Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PENILAIAN TERHADAP KUALITI AIR TUAIAN HUJAN DI CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA

View through CrossRef
Pembukaan Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan sejak tahun 1888 telah menyebabkan kawasan ini terus menjadi tumpuan pelancong. Pembukaan kawasan industri, pelancongan, penempatan, pembandaran serta kawasan pertanian yang meningkat dengan mendadak jelas memberikan tekanan terhadap landskap fizikal dan mendatangkan pelbagai impak khususnya kepada alam sekitar, tidak terkecuali di kawasan seperti Cameron Highlands ysng merupakan kawasan pertanian. Pelbagai perubahan telah berlaku yang memberikan kesan negatif terhadap kandungan air hujan yang turun sehingga boleh mendatangkan impak yang buruk terhadap kesihatan penduduk yang masih menggunakan air hujan ini dalam kehidupan seharian. Air tuaian hujan dapat ditafsirkan sebagai air hujan yang dikumpul dan ditadah dalam sesuatu bekas untuk kegunaan luaran seperti membasuh dan penyiraman tanaman malah untuk kegunaan dalaman seperti air minuman. Justeru itu, kajian ini akan meneliti dan menilai tahap kualiti air tuaian hujan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Penilaian parameter kualiti air iaitu pH dan Pepejal Terampai (SS) turut dijalankan terhadap sampel air tuaian yang diambil di sekitar kawasan kajian. Pengambilan sampel dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu kawasan bandar, penempatan, dan pertanian. Hasil kajian menunjukkan, kandungan SS yang diperolehi adalah lebih tinggi di kawasan penempatan iaitu sebanyak 16mg/L dengan nilai pH 6. Tambahan lagi, sampel air juga diambil mengikut sela masa 3 minit. Hasilnya, kandungan SS adalah lebih tinggi pada minit ke-9 iaitu sebanyak 21mg/L dengan nilai pH 5. Manakala, sebanyak 70 set borang kaji selidik telah digunakan bagi mendapatkan persepsi dan pandangan penduduk terhadap kualiti air tuaian hujan di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian penduduk turut berpendapat bahawa peningkatan pembangunan yang dijalankan nyata memberikan kesan yang tidak baik terhadap kualiti air tuaian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kandungan SS dan pH bagi sampel air hujan kawasan kajian adalah berada dalam lingkungan yang sesuai dan berdasarkan standart yang disyorkan. Justeru itu, PBT perlulah menjalankan pemantauan secara kerap terhadap tahap kualiti sumber air di kawasan kajian supaya tahap kesihatan masyarakat tidak terjelas berikutan masih terdapat segelintir masyarakat yang masih menggunakan air hujan. Tambahan lagi, aspek perancangan pembangunan di Cameron Highlands juga harus dipantau supaya alam sekitar juga dapat dipelihara.
Title: PENILAIAN TERHADAP KUALITI AIR TUAIAN HUJAN DI CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA
Description:
Pembukaan Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan sejak tahun 1888 telah menyebabkan kawasan ini terus menjadi tumpuan pelancong.
Pembukaan kawasan industri, pelancongan, penempatan, pembandaran serta kawasan pertanian yang meningkat dengan mendadak jelas memberikan tekanan terhadap landskap fizikal dan mendatangkan pelbagai impak khususnya kepada alam sekitar, tidak terkecuali di kawasan seperti Cameron Highlands ysng merupakan kawasan pertanian.
Pelbagai perubahan telah berlaku yang memberikan kesan negatif terhadap kandungan air hujan yang turun sehingga boleh mendatangkan impak yang buruk terhadap kesihatan penduduk yang masih menggunakan air hujan ini dalam kehidupan seharian.
Air tuaian hujan dapat ditafsirkan sebagai air hujan yang dikumpul dan ditadah dalam sesuatu bekas untuk kegunaan luaran seperti membasuh dan penyiraman tanaman malah untuk kegunaan dalaman seperti air minuman.
Justeru itu, kajian ini akan meneliti dan menilai tahap kualiti air tuaian hujan berdasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Penilaian parameter kualiti air iaitu pH dan Pepejal Terampai (SS) turut dijalankan terhadap sampel air tuaian yang diambil di sekitar kawasan kajian.
Pengambilan sampel dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu kawasan bandar, penempatan, dan pertanian.
Hasil kajian menunjukkan, kandungan SS yang diperolehi adalah lebih tinggi di kawasan penempatan iaitu sebanyak 16mg/L dengan nilai pH 6.
Tambahan lagi, sampel air juga diambil mengikut sela masa 3 minit.
Hasilnya, kandungan SS adalah lebih tinggi pada minit ke-9 iaitu sebanyak 21mg/L dengan nilai pH 5.
Manakala, sebanyak 70 set borang kaji selidik telah digunakan bagi mendapatkan persepsi dan pandangan penduduk terhadap kualiti air tuaian hujan di kawasan kajian.
Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian penduduk turut berpendapat bahawa peningkatan pembangunan yang dijalankan nyata memberikan kesan yang tidak baik terhadap kualiti air tuaian.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kandungan SS dan pH bagi sampel air hujan kawasan kajian adalah berada dalam lingkungan yang sesuai dan berdasarkan standart yang disyorkan.
Justeru itu, PBT perlulah menjalankan pemantauan secara kerap terhadap tahap kualiti sumber air di kawasan kajian supaya tahap kesihatan masyarakat tidak terjelas berikutan masih terdapat segelintir masyarakat yang masih menggunakan air hujan.
Tambahan lagi, aspek perancangan pembangunan di Cameron Highlands juga harus dipantau supaya alam sekitar juga dapat dipelihara.

