Javascript must be enabled to continue!
Faktor Mempengaruhi Penglibatan dalam Pekerjaan Sambilan dalam kalangan Pegawai Kanan Polis
View through CrossRef
Penglibatan kerja sambilan dalam kalangan individu kelas jawatan rendah bertujuan memenuhi keperluan asas yang tidak cukup ditanggung dengan pendapatan daripada pekerjaan utama. Walau bagaimanapun penglibatan individu dalam kelas pendapatan pertengahan dan tinggi dalam pekerjaan sambilan dijangka cenderung didorong faktor motivasi yang berbeza daripada kelompok berpendapatan rendah. Kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pegawai kanan polis dalam pekerjaan sambilan dalam kerangka Teori Hiraki Keperluan Maslow. Kajian ini menggunakan kaedah survei di mana soal selidik digunakan sebagai instrumen memperolehi data kajian. Saiz populasi kajian ialah 298 orang yang terdiri daripada pegawai kanan polis yang bertugas di empat kontinjen di negeri Melaka dan saiz sampel mengikut penentuan formula Krejcie dan Morgan (1970) ialah 169 orang. Teknik persampelan berstrata dan berkadaran digunakan bagi menentukan bilangan unit sampel mengikut kontinjen berlainan. Seterusnya, teknik pensampelan bertujuan digunakan bagi memilih individu responden dan 93 orang telah memberi respon melakukan pekerjaan sambilan. Analisis regresi telah digunakan untuk menganalisa faktor-faktor pendorong penglibatan dalam pekerjaan sambilan. Berdasarkan analisis, terdapat dua faktor pendorong yang signifikan dalam penglibatan pegawai kanan polis dalam pekerjaan sambilan iaitu faktor memperluaskan rangkaian kenalan sosial dan mendapatkan kemahiran baharu. Implikasi penemuan ialah pegawai kanan polis yang terlibat dalam pekerjaan sambilan bertujuan mahu memenuhi keperluan rasa pencapaian diri dan kemajuan profesion hakiki melalui pelebaran rangkaian sosial dan kemahiran baharu.
Secholian Publication
Title: Faktor Mempengaruhi Penglibatan dalam Pekerjaan Sambilan dalam kalangan Pegawai Kanan Polis
Description:
Penglibatan kerja sambilan dalam kalangan individu kelas jawatan rendah bertujuan memenuhi keperluan asas yang tidak cukup ditanggung dengan pendapatan daripada pekerjaan utama.
Walau bagaimanapun penglibatan individu dalam kelas pendapatan pertengahan dan tinggi dalam pekerjaan sambilan dijangka cenderung didorong faktor motivasi yang berbeza daripada kelompok berpendapatan rendah.
Kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pegawai kanan polis dalam pekerjaan sambilan dalam kerangka Teori Hiraki Keperluan Maslow.
Kajian ini menggunakan kaedah survei di mana soal selidik digunakan sebagai instrumen memperolehi data kajian.
Saiz populasi kajian ialah 298 orang yang terdiri daripada pegawai kanan polis yang bertugas di empat kontinjen di negeri Melaka dan saiz sampel mengikut penentuan formula Krejcie dan Morgan (1970) ialah 169 orang.
Teknik persampelan berstrata dan berkadaran digunakan bagi menentukan bilangan unit sampel mengikut kontinjen berlainan.
Seterusnya, teknik pensampelan bertujuan digunakan bagi memilih individu responden dan 93 orang telah memberi respon melakukan pekerjaan sambilan.
Analisis regresi telah digunakan untuk menganalisa faktor-faktor pendorong penglibatan dalam pekerjaan sambilan.
Berdasarkan analisis, terdapat dua faktor pendorong yang signifikan dalam penglibatan pegawai kanan polis dalam pekerjaan sambilan iaitu faktor memperluaskan rangkaian kenalan sosial dan mendapatkan kemahiran baharu.
Implikasi penemuan ialah pegawai kanan polis yang terlibat dalam pekerjaan sambilan bertujuan mahu memenuhi keperluan rasa pencapaian diri dan kemajuan profesion hakiki melalui pelebaran rangkaian sosial dan kemahiran baharu.
Related Results
GORDANG SAMBILAN: Pelestarian Kebudayaan Tradisional Mandailing di Kabupaten Mandailing Natal (2008-2019)
GORDANG SAMBILAN: Pelestarian Kebudayaan Tradisional Mandailing di Kabupaten Mandailing Natal (2008-2019)
Abstrack
This research discusses the preservation of Gordang Sambilan as a traditional cultural herigate in Mandailing Natal Regency. The purpose of this study is to reveal t...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengatahui dan menganalisa pengaruh kompetensi terhadap kepuasan kerja, pengaruh komitmen terhadap kepuasan kerja, pengaruh kompetensi terha...
BENTUK PENYAJIAN GORDANG SAMBILAN PADA UPACARA PESTA PERNIKAHAN DI KELURAHAN KOTA SIANTAR KECAMATAN PANYABUNGAN KOTA KABUPATEN MANDAILING NATAL
BENTUK PENYAJIAN GORDANG SAMBILAN PADA UPACARA PESTA PERNIKAHAN DI KELURAHAN KOTA SIANTAR KECAMATAN PANYABUNGAN KOTA KABUPATEN MANDAILING NATAL
This research aims to describe the presentation form of Gordang Sambilan at wedding ceremony in the village of Kota Siantar, Panyabungan Kota district, Mandailing Natal Regency. Th...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
MOTIVASI PIMPINAN TERHADAP KINERJA PEGAWAI PADA DINAS PEMBERDYAAN PEREMPUAN DAN PERLINDUNGAN ANAK KABUPATEN HULU SUNGAI UTARA
MOTIVASI PIMPINAN TERHADAP KINERJA PEGAWAI PADA DINAS PEMBERDYAAN PEREMPUAN DAN PERLINDUNGAN ANAK KABUPATEN HULU SUNGAI UTARA
Abstract: This study aims to determine the leadership motivation for employee performance, the influencing factors in improving employee performance and efforts to overcome factors...

