Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah: Satu Kajian di Organisasi Awam Bugis Work Ethics: A Study on Public Organization

View through CrossRef
Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia. Setiap etnik tersebut telah membentuk satu nilai, kepercayaan dan pandangan yang tersendiri terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan di tempat kerja. Etnik Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terhadap tenaga kerja dalam organisasi awam. Kepelbagaian etnik tersebut memerlukan seorang pengurus yang peka terhadap etika kerja setiap etnik kerana ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti etika kerja etnik Bugis serta perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan. Seramai 144 orang pekerja yang bekerja di organisasi awam sekitar Kota Kinabalu dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal selidik mengandungi demografi responden dan juga Multidimensional Work Ethic Profile (MWEP) yang diperkenalkan oleh Miller et al. (2002). Data akan dikumpul dan dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 22. Hasil kajian menunjukkan bahawa etika kerja etnik Bugis adalah bekerja keras ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, tidak terdapat perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan etnik Bugis. Akhir sekali, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada perancangan strategik sumber manusia terhadap satu garis panduan etika kerja yang boleh diamalkan oleh setiap individu dalam organisasi. Ethnic diversity in the organization has been discussed widely in human resource management. Diversity in workplaces may form various beliefs, values and perceptions that affect the way staff perform their task. The Bugis is one of the ethnic groups in Sabah that contribute to the workforce in public organizations. Thus, ethnic diversity in the organization requires a manager to be aware of their work ethic because it can impact on an organization is performance. This study aims to identify the Bugis work ethic and determine the work ethic differences between man and women. A total of 144 public organization workers in Kota Kinabalu were randomly selected as respondents. This study used a quantitative approach with questionnaire method. The questionnaire encompassed respondent demographic and Multidimensional Work Ethic Profile (WEP) by Miller et al. (2002). Data was collected and analyzed using IBM SPSS Statistics 22. The results showed that the Bugis people are hardworking. In addition, there is no differences in work ethic between man and women. Finally, the results may contribute to the human resources strategic planning for ethical guidelines that can be practiced by every individual in the organization
Title: Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah: Satu Kajian di Organisasi Awam Bugis Work Ethics: A Study on Public Organization
Description:
Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia.
Setiap etnik tersebut telah membentuk satu nilai, kepercayaan dan pandangan yang tersendiri terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan di tempat kerja.
Etnik Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terhadap tenaga kerja dalam organisasi awam.
Kepelbagaian etnik tersebut memerlukan seorang pengurus yang peka terhadap etika kerja setiap etnik kerana ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti etika kerja etnik Bugis serta perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan.
Seramai 144 orang pekerja yang bekerja di organisasi awam sekitar Kota Kinabalu dipilih secara rawak sebagai responden kajian.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik.
Borang soal selidik mengandungi demografi responden dan juga Multidimensional Work Ethic Profile (MWEP) yang diperkenalkan oleh Miller et al.
(2002).
Data akan dikumpul dan dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 22.
Hasil kajian menunjukkan bahawa etika kerja etnik Bugis adalah bekerja keras ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
Selain itu, tidak terdapat perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan etnik Bugis.
Akhir sekali, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada perancangan strategik sumber manusia terhadap satu garis panduan etika kerja yang boleh diamalkan oleh setiap individu dalam organisasi.
 Ethnic diversity in the organization has been discussed widely in human resource management.
Diversity in workplaces may form various beliefs, values and perceptions that affect the way staff perform their task.
The Bugis is one of the ethnic groups in Sabah that contribute to the workforce in public organizations.
Thus, ethnic diversity in the organization requires a manager to be aware of their work ethic because it can impact on an organization is performance.
This study aims to identify the Bugis work ethic and determine the work ethic differences between man and women.
A total of 144 public organization workers in Kota Kinabalu were randomly selected as respondents.
This study used a quantitative approach with questionnaire method.
The questionnaire encompassed respondent demographic and Multidimensional Work Ethic Profile (WEP) by Miller et al.
(2002).
Data was collected and analyzed using IBM SPSS Statistics 22.
The results showed that the Bugis people are hardworking.
In addition, there is no differences in work ethic between man and women.
Finally, the results may contribute to the human resources strategic planning for ethical guidelines that can be practiced by every individual in the organization.

Related Results

KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
PEMERTAHANAN BAHASA BUGIS DI KOTA AMBON [Bugis Language Defence in the city of Ambon]
PEMERTAHANAN BAHASA BUGIS DI KOTA AMBON [Bugis Language Defence in the city of Ambon]
This study examines the maintenance of Bugis language in the Wara neighborhood, Ambon City. As a language brought by immigrants from South Sulawesi, the Bugis language is a minorit...
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbaga...
Homonim Kosakata Bugis dalam Falsafah Hidup Masyarakat Bugis
Homonim Kosakata Bugis dalam Falsafah Hidup Masyarakat Bugis
Homonyms of Bugis Language in Philosophy of Life of The Bugis People ABSTRAKFalsafah Bugis selain sarat dengan unsur etika dan moralitas juga mengandung nilai sastra yang tinggi. P...
SEJARAH BUDAYA MASYARAKAT BUGIS DI KELURAHAN BOEPINANG KECAMATAN POLEANG KABUPATEN BOMBANA
SEJARAH BUDAYA MASYARAKAT BUGIS DI KELURAHAN BOEPINANG KECAMATAN POLEANG KABUPATEN BOMBANA
ABSTRAK: Tujuan utama penelitian ini adalah: (1) Untuk menjelaskan bentuk-bentuk kebudayaan masyarakat suku Bugis di Kelurahan Boepinang Kecamatan Poleang Kabupaten Bombana, (2) Un...
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pan...
TEORI-TEORI ETIKA DAN SUMBANGAN PEMIKIRAN PARA FILSUF BAGI ETIKA BISNIS
TEORI-TEORI ETIKA DAN SUMBANGAN PEMIKIRAN PARA FILSUF BAGI ETIKA BISNIS
Sebagai ilmu preskriptif, etika adalah cabang filsafat yang mempertimbangakan secara kritis tindakan mana yang baik atau tindakan mana yang buruk berdasarkan ajaran moral tertentu....
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan te...

Back to Top