Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia

View through CrossRef
Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan. Melalui penerapan prinsip-prinsip ini, pengurusan sastera dilihat bukan sekadar satu pendekatan teknikal, tetapi turut membawa nilai tambah terhadap keupayaan pengkritik dalam menghasilkan penilaian yang lebih objektif, sistematik dan berlandaskan konsep organisasi yang tersusun. Kertas kerja ini menumpukan perhatian kepada aspek pengorganisasian sebagai salah satu prinsip penting, dengan menjadikan novel Srengenge karya Shahnon Ahmad sebagai kes kajian utama. Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif yang menfokuskan kepada kajian teks dan kajian kepustakaan. Prinsip pengurusan kedua iaitu prinsip pengorganisasian telah diaplikasikan bagi melihat meneliti keberkesanan prinsip pengorganisasian dalam mencorak tindakan kolektif masyarakat kampung di kaki Bukit Srengenge, serta keberhasilan naratif dalam menyampaikan mesej keusahawanan dan pengurusan sosial. Penilaian juga dibuat terhadap bagaimana prinsip tersebut memberi impak terhadap keberhasilan plot dan struktur naratif novel berkenaan. Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai-nilai keusahawanan dan semangat kolektif masyarakat kampung telah ditampilkan melalui amalan pengorganisasian secara tidak langsung dalam karya tersebut. Pendekatan ini membantu mengenal pasti bagaimana struktur sosial dan peranan kepemimpinan dalam teks dapat dianalisis dari sudut pandang pengurusan moden. Tuntasnya, bidang pengurusan mampu menjadikan kritikan sastera Melayu dapat diperkasakan menerusi metodologi yang bersifat saintifik, sistematik, dan praktikal. Ia bukan sahaja membuka ruang kepada perkembangan pemikiran baharu dalam bidang sastera, tetapi turut menyumbang kepada pembentukan gagasan kritikan yang berupaya memberi impak lebih luas terhadap pembangunan intelektual, pendidikan dan tamadun bangsa. Pendekatan ini selari dengan keperluan generasi kini yang semakin cenderung kepada pemikiran berasaskan sistem, organisasi dan keberkesanan serta satu tuntutan baharu dalam era modenisasi dan teknologi.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Description:
Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan.
Melalui penerapan prinsip-prinsip ini, pengurusan sastera dilihat bukan sekadar satu pendekatan teknikal, tetapi turut membawa nilai tambah terhadap keupayaan pengkritik dalam menghasilkan penilaian yang lebih objektif, sistematik dan berlandaskan konsep organisasi yang tersusun.
Kertas kerja ini menumpukan perhatian kepada aspek pengorganisasian sebagai salah satu prinsip penting, dengan menjadikan novel Srengenge karya Shahnon Ahmad sebagai kes kajian utama.
Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif yang menfokuskan kepada kajian teks dan kajian kepustakaan.
Prinsip pengurusan kedua iaitu prinsip pengorganisasian telah diaplikasikan bagi melihat meneliti keberkesanan prinsip pengorganisasian dalam mencorak tindakan kolektif masyarakat kampung di kaki Bukit Srengenge, serta keberhasilan naratif dalam menyampaikan mesej keusahawanan dan pengurusan sosial.
Penilaian juga dibuat terhadap bagaimana prinsip tersebut memberi impak terhadap keberhasilan plot dan struktur naratif novel berkenaan.
Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai-nilai keusahawanan dan semangat kolektif masyarakat kampung telah ditampilkan melalui amalan pengorganisasian secara tidak langsung dalam karya tersebut.
Pendekatan ini membantu mengenal pasti bagaimana struktur sosial dan peranan kepemimpinan dalam teks dapat dianalisis dari sudut pandang pengurusan moden.
Tuntasnya, bidang pengurusan mampu menjadikan kritikan sastera Melayu dapat diperkasakan menerusi metodologi yang bersifat saintifik, sistematik, dan praktikal.
Ia bukan sahaja membuka ruang kepada perkembangan pemikiran baharu dalam bidang sastera, tetapi turut menyumbang kepada pembentukan gagasan kritikan yang berupaya memberi impak lebih luas terhadap pembangunan intelektual, pendidikan dan tamadun bangsa.
Pendekatan ini selari dengan keperluan generasi kini yang semakin cenderung kepada pemikiran berasaskan sistem, organisasi dan keberkesanan serta satu tuntutan baharu dalam era modenisasi dan teknologi.

Related Results

TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
ABSTRAK Makalah ini bertujuan menilai Teori Puitika Sastera Melayu sebagai teori sastera tempatan yang digagaskan oleh Muhammad Haji Salleh (1989). Teori ini mendapat perhatian ra...
Pemerkasaan wanita menurut perspektif hadis: Satu sorotan literatur
Pemerkasaan wanita menurut perspektif hadis: Satu sorotan literatur
Islam is a religion that encompasses all aspects of life. Islam has also given its followers all the guidance to manage life including in relation to women's empowerment. Although ...
Pengurusan Pembinaan Insan dalam teks Naratif Ogonshoto
Pengurusan Pembinaan Insan dalam teks Naratif Ogonshoto
Perancangan dalam pengurusan pembinaan insan merupakan suatu proses strategik yang melibatkan pemikiran analitikal dan pertimbangan intelektual, bertujuan mengarah ke arah pencapai...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
CABARAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM USAHA MENCAPAI NEGARA BANGSA DI MALAYSIA
CABARAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM USAHA MENCAPAI NEGARA BANGSA DI MALAYSIA
Malaysia is a multi ethnic country that has a diverse cultures. The policy during the colonial era caused a conflict between ethnic groups in Malaysia.To foster a racial integratio...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...

Back to Top