Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL

View through CrossRef
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label sebagai keusahawanan sosial, yang berfokuskan kepada matlamat sosial berbanding keuntungan. Konsep keusahawanan sosial adalah di dilaksanakan oleh individu yang mempunyai ciri keusahawanan seperti inovatif, proaktif, pengambilan risiko dan utamanya adalah berfokus kepada pencapaian aspirasi sosial. Keusahawanan sosial ini boleh dilaksanakan oleh setiap lapisan masyarakat dan tidak terlepas kepada golongan belia. Penglibatan belia dalam keusahawanan sosial bukan sahaja mampu melahirkan belia yang boleh mengendalikan sebuah perusahaan, juga mempunyai tanggungjawab sosial, mesra persekitaran dan mesra budaya, sekali gus menjadi agen penyelesaian kepada keruncingan masalah masyarakat. Keusahawanan sosial merupakan respon kepada masalah sosial masyarakat seperti pengangguran, kemiskinan, fragmentasi komuniti dan kelaparan yang semakin kronik untuk mencapai keadilan sosial sejagat. Masalah sosial masyarakat ini perlu diatasi terutamanya di kalangan belia. Ini kerana belia merupakan pewaris dalam mencapai kemajuan negara di mata dunia. Oleh yang demikian, kertas kajian ini disediakan bagi menjelaskan konsep keusahawanan sosial serta perlaksanaannya di kalangan belia di Malaysia. Selain dari itu, kertas kajian ini akan menerangkan pengaruh keusahawanan sosial dalam melahirkan belia berwawasan serta mencapai matlamat negara. Ini kerana keterlibatan belia dalam keusahawanan belia ini dapat melahirkan belia yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai tambah untuk berdaya saing dan produktiviti yang dihasilkan. Keadaan ini dapat membina belia yang berkepimpinan dan mampu membawa nama Malaysia ke mata dunia. Secara kesimpulannya, kertas kerja ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai konsep keusahawanan sosial dan kesan penglibatannya di kalangan belia dan negara berdasarkan kajian-kajian lepas. Metodologi yang digunakan adalah kajian yang sistematik yang mana hasil kajian lepas dianalisis dan diteliti bagi menyajikan fakta yang lebih komprehensif dan berimbang. Kata Kunci: Keusahawanan Sosial, Masalah Sosial, Belia Berwawasan, Pembangunan Negara
Title: KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
Description:
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan.
Konsep ini di label sebagai keusahawanan sosial, yang berfokuskan kepada matlamat sosial berbanding keuntungan.
Konsep keusahawanan sosial adalah di dilaksanakan oleh individu yang mempunyai ciri keusahawanan seperti inovatif, proaktif, pengambilan risiko dan utamanya adalah berfokus kepada pencapaian aspirasi sosial.
Keusahawanan sosial ini boleh dilaksanakan oleh setiap lapisan masyarakat dan tidak terlepas kepada golongan belia.
Penglibatan belia dalam keusahawanan sosial bukan sahaja mampu melahirkan belia yang boleh mengendalikan sebuah perusahaan, juga mempunyai tanggungjawab sosial, mesra persekitaran dan mesra budaya, sekali gus menjadi agen penyelesaian kepada keruncingan masalah masyarakat.
Keusahawanan sosial merupakan respon kepada masalah sosial masyarakat seperti pengangguran, kemiskinan, fragmentasi komuniti dan kelaparan yang semakin kronik untuk mencapai keadilan sosial sejagat.
Masalah sosial masyarakat ini perlu diatasi terutamanya di kalangan belia.
Ini kerana belia merupakan pewaris dalam mencapai kemajuan negara di mata dunia.
Oleh yang demikian, kertas kajian ini disediakan bagi menjelaskan konsep keusahawanan sosial serta perlaksanaannya di kalangan belia di Malaysia.
Selain dari itu, kertas kajian ini akan menerangkan pengaruh keusahawanan sosial dalam melahirkan belia berwawasan serta mencapai matlamat negara.
Ini kerana keterlibatan belia dalam keusahawanan belia ini dapat melahirkan belia yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai tambah untuk berdaya saing dan produktiviti yang dihasilkan.
Keadaan ini dapat membina belia yang berkepimpinan dan mampu membawa nama Malaysia ke mata dunia.
Secara kesimpulannya, kertas kerja ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai konsep keusahawanan sosial dan kesan penglibatannya di kalangan belia dan negara berdasarkan kajian-kajian lepas.
Metodologi yang digunakan adalah kajian yang sistematik yang mana hasil kajian lepas dianalisis dan diteliti bagi menyajikan fakta yang lebih komprehensif dan berimbang.
Kata Kunci: Keusahawanan Sosial, Masalah Sosial, Belia Berwawasan, Pembangunan Negara.

Related Results

PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...
Output Pengujian Modul Minda Keusahawanan: Kajian Ke Atas 9 Peserta Gelandangan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit
Output Pengujian Modul Minda Keusahawanan: Kajian Ke Atas 9 Peserta Gelandangan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit
Modul Minda Keusahawanan yang telah dibina melibatkan sembilan modul yang telah disampaikan kepada gelandangan bekas banduan. Tujuan pembinaan modul keusahawanan ini adalah bagi me...
PERSPEKTIF BELIA TERHADAP ISU SOSIOEKONOMI DAN POLITIK DI KAWASAN DUN PERAMU JAYA, PEKAN, PAHANG
PERSPEKTIF BELIA TERHADAP ISU SOSIOEKONOMI DAN POLITIK DI KAWASAN DUN PERAMU JAYA, PEKAN, PAHANG
Hak mengundi kepada golongan belia membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan ...
Faktor Mempengaruhi Penglibatan dalam Pekerjaan Sambilan dalam kalangan Pegawai Kanan Polis
Faktor Mempengaruhi Penglibatan dalam Pekerjaan Sambilan dalam kalangan Pegawai Kanan Polis
Penglibatan kerja sambilan dalam kalangan individu kelas jawatan rendah bertujuan memenuhi keperluan asas yang tidak cukup ditanggung dengan pendapatan daripada pekerjaan utama. Wa...
Editorial
Editorial
CHIEF EDITOR Ahmad Faris Ismail, IIUM, Malaysia TECHNICAL EDITOR Sany Izan Ihsan, IIUM, Malaysia EXECUTIVE EDITOR AHM Zahirul Alam, IIUM, Malaysia ASSOCIATE EDITO...
Editorial
Editorial
  CHIEF EDITOR Ahmad Faris Ismail, IIUM, Malaysia EXECUTIVE EDITOR AHM Zahirul Alam, IIUM, Malaysia ASSOCIATE EDITOR Nor Farahidah Za’bah, IIUM, Malaysia LANGUAGE EDITOR Lynn Mas...

Back to Top