Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI

View through CrossRef
ABSTRAK Makalah ini bertujuan menilai Teori Puitika Sastera Melayu sebagai teori sastera tempatan yang digagaskan oleh Muhammad Haji Salleh (1989). Teori ini mendapat perhatian ramai pengkaji dalam penelitian di peringkat sarjana dan PhD di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sebahagian sarjana membandingkan teori ini dengan teori estetika di peringkat antarabangsa. Bagaimanapun sebagai teori sastera tempatan, teori ini mempunyai ciri tertentu yang boleh diteroka dan diterapkan dalam analisis penghasilan karya yang bersifat genius tempatan. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri aplikasi Teori Puitika Sastera Melayu, menganalisis pandangan sarjana tentang kesesuaian Teori Puitika Sastera Melayu dan menilai keupayaan Teori Puitika Sastera Melayu sebagai sebuah teori tempatan. Metodologi penilaian terhadap teori ini berbentuk analisis secara kualitatif tentang kemungkinan praktis dari segi kestabilan Teori Puitika Sastera Melayu untuk mandiri dan berkembang di peringkat Asia Tenggara. Hasilnya, penilaian terhadap beberapa buah tesis dan tulisan kajian lain yang dilaksanakan di beberapa universiti di Asia Tenggara dinilai dari segi kesesuaian dan kekuatan serta kelemahannya. Cadangan hasil penilaian dan kemungkinan untuk Teori Puitika Sastera Melayu berkembang secara praktis dikemukakan dalam artikel ini.  ABSTRACT This paper aims to evaluate the Malay Poetic Theory as a local literary theory that was initiated by Muhammad Haji Salleh (1989). This theory gained the attention of many researchers in Malaysia, Singapore and Brunei. Some scholars compare this theory with the aesthetics theory. However, as a local literary theory, the Malay Poetic Theory has certain features that can be explored and applied in the analysis of the work of a local genius. Therefore, this study aimed to identify the application features of the Malay Poetic Theory, to analyse scholarly views on the suitability of the Malay Poetic Theory as a local theory and to evaluate its capability as a local theory. This theory is assessed using a qualitative method. It is analysed based on practical possibilities in terms of the stability of the Malay Poetic Theory to be self-sufficient and developed in Southeast Asia. As a result, the assessment of selected theses and written studies that were conducted at several universities in Southeast Asia were based on their suitability, strength and weakness. The proposed assessment results and the possibilities for the Malay Poetic Theory to be practically implemented were also analysed in this paper. 
Title: TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
Description:
ABSTRAK Makalah ini bertujuan menilai Teori Puitika Sastera Melayu sebagai teori sastera tempatan yang digagaskan oleh Muhammad Haji Salleh (1989).
Teori ini mendapat perhatian ramai pengkaji dalam penelitian di peringkat sarjana dan PhD di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sebahagian sarjana membandingkan teori ini dengan teori estetika di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun sebagai teori sastera tempatan, teori ini mempunyai ciri tertentu yang boleh diteroka dan diterapkan dalam analisis penghasilan karya yang bersifat genius tempatan.
Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri aplikasi Teori Puitika Sastera Melayu, menganalisis pandangan sarjana tentang kesesuaian Teori Puitika Sastera Melayu dan menilai keupayaan Teori Puitika Sastera Melayu sebagai sebuah teori tempatan.
Metodologi penilaian terhadap teori ini berbentuk analisis secara kualitatif tentang kemungkinan praktis dari segi kestabilan Teori Puitika Sastera Melayu untuk mandiri dan berkembang di peringkat Asia Tenggara.
Hasilnya, penilaian terhadap beberapa buah tesis dan tulisan kajian lain yang dilaksanakan di beberapa universiti di Asia Tenggara dinilai dari segi kesesuaian dan kekuatan serta kelemahannya.
Cadangan hasil penilaian dan kemungkinan untuk Teori Puitika Sastera Melayu berkembang secara praktis dikemukakan dalam artikel ini.
  ABSTRACT This paper aims to evaluate the Malay Poetic Theory as a local literary theory that was initiated by Muhammad Haji Salleh (1989).
This theory gained the attention of many researchers in Malaysia, Singapore and Brunei.
Some scholars compare this theory with the aesthetics theory.
However, as a local literary theory, the Malay Poetic Theory has certain features that can be explored and applied in the analysis of the work of a local genius.
Therefore, this study aimed to identify the application features of the Malay Poetic Theory, to analyse scholarly views on the suitability of the Malay Poetic Theory as a local theory and to evaluate its capability as a local theory.
This theory is assessed using a qualitative method.
It is analysed based on practical possibilities in terms of the stability of the Malay Poetic Theory to be self-sufficient and developed in Southeast Asia.
As a result, the assessment of selected theses and written studies that were conducted at several universities in Southeast Asia were based on their suitability, strength and weakness.
The proposed assessment results and the possibilities for the Malay Poetic Theory to be practically implemented were also analysed in this paper.
 .

Related Results

Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan. Melalui...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Abstrak: Historiografi Melayu:Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Melayu sebagai identitas masyarakat Indonesia menjadi sangat penting didalam Historiografi “penulisan sejar...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
Budaya sering kali dipersembahkan secara tidak seimbang dan tidak lengkap dalam pengajaran bahasa terutamanya bahasa asing. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk meneroka represent...
IDENTITI DAN INDIVIDUALITI PEREMPUAN MELAYU DALAM HIKAYAT SYAMSUL ANUAR THE INDIVIDUALITY OF MALAY WOMEN IN HIKAYAT SYAMSUL ANUAR
IDENTITI DAN INDIVIDUALITI PEREMPUAN MELAYU DALAM HIKAYAT SYAMSUL ANUAR THE INDIVIDUALITY OF MALAY WOMEN IN HIKAYAT SYAMSUL ANUAR
Imej perempuan Melayu dalam sastera Melayu lama banyak dikaji dan pelbagai tafsiran ditemukan. Terdapat kajian yang membela kedudukan mereka dan ada yang sebaliknya. Kajian-kajian ...

Back to Top