deddy Corbuzier dan Nadiem Makarim di media sosial YouTube. Permasalahan yang...
Keberkesanan Pengaplikasian Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia [An Effectiveness of the Malaysian Business Excellence Framework Application]
Keberkesanan Pengaplikasian Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia [An Effectiveness of the Malaysian Business Excellence Framework Application]
Model perniagaan dirangka bagi membantu peniaga merancang dan menguruskan aktiviti perniagaan agar dapat bertahan dan berkembang. Bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar...
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
SINERGI KOMPREHENSIF AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI PEMANGKIN KERANGKA PERNIAGAAN ISLAM
Prestasi perniagaan yang kompeten disokong oleh kerangka perniagaan yang komprehensif. Sejarah membuktikan bahawa model perniagaan Islam yang diterapkan oleh Rasulullah SAW dan par...
Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan
Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan
Penglibatan wanita dalam bidang perniagaan semakin bertambah dan berkembang. Hal ini memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Malah, kejayaan wanita telah membuka mata banyak p...
Bahasa Melayu Lingua Franca UKM? Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia
Bahasa Melayu Lingua Franca UKM? Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media mass...

