Javascript must be enabled to continue!
SATU PENELITIAN STRUKTURALIS TERHADAP SASTERA INDIE TERPILIH
View through CrossRef
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji struktur sastera indie menerusi novel yang dihasilkan pada tahun 2015 sehingga hari ini. Kajian ini meneliti novel Nazi Goreng (2015) karya Marco Ferrarese, Perempuan Politikus Melayu (2016) karya Faisal Tehrani dan Budiman (2017) karya Regina Ibrahim. Novel-novel ini dipilih sebagai contoh penerbitan ‘karya indie’ yang merujuk kepada karya-karya yang diterbitkan oleh penerbit swasta, tidak seperti hasil karya sastera Melayu arus perdana yang diterbitkan oleh pendukung sastera Malaysia iaitu Dewan Bahasa Pustaka (DBP). Menurut Rafidah Eksan (2016), sastera indie merupakan karya yang ditulis oleh pengarang baharu dan masih muda dalam penerbitan. Mereka menjadikan ruang ini sebagai alternatif untuk menyiarkan karya mereka yang santai dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan dalam undang-undang penerbitan kerana proses penerbitan sastera indie tidak dikawal ketat oleh mana-mana pihak. Penelitian tentang sastera indie dilihat menerusi gaya penulisan yang bersifat memberontak dan agresif, luar dari kebiasaan sastera arus perdana yang terikat dengan etika penulisan dan penerbitan. Menurut Muhammad Rashidi dan Siti Nur Hidayah (2016), sastera indie lebih bersifat sarkastik, protes, menentang, maki hamun dan tidak mempunyai ciri-ciri penulisan yang tertentu. Begitu juga menurut Md Salleh Yaapar yang mengatakan karya ‘indie’ boleh merosakkan bahasa Melayu dan jati diri bangsa Melayu, (Astro Awani: 2016). Justeru, kajian ini akan berfokus kepada analisis plot, watak dan perwatakan dan gaya penulisan dalam tiga buah novel sastera indie yang akan dikupas secara struktural.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: SATU PENELITIAN STRUKTURALIS TERHADAP SASTERA INDIE TERPILIH
Description:
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji struktur sastera indie menerusi novel yang dihasilkan pada tahun 2015 sehingga hari ini.
Kajian ini meneliti novel Nazi Goreng (2015) karya Marco Ferrarese, Perempuan Politikus Melayu (2016) karya Faisal Tehrani dan Budiman (2017) karya Regina Ibrahim.
Novel-novel ini dipilih sebagai contoh penerbitan ‘karya indie’ yang merujuk kepada karya-karya yang diterbitkan oleh penerbit swasta, tidak seperti hasil karya sastera Melayu arus perdana yang diterbitkan oleh pendukung sastera Malaysia iaitu Dewan Bahasa Pustaka (DBP).
Menurut Rafidah Eksan (2016), sastera indie merupakan karya yang ditulis oleh pengarang baharu dan masih muda dalam penerbitan.
Mereka menjadikan ruang ini sebagai alternatif untuk menyiarkan karya mereka yang santai dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan dalam undang-undang penerbitan kerana proses penerbitan sastera indie tidak dikawal ketat oleh mana-mana pihak.
Penelitian tentang sastera indie dilihat menerusi gaya penulisan yang bersifat memberontak dan agresif, luar dari kebiasaan sastera arus perdana yang terikat dengan etika penulisan dan penerbitan.
Menurut Muhammad Rashidi dan Siti Nur Hidayah (2016), sastera indie lebih bersifat sarkastik, protes, menentang, maki hamun dan tidak mempunyai ciri-ciri penulisan yang tertentu.
Begitu juga menurut Md Salleh Yaapar yang mengatakan karya ‘indie’ boleh merosakkan bahasa Melayu dan jati diri bangsa Melayu, (Astro Awani: 2016).
Justeru, kajian ini akan berfokus kepada analisis plot, watak dan perwatakan dan gaya penulisan dalam tiga buah novel sastera indie yang akan dikupas secara struktural.
.
Related Results
The “Nest Formation” of Chinese indie music in the 1990s : Focusing on the formation and dissolution of “Shucun (樹村)
The “Nest Formation” of Chinese indie music in the 1990s : Focusing on the formation and dissolution of “Shucun (樹村)
Indie music was introduced to China during the late 1970s and early 1980s amidst the wave of reform and opening-up. Shucun (樹村), the early physical space and medium of Chinese indi...
TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
ABSTRAK
Makalah ini bertujuan menilai Teori Puitika Sastera Melayu sebagai teori sastera tempatan yang digagaskan oleh Muhammad Haji Salleh (1989). Teori ini mendapat perhatian ra...
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan. Melalui...
PERANCANGAN RAPI DALAM SILIR DAKSINA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN
PERANCANGAN RAPI DALAM SILIR DAKSINA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN
Abstract This study analyses a literary work using the Management Approach by Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). There are five principles under the approach: planning, leadership,...
Budaya keranjingan penggemar band Indie
Budaya keranjingan penggemar band Indie
Cikal bakal terbentuknya atmosfir Indie di Indonesia sulit dilepaskan dari evolusi rocker-rocker pionir era 1970-an sebagai pendahulu. Sebut saja misalnya God Bless, Gang Pegangsaa...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Sumbangan Sayyid Qutb dalam Perkembangan Sastera Islam Moden
Sumbangan Sayyid Qutb dalam Perkembangan Sastera Islam Moden
Abstract
Sayyid Qutb merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arus kebangkitan Islam. Beliau banyak menerbitkan artikel dan juga buku-buku tentang kesedaran Islam. Dalam arus sa...
Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS
Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesa...

