Javascript must be enabled to continue!
MASALAH KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN: KAJIAN KES DI PUSAT REKREASI PULAU CHEKAS, RAUB, PAHANG
View through CrossRef
Pelancongan adalah suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas kepada keperluan mereka, dan memberi kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya,ekonomi dan persekitaran. Sesuatu kawasan pelancongan tersebut tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya persekitaran tersebut mempunyai masalah kebersihan dan penyelenggaraan tidak diurus dengan baik. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah kebersihan yang timbul di kawasan kajian iaitu di Pusat Rekreasi Pulau Chekas, Raub, Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpastimasalah penyelenggaraan kebersihan, dan menganalisis langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan edaran soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pengunjung pusat rekreasi tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa rata-rata pengunjung berpendapat bahawa persekitaran kawasan pusat rekreasi tersebut tidak berada dalam keadaan bersih ekoran longgokan sampah yang tidak diurus dengan baik. Masalah kebersihan di kawasan tersebut perlu diambil perhatian oleh pihak yang sepatutnya dan kerjasama para pengunjung juga sangat dititikberatkan. Oleh itu, kebersihan kawasan rekreasi perlulah dijaga supaya dapat memberi keselesaan kepada para pengunjung di samping dapat memelihara khazanah alam semulajadi. Hal ini juga dapat menjaga imej pusat rekreasi supaya dapat menarik lebih ramai para pengunjung untuk mengunjungi pusat rekreasi dan memperkenalkannya kepada negara luar. Secara keseluruhan, kajian ini dapat mengenalpasti tahap kebersihan di Pusat Rekreasi Pulau Chekas kerana kawasan rekreasi tersebut merupakan salah satu destinasi tumpuan pengunjung kerana kejernihan air sungai semulajadinya. Hasil kajian yang diperoleh akan dapat membantu dijadikan sebagai panduan bagi penyelenggaraan dalam mengatasi masalah kebersihan di pusat rekreasi.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: MASALAH KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN: KAJIAN KES DI PUSAT REKREASI PULAU CHEKAS, RAUB, PAHANG
Description:
Pelancongan adalah suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas kepada keperluan mereka, dan memberi kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya,ekonomi dan persekitaran.
Sesuatu kawasan pelancongan tersebut tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya persekitaran tersebut mempunyai masalah kebersihan dan penyelenggaraan tidak diurus dengan baik.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah kebersihan yang timbul di kawasan kajian iaitu di Pusat Rekreasi Pulau Chekas, Raub, Pahang.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpastimasalah penyelenggaraan kebersihan, dan menganalisis langkah-langkah untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan tersebut.
Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan edaran soal selidik.
Sampel kajian terdiri daripada 140 orang pengunjung pusat rekreasi tersebut.
Hasil kajian mendapati bahawa rata-rata pengunjung berpendapat bahawa persekitaran kawasan pusat rekreasi tersebut tidak berada dalam keadaan bersih ekoran longgokan sampah yang tidak diurus dengan baik.
Masalah kebersihan di kawasan tersebut perlu diambil perhatian oleh pihak yang sepatutnya dan kerjasama para pengunjung juga sangat dititikberatkan.
Oleh itu, kebersihan kawasan rekreasi perlulah dijaga supaya dapat memberi keselesaan kepada para pengunjung di samping dapat memelihara khazanah alam semulajadi.
Hal ini juga dapat menjaga imej pusat rekreasi supaya dapat menarik lebih ramai para pengunjung untuk mengunjungi pusat rekreasi dan memperkenalkannya kepada negara luar.
Secara keseluruhan, kajian ini dapat mengenalpasti tahap kebersihan di Pusat Rekreasi Pulau Chekas kerana kawasan rekreasi tersebut merupakan salah satu destinasi tumpuan pengunjung kerana kejernihan air sungai semulajadinya.
Hasil kajian yang diperoleh akan dapat membantu dijadikan sebagai panduan bagi penyelenggaraan dalam mengatasi masalah kebersihan di pusat rekreasi.
Related Results
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah
Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba seja...
Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia
Kajian ini menilai perkembangan industri pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negara Malaysia bermula dari tahun 1986 sehingga kini. P...
Transformasi Stadion Olah Raga KONI di Kawasan Perdagangan Kota Jambi
Transformasi Stadion Olah Raga KONI di Kawasan Perdagangan Kota Jambi
Kota berkembang dari suatu kawasan inti yang meluas ke sekitarnya. Kawasan awal mula ini yang kemudian menjelma menjadi pusat kota. Pada awalnya banyak kota direncanakan dalam skal...
Pemetaan Kawasan Kumuh Menggunakan Metode AHP dan GIS di Kota Tanjungbalai
Pemetaan Kawasan Kumuh Menggunakan Metode AHP dan GIS di Kota Tanjungbalai
Kawasan kumuh yang terjadi di Kota Tanjungbalai dikarenakan salah satunya kurangnya kesadaran masyarakat di Kota Tanjungbalai sehingga sampai saat ini masih banyak lingkungan yang ...
Pelancongan Bandar Diraja: Satu Pola Kunjungan Pelancong Domestik di Kuala Kangsar
Pelancongan Bandar Diraja: Satu Pola Kunjungan Pelancong Domestik di Kuala Kangsar
Pelancongan Bandar Diraja merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik di Malaysia. Produk pelanconga...
PENILAIAN TERHADAP KUALITI AIR TUAIAN HUJAN DI CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA
PENILAIAN TERHADAP KUALITI AIR TUAIAN HUJAN DI CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA
Pembukaan Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan sejak tahun 1888 telah menyebabkan kawasan ini terus menjadi tumpuan pelancong. Pembukaan kawasan industri, pelancongan, pen...
MODEL DINAMIK TINGKAT KERENTANAN PANTAI PULAU POTERAN DAN GILI LAWAK KABUPATEN SUMENEP MADURA
MODEL DINAMIK TINGKAT KERENTANAN PANTAI PULAU POTERAN DAN GILI LAWAK KABUPATEN SUMENEP MADURA
<div class="WordSection1"><p><em>Pulau Poteran dan Pulau Gili Lawak Kabupaten Sumenep merupakan pulau-pulau kecil yang berada di sebelah barat Pulau Madura dengan...
Nuevas perspectivas sobre la evaluación del cayente de los tejidos de calada
Nuevas perspectivas sobre la evaluación del cayente de los tejidos de calada
Drape indicators reported by textile researchers from 1950 to 2013 are examined. A total of 36 indicators were identified that are described in detail as regards geometric principl...

