Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kesesuaian Prinsip Realisme dengan Cara Hidup Masyarakat Melayu-Islam Kontemporari

View through CrossRef
Pengaplikasian aliran Barat dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia telah menimbulkan banyak perdebatan sehingga mencetuskan polemik sastera yang tidak berkesudahan sehingga kini. Sebagai satu daripada aliran Barat, realisme turut terkesan dengan polemik ini apabila dikatakan tidak sesuai dan gagal menepati konteks masyarakat tempatan khususnya dalam aspek cara hidup masyarakat Melayu-Islam kerana statusnya sebagai produk yang terhasil daripada konteks kehidupan yang sangat berbeza terutamanya dari segi agama, budaya, dan nilai kehidupan. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperincikan pengaplikasian prinsip realisme bagi mengemukakan bukti kesesuaiannya dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam kontemporari berdasarkan novel-novel mutakhir Sasterawan Negara Rahman Shaari. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan berlandaskan prinsip-prinsip realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) terhadap tema sosial dalam novel-novel mutakhir Sasterawan Negara Rahman Shaari iaitu novel Pernikahan di Lubuk Hantu (2008), Semoga Molek (2012) dan Cengkaman Hasrat (2015). Kaedah kepustakaan turut digunakan untuk mengenal pasti hubungan karya-karya yang dikaji dengan realiti cara hidup masyarakat Melayu-Islam kontemporari bagi menjelaskan kesesuaian aliran realisme dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan pengaplikasian aliran ini tidak menampilkan sebarang percanggahan dan didapati bersesuaian dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam malahan turut menunjukkan impaknya ke arah memajukan masyarakat. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat menjadi sampel bagi membuktikan kesesuaian aliran realisme dengan konteks kehidupan masyarakat Melayu-Islam masa kini di samping dapat menjadi hujah tentang kebolehaplikasian aliran ini dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Kesesuaian Prinsip Realisme dengan Cara Hidup Masyarakat Melayu-Islam Kontemporari
Description:
Pengaplikasian aliran Barat dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia telah menimbulkan banyak perdebatan sehingga mencetuskan polemik sastera yang tidak berkesudahan sehingga kini.
Sebagai satu daripada aliran Barat, realisme turut terkesan dengan polemik ini apabila dikatakan tidak sesuai dan gagal menepati konteks masyarakat tempatan khususnya dalam aspek cara hidup masyarakat Melayu-Islam kerana statusnya sebagai produk yang terhasil daripada konteks kehidupan yang sangat berbeza terutamanya dari segi agama, budaya, dan nilai kehidupan.
Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperincikan pengaplikasian prinsip realisme bagi mengemukakan bukti kesesuaiannya dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam kontemporari berdasarkan novel-novel mutakhir Sasterawan Negara Rahman Shaari.
Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan berlandaskan prinsip-prinsip realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) terhadap tema sosial dalam novel-novel mutakhir Sasterawan Negara Rahman Shaari iaitu novel Pernikahan di Lubuk Hantu (2008), Semoga Molek (2012) dan Cengkaman Hasrat (2015).
Kaedah kepustakaan turut digunakan untuk mengenal pasti hubungan karya-karya yang dikaji dengan realiti cara hidup masyarakat Melayu-Islam kontemporari bagi menjelaskan kesesuaian aliran realisme dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam.
Dapatan kajian ini menunjukkan pengaplikasian aliran ini tidak menampilkan sebarang percanggahan dan didapati bersesuaian dengan cara hidup masyarakat Melayu-Islam malahan turut menunjukkan impaknya ke arah memajukan masyarakat.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat menjadi sampel bagi membuktikan kesesuaian aliran realisme dengan konteks kehidupan masyarakat Melayu-Islam masa kini di samping dapat menjadi hujah tentang kebolehaplikasian aliran ini dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia.

Related Results

Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
Metafora dalam sastra lisan merupakan bagian khazanah kekayaan kebudayaan masyarakat Melayu Islam Sumatera Selatan. Beragam bentuk sastra lisan masyarakat Melayu Sumatera Selatan m...
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada ca...
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis...
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Undang-undang ini dilaksanaka...
Teori Realisme dalam Pendidikan Islam
Teori Realisme dalam Pendidikan Islam
Teori Realisme dalam pendidikan Islam berfokus pada pengembangan pemahaman tentang realitas kehidupan yang bersumber dari wahyu Tuhan dan pengalaman manusia. Dalam konteks ini, rea...
Formulasi Konsep Moderasi Islam M Mucharom Syifa
Formulasi Konsep Moderasi Islam M Mucharom Syifa
Abstract: The religious phenomenon of Islam in post-reform Indonesia is thought to have experienced extremism and radicalism. The explosion of terrorism in the name of Islam ...

Back to Top