Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

MUSLIMAH SMART TRACKER: ANALISIS KEPERLUAN APLIKASI PINTAR BAGI IDENTIFIKASI DARAH WANITA BERASASKAN MAZHAB SYAFI‘I

View through CrossRef
Perbahasan fiqh berkaitan darah wanita seperti haid, nifas dan istihadhah merupakan aspek penting dalam hukum ibadah kerana ia berkait rapat dengan kesahan amalan seperti solat dan puasa. Walaupun hukum berkaitan darah wanita telah dihuraikan secara terperinci dalam literatur fiqh, khususnya dalam mazhab Syafi‘i, wanita Muslim pada hari ini masih berhadapan dengan kekeliruan dalam menentukan jenis darah dan implikasi hukumnya dalam situasi tertentu. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, penggunaan aplikasi mudah alih dilihat berpotensi menjadi medium sokongan dalam membantu wanita Muslim memahami dan mengurus isu fiqh darah wanita secara lebih sistematik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tahap pengetahuan, kefahaman dan keyakinan wanita Muslim terhadap fiqh darah wanita serta menilai keperluan pembangunan aplikasi pintar bagi identifikasi darah wanita berasaskan mazhab Syafi‘i. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik yang melibatkan 411 orang responden wanita Muslim daripada institusi pengajian tinggi. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman situasi, keyakinan diri serta keperluan responden terhadap aplikasi digital. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden berkaitan darah wanita berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.13, diikuti tahap kefahaman situasi (min = 3.79) dan keyakinan diri (min = 3.69). Walau bagaimanapun, responden masih menunjukkan kekeliruan dalam beberapa situasi praktikal seperti membezakan antara haid dan istihadhah serta menangani kitaran haid tidak menentu. Kajian ini juga mendapati bahawa responden menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi untuk menggunakan aplikasi digital berasaskan hukum syariah (min = 3.68), manakala spesifikasi keperluan aplikasi berada pada tahap sangat tinggi (min = 4.36), khususnya dari segi panduan hukum mazhab Syafi‘i, fungsi pengiraan automatik dan reka bentuk mesra pengguna. Sebagai implikasi, kajian ini membuktikan bahawa pembangunan aplikasi pintar identifikasi darah wanita berasaskan mazhab Syafi‘i berpotensi membantu meningkatkan kefahaman praktikal fiqh wanita serta memudahkan akses kepada panduan hukum yang sahih dalam era digital.
Title: MUSLIMAH SMART TRACKER: ANALISIS KEPERLUAN APLIKASI PINTAR BAGI IDENTIFIKASI DARAH WANITA BERASASKAN MAZHAB SYAFI‘I
Description:
Perbahasan fiqh berkaitan darah wanita seperti haid, nifas dan istihadhah merupakan aspek penting dalam hukum ibadah kerana ia berkait rapat dengan kesahan amalan seperti solat dan puasa.
Walaupun hukum berkaitan darah wanita telah dihuraikan secara terperinci dalam literatur fiqh, khususnya dalam mazhab Syafi‘i, wanita Muslim pada hari ini masih berhadapan dengan kekeliruan dalam menentukan jenis darah dan implikasi hukumnya dalam situasi tertentu.
Seiring dengan perkembangan teknologi digital, penggunaan aplikasi mudah alih dilihat berpotensi menjadi medium sokongan dalam membantu wanita Muslim memahami dan mengurus isu fiqh darah wanita secara lebih sistematik.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tahap pengetahuan, kefahaman dan keyakinan wanita Muslim terhadap fiqh darah wanita serta menilai keperluan pembangunan aplikasi pintar bagi identifikasi darah wanita berasaskan mazhab Syafi‘i.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik yang melibatkan 411 orang responden wanita Muslim daripada institusi pengajian tinggi.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman situasi, keyakinan diri serta keperluan responden terhadap aplikasi digital.
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden berkaitan darah wanita berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.
13, diikuti tahap kefahaman situasi (min = 3.
79) dan keyakinan diri (min = 3.
69).
Walau bagaimanapun, responden masih menunjukkan kekeliruan dalam beberapa situasi praktikal seperti membezakan antara haid dan istihadhah serta menangani kitaran haid tidak menentu.
Kajian ini juga mendapati bahawa responden menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi untuk menggunakan aplikasi digital berasaskan hukum syariah (min = 3.
68), manakala spesifikasi keperluan aplikasi berada pada tahap sangat tinggi (min = 4.
36), khususnya dari segi panduan hukum mazhab Syafi‘i, fungsi pengiraan automatik dan reka bentuk mesra pengguna.
Sebagai implikasi, kajian ini membuktikan bahawa pembangunan aplikasi pintar identifikasi darah wanita berasaskan mazhab Syafi‘i berpotensi membantu meningkatkan kefahaman praktikal fiqh wanita serta memudahkan akses kepada panduan hukum yang sahih dalam era digital.

