Javascript must be enabled to continue!
Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia
View through CrossRef
Buku Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia ini merupakan kompilasi penyelidikan pakar dalam bidang sains sosial dari beberapa universiti awam dan swasta di Malaysia. Gabungan kepakaran penyelidik telah memberi sinergi kepada korpus ilmu, khususnya dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam melakarkan kedinamikan masyarakat multietnik dan budaya di negara ini.
Buku ini dibahagikan kepada empat tema utama, iaitu pembangunan dan ekonomi, perubatan tradisional dan komplimentari, hubungan etnik dan identiti, dan wanita dan pembangunan. Dalam meniti arus pembangunan, kumpulan minoriti seperti Orang Asli, masyarakat Siam, Orang Kemboja, dan peribumi Sabah dan Sarawak berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka. Masyarakat minoriti ini beradaptasi dengan kemajuan dan pembangunan bagi memastikan budaya mereka terus kekal selari dengan arus pemodenan. Masyarakat Melayu, Cina dan India juga tidak terlepas berhadapan dengan cabaran dalam konteks hubungan sosial antara kaum.
Isu-isu yang dibincangkan seperti etnofolisme dan interaksi soisal merupakan elemen penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Sikap saling menghormati dan memahami budaya setiap kaum penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Buku ini sesuai dibaca oleh ahli akademik, pelajar, pembuat dasar dan pihak berkepentingan berkaitan dengan kumpulan minoriti, budaya dan hubungan antara etnik. Selain menjadi rujukan kepada pihak yang berkaitan, buku ini akan menawarkan kepada pembaca satu pengalaman dan kefahaman pelbagai budaya dan etnik di Malaysia.
Penerbit Universiti Sains Malaysia
Title: Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia
Description:
Buku Kedinamikan Budaya dan Amalan Kumpulan Etnik di Malaysia ini merupakan kompilasi penyelidikan pakar dalam bidang sains sosial dari beberapa universiti awam dan swasta di Malaysia.
Gabungan kepakaran penyelidik telah memberi sinergi kepada korpus ilmu, khususnya dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam melakarkan kedinamikan masyarakat multietnik dan budaya di negara ini.
Buku ini dibahagikan kepada empat tema utama, iaitu pembangunan dan ekonomi, perubatan tradisional dan komplimentari, hubungan etnik dan identiti, dan wanita dan pembangunan.
Dalam meniti arus pembangunan, kumpulan minoriti seperti Orang Asli, masyarakat Siam, Orang Kemboja, dan peribumi Sabah dan Sarawak berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka.
Masyarakat minoriti ini beradaptasi dengan kemajuan dan pembangunan bagi memastikan budaya mereka terus kekal selari dengan arus pemodenan.
Masyarakat Melayu, Cina dan India juga tidak terlepas berhadapan dengan cabaran dalam konteks hubungan sosial antara kaum.
Isu-isu yang dibincangkan seperti etnofolisme dan interaksi soisal merupakan elemen penting dalam hubungan etnik di Malaysia.
Sikap saling menghormati dan memahami budaya setiap kaum penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni.
Buku ini sesuai dibaca oleh ahli akademik, pelajar, pembuat dasar dan pihak berkepentingan berkaitan dengan kumpulan minoriti, budaya dan hubungan antara etnik.
Selain menjadi rujukan kepada pihak yang berkaitan, buku ini akan menawarkan kepada pembaca satu pengalaman dan kefahaman pelbagai budaya dan etnik di Malaysia.
Related Results
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
KIYAI SALLEH BIN ABD. KARIM: AMALAN KEBATINAN KUMPULAN SELEMPANG MERAH
KIYAI SALLEH BIN ABD. KARIM: AMALAN KEBATINAN KUMPULAN SELEMPANG MERAH
Kumpulan Selempang Merah agak terkenal dengan perjuangan menentang komunis di negeri Johor terutama di bahagian Batu Pahat. Kumpulan ini terkenal dengan menggunakan selempang merah...
Kepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islam
Kepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islam
This study discusses the existence of various ethnic groups in Malaysia based on the country's history. The ethnic diversity is a proof of the greatness of Allah SWT. Therefore, va...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan te...
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...
Fandom Gelombang Korea Dan Kesepaduan Sosial: Meneroka Peranan Komunikasi Digital Dalam Kalangan Belia India Malaysia
Fandom Gelombang Korea Dan Kesepaduan Sosial: Meneroka Peranan Komunikasi Digital Dalam Kalangan Belia India Malaysia
ABSTRAK
Kajian awal ini bertujuan untuk meneroka bagaimana penglibatan belia India Malaysia dalam fandom Gelombang Korea (Hallyu) melalui platform media digital menyumbang kepa...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...