Related Results

Perencanaan Teknis Pemanenan Air Hujan Terintegrasi dengan Sumur Resapan
Perencanaan Teknis Pemanenan Air Hujan Terintegrasi dengan Sumur Resapan
Hujan merupakan fenomena alam yang terjadi di suatu wilayah. Air hujan sangat bermanfaat untuk mengisi sumber air guna keperluan pertanian, domestik dan industri, namun air hujan y...
Rancang Bangun Penakar Hujan Dengan Peringatan Dini Hujan Lebat Menggunakan Tipping Bucket dan Mikrokontroler ESP32
Rancang Bangun Penakar Hujan Dengan Peringatan Dini Hujan Lebat Menggunakan Tipping Bucket dan Mikrokontroler ESP32
Indonesia merupakan negara yang memiliki dua musim, yaitu musim kemarau dan hujan. Salah satu parameter yang menjadi salah satu penyebab bencana alam ialah hujan Pengamatan curah h...
Prediksi Curah Hujan Menggunakan Data Hujan Satelit CHIRPS dan PERSIANN-CDR di DAS Bedadung Kabupaten Jember
Prediksi Curah Hujan Menggunakan Data Hujan Satelit CHIRPS dan PERSIANN-CDR di DAS Bedadung Kabupaten Jember
Curah hujan merupakan data penting dalam pemodelan hidrologi, pengendalian daya air, perencanaan alokasi air dan pemanfaatan sumber daya air lainnya. Namun, dalam operasionalnya, s...
EVALUASI ESTIMASI HUJAN BERDASARKAN KLASIFIKASI JENIS AWAN HIGH-RESOLUTION CLOUD ANALYSIS INFORMATION (HCAI) HIMAWARI-8
EVALUASI ESTIMASI HUJAN BERDASARKAN KLASIFIKASI JENIS AWAN HIGH-RESOLUTION CLOUD ANALYSIS INFORMATION (HCAI) HIMAWARI-8
Perbedaan distribusi awan baik secara spasial maupun temporal mempengaruhi hujan yang terjadi. Secara umum pola curah hujan di Indonesia terbagi menjadi tiga pola umum yakni pola m...
Merepetisi Perkataan Yesus Mengenai Tuaian menurut Yohanes 4:35 di Era New Normal
Merepetisi Perkataan Yesus Mengenai Tuaian menurut Yohanes 4:35 di Era New Normal
New normal merupakan suatu masa yang sulit untuk diterima dari beberapa pihak, gereja secara khususnya terkekang dalam kebingungan untuk melakukan pelayanan pastoral dan misinya. G...
POTENSI INDIKATIF CADANGAN AIR TANAH DI KABUPATEN BANGLI
POTENSI INDIKATIF CADANGAN AIR TANAH DI KABUPATEN BANGLI
Wilayah pada Kabupaten Bangli merupakan kawasan kabupaten yang tanpa memiliki kawasan pantai serta sebagian besar wilayahnya berada pada daratan tinggi dan hanya sebagian kecil wil...
SOCIAL IMPACT OF AGRO-TOURISM ON LOCAL URBAN RESIDENTS. CASE STUDY: CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA
SOCIAL IMPACT OF AGRO-TOURISM ON LOCAL URBAN RESIDENTS. CASE STUDY: CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA
Agro-tourism is a new tourism product introduced in Malaysia based on agricultural attraction. Cameron Highlands is the largest agricultural based highland resort area in Malaysia....
SOCIAL IMPACT OF AGRO-TOURISM ON LOCAL URBAN RESIDENTS. CASE STUDY: CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA
SOCIAL IMPACT OF AGRO-TOURISM ON LOCAL URBAN RESIDENTS. CASE STUDY: CAMERON HIGHLANDS, MALAYSIA
Agro-tourism is a new tourism product introduced in Malaysia based on agricultural attraction. Cameron Highlands is the largest agricultural based highland resort area in Malaysia....

Back to Top