Related Results

Hukum Bermain Catur Menurut Mazhab Syafi’i dan Mazhab Maliki
Hukum Bermain Catur Menurut Mazhab Syafi’i dan Mazhab Maliki
Abstract: This article discusses the laws of playing chess according to the Syafi'i and Maliki schools. This research is library research and qualitative. Data were collected throu...
Hukum Sujud Syukur Tanpa Berwudu menurut Mazhab Maliki dan Mazhab Syafi’i
Hukum Sujud Syukur Tanpa Berwudu menurut Mazhab Maliki dan Mazhab Syafi’i
Abstract As we know, prostration is a part that cannot be left behind in worshiping Allah Swt. With that, every prostration that we make in prayer contains something of the power ...
Sejarah Pemikiran Empat Ulama Mazhab
Sejarah Pemikiran Empat Ulama Mazhab
Sejarah pemikiran empat ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali merupakan warisan intelektual yang signifikan dalam hukum Islam. Pemikiran mereka mencerminkan upaya meres...
Hukum Berbekam Bagi Orang Yang Berpuasa Perspektif Mazhab Syafi’i Dan Mazhab Hambali
Hukum Berbekam Bagi Orang Yang Berpuasa Perspektif Mazhab Syafi’i Dan Mazhab Hambali
Abstract Fasting is an obligation for a mature Muslim as an expression of the fear of a servant of God, some things can cancel fasting such as eating, drinking, putting something ...
Hukum Tawaf bagi Wanita Haid Menurut Mazhab Hanafi dan Mazhab Syafi'i
Hukum Tawaf bagi Wanita Haid Menurut Mazhab Hanafi dan Mazhab Syafi'i
Artikel ini membahas tentang hukum tawaf bagi wanita haid menurut mazhab Hanafi dan mazhab Syafi’i. Jenis penelitian ini adalah penelitian pustaka (library reserch) dengan analisis...
Murtad Sebelum Baliqh dan Kaitannya Dengan Kewarisan Dalam Pendangan Ulama Fiqh
Murtad Sebelum Baliqh dan Kaitannya Dengan Kewarisan Dalam Pendangan Ulama Fiqh
Tulisan ini menjelaskan tentang pandangan ulama fiqh mengenai murtad sebelum baliqh dan kaitannya dengan kewarisan harta kekayaan yang ditinggalkan oleh ahli warisnya. Dalam hal in...
Tahlilan di Mata Ulama Empat Mazhab: Pendekatan dan Perspektif Keilmuan
Tahlilan di Mata Ulama Empat Mazhab: Pendekatan dan Perspektif Keilmuan
Tahlilan merupakan masalah yang kerap diperdebatkan di antara kaum muslimin terutama pada zaman modern ini. Para ulama empat mazhab yaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi...
Keterikatan Fatwa Kepada Mazhab Syafi’i: Analisis Terhadap Fatwa- Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Keterikatan Fatwa Kepada Mazhab Syafi’i: Analisis Terhadap Fatwa- Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Generally, religious rulings (fatwa) in Malaysia are based on Shafi’ite madhhab as adherence to provisions of enactments of respective state in Malaysia. However, recently there ar...

Back to Top