Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri

View through CrossRef
Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden. Disebabkan wujudnya kepelbagaian identiti bangsa dalam masyarakat Malaysia, maka semangat muhibah, hormat-menghormati, bekerjasama, bertoleransi dan pemahaman identiti bangsa sesuatu kelompok masyarakat terutamanya antara kelompok majoriti dan minoriti amat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah dengan mengkaji bagaimanakah kumpulan etnik tertentu mempersepsikan etnik mereka sendiri dan persepsi etnik ini terhadap kumpulan etnik lain. Responden kajian ini terdiri daripada 36 ahli persatuan etnik yang mewakili empat kumpulan etnik yang berbeza (Kadazandusun, Bajau, Murut dan China) di Sabah. Data dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual in-depth. Keputusan dan perbincangan dibentangkan dalam kertas kerja ini.
Title: Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik Diri
Description:
Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak.
Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden.
Disebabkan wujudnya kepelbagaian identiti bangsa dalam masyarakat Malaysia, maka semangat muhibah, hormat-menghormati, bekerjasama, bertoleransi dan pemahaman identiti bangsa sesuatu kelompok masyarakat terutamanya antara kelompok majoriti dan minoriti amat penting.
Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah dengan mengkaji bagaimanakah kumpulan etnik tertentu mempersepsikan etnik mereka sendiri dan persepsi etnik ini terhadap kumpulan etnik lain.
Responden kajian ini terdiri daripada 36 ahli persatuan etnik yang mewakili empat kumpulan etnik yang berbeza (Kadazandusun, Bajau, Murut dan China) di Sabah.
Data dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual in-depth.
Keputusan dan perbincangan dibentangkan dalam kertas kerja ini.

Related Results

KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbaga...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pan...
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan te...
Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah: Satu Kajian di Organisasi Awam Bugis Work Ethics: A Study on Public Organization
Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah: Satu Kajian di Organisasi Awam Bugis Work Ethics: A Study on Public Organization
Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia. Setiap etnik tersebut telah membentuk satu...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia
Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia
Buku Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia ini merupakan kompilasi penyelidikan pakar dalam bidang sains sosial dari beberapa universiti awam dan swasta di Malay...

Back to Top