Javascript must be enabled to continue!
Pengurusan Pembinaan Insan dalam teks Naratif Ogonshoto
View through CrossRef
Perancangan dalam pengurusan pembinaan insan merupakan suatu proses strategik yang melibatkan pemikiran analitikal dan pertimbangan intelektual, bertujuan mengarah ke arah pencapaian matlamat pembangunan sahsiah dan jati diri secara tersusun dan berkesan. Perancangan penting dalam organisasi kerana memberi hala tuju dan membolehkan pengukuran prestasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti prinsip pengurusan dan menganalisis langkah pengurusan dalam novel Naratif Ogonshoto. Pembinaan insan memerlukan perancangan nilai, pelaksanaan pendidikan, kepimpinan berintegriti, serta pemerkasaan minda dan jati diri. Langkah ini disokong oleh pemantauan berterusan untuk memastikan perubahan yang holistik. Elemen ini turut tercermin dalam Naratif Ogonshoto melalui simbol perjuangan dan kesedaran sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Reka bentuk kajian ialah kajian teks yang mengumpulkan data daripada perpustakaan dan kandungan yang berkaitan tajuk Pengurusan Pembinaan Insan Dalam Teks Naratif Ogonshoto. Kajian mendapati bahawa Naratif Ogonshoto mengandungi prinsip pengurusan seperti penetapan masalah, pelaksanaan strategi, dan penilaian kesan tindakan. Prinsip ini diterapkan melalui konflik, tindakan watak, serta perubahan sosial yang berlaku, sekali gus menjadikan karya ini sarat dengan nilai pengurusan dan pembinaan insan. Prinsip-prinsip ini digunakan untuk menyampaikan mesej berkaitan pembinaan insan, yang mengungkapkan bahawa karya kesusasteraan dapat dijadikan medium kritikan menggunakan pendekatan pengurusan. Kajian ini menunjukkan bahawa karya sastera seperti Novel Naratif Ogonshoto mampu mengangkat prinsip pengurusan dan pembinaan insan. Implikasi kajian membuka ruang kepada pendekatan interdisiplin antara sastera dan ilmu pengurusan.
Title: Pengurusan Pembinaan Insan dalam teks Naratif Ogonshoto
Description:
Perancangan dalam pengurusan pembinaan insan merupakan suatu proses strategik yang melibatkan pemikiran analitikal dan pertimbangan intelektual, bertujuan mengarah ke arah pencapaian matlamat pembangunan sahsiah dan jati diri secara tersusun dan berkesan.
Perancangan penting dalam organisasi kerana memberi hala tuju dan membolehkan pengukuran prestasi.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti prinsip pengurusan dan menganalisis langkah pengurusan dalam novel Naratif Ogonshoto.
Pembinaan insan memerlukan perancangan nilai, pelaksanaan pendidikan, kepimpinan berintegriti, serta pemerkasaan minda dan jati diri.
Langkah ini disokong oleh pemantauan berterusan untuk memastikan perubahan yang holistik.
Elemen ini turut tercermin dalam Naratif Ogonshoto melalui simbol perjuangan dan kesedaran sosial.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif.
Reka bentuk kajian ialah kajian teks yang mengumpulkan data daripada perpustakaan dan kandungan yang berkaitan tajuk Pengurusan Pembinaan Insan Dalam Teks Naratif Ogonshoto.
Kajian mendapati bahawa Naratif Ogonshoto mengandungi prinsip pengurusan seperti penetapan masalah, pelaksanaan strategi, dan penilaian kesan tindakan.
Prinsip ini diterapkan melalui konflik, tindakan watak, serta perubahan sosial yang berlaku, sekali gus menjadikan karya ini sarat dengan nilai pengurusan dan pembinaan insan.
Prinsip-prinsip ini digunakan untuk menyampaikan mesej berkaitan pembinaan insan, yang mengungkapkan bahawa karya kesusasteraan dapat dijadikan medium kritikan menggunakan pendekatan pengurusan.
Kajian ini menunjukkan bahawa karya sastera seperti Novel Naratif Ogonshoto mampu mengangkat prinsip pengurusan dan pembinaan insan.
Implikasi kajian membuka ruang kepada pendekatan interdisiplin antara sastera dan ilmu pengurusan.
Related Results
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan Dalam Karya Terpilih Anwar Ridhwan
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan m...
Metode Pembinaan Hukum terhadap Anak Belum Cakap Hukum di Lembaga Pembinaan Khusus Anak II Maros
Metode Pembinaan Hukum terhadap Anak Belum Cakap Hukum di Lembaga Pembinaan Khusus Anak II Maros
Penelitian ini membahas tentang implementasi metode pembinaan hukum terhadap anak yang belum cakap hukum di lembaga pembinaan khusus anak II maros kemudian di breakdown ke dalam be...
Teks Prosedur pada Kemasan Produk Makanan dan Implikasinya terhadap Pembelajaran Bahasa Indonesia
Teks Prosedur pada Kemasan Produk Makanan dan Implikasinya terhadap Pembelajaran Bahasa Indonesia
Teks prosedur merupakan teks paparan yang bertujuan memberikan penjelasan tentang cara melakukan sesuatu. Teks ini sangat diperlukan oleh seseorang yang hendak melakukan suatu kegi...
Review On Lean Principles For Rapid Construction
Review On Lean Principles For Rapid Construction
Penggunaan prinsip “lean” di dalam proses pembinaan adalah untuk melancarkan perjalanan proses pembinaan terutamanya di tapak binaan dengan mengurangkan aktiviti–aktiviti yang tida...
Efektifitas Hukum Pembinaan Narapidana Tindak Pidana Narkotika
Efektifitas Hukum Pembinaan Narapidana Tindak Pidana Narkotika
Skripsi ini berjudul: Efektifitas Hukum Pembinaan Narapidana Tindak Pidana Narkotika Di Lapas Kelas II A Sumbawa Besar. Latar belakang penulis melakukan penelitian ini dari permasa...
Pelaksanaan Sistem Pembinaan Narapidana pada Rumah Tahanan Negara Kelas II B Painan Kabupaten Pesisir Selatan
Pelaksanaan Sistem Pembinaan Narapidana pada Rumah Tahanan Negara Kelas II B Painan Kabupaten Pesisir Selatan
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan sistem pembinaan narapidana pada Rumah Tahanan Negara Kelas II B Painan Kabupaten Pesisir Selatan, kendala yang terjadi dalam ...
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan. Melalui...

