Javascript must be enabled to continue!
Representasi "Melayu Baharu": Kajian terhadap Filem Terpilih Arahan Rahim Razali
View through CrossRef
Filem merupakan medium terbaik sebagai perakam sejarah atau latar masa sesebuah masyarakat atau negara. Era 80-an menyaksikan pengarah Rahim Razali sebagai salah seorang figura cendekiawan seni kontemporari tempatan yang menggunakan latar ideologi pembangunan negara khususnya kepada Melayu dan mengangkat realisme sosiobudaya dan politik bangsa sebagai tema dalam filem-filemnya. Pembentukan identiti Konsep Melayu Baharu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) menjadi tema naratif filem-filem beliau. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis representasi wajah Melayu Baharu yang lahir hasil daripada implikasi pelaksanaan DEB dan BCA menerusi filem Abang (1981) dan Matinya Seorang Patriot (1984). Kajian ini menggunakan analisis kandungan kualitatif untuk mengupayakan operasi analisis wacana kritis dan analisis pembingkaian terhadap kedua-dua buah filem tersebut. Dapatan analisis menunjukkan bahawa filem Abang adalah signifikan sebagai perakam sosial, politik dan budaya masyarakat Melayu kesan daripada proses modenisasi masyarakat Melayu yang terbentuk daripada implikasi perlaksanaan DEB pada ketika itu. Sutradara Rahim Razali turut mengemukakan pertentangan antara amanah dan korupsi di dalam dunia korporat Melayu dalam Matinya Seorang Patriot. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa Rahim Razali telah menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat dengan menyampaikan ideologi dominan dan kritikan dari segi sosial, sosio ekonomi dan sosio politik dalam usaha memberi pencerahan kepada penonton tanpa menghidangkan filem yang berlandaskan hiburan semata-mata.
Title: Representasi "Melayu Baharu": Kajian terhadap Filem Terpilih Arahan Rahim Razali
Description:
Filem merupakan medium terbaik sebagai perakam sejarah atau latar masa sesebuah masyarakat atau negara.
Era 80-an menyaksikan pengarah Rahim Razali sebagai salah seorang figura cendekiawan seni kontemporari tempatan yang menggunakan latar ideologi pembangunan negara khususnya kepada Melayu dan mengangkat realisme sosiobudaya dan politik bangsa sebagai tema dalam filem-filemnya.
Pembentukan identiti Konsep Melayu Baharu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) menjadi tema naratif filem-filem beliau.
Oleh itu, kajian ini akan menganalisis representasi wajah Melayu Baharu yang lahir hasil daripada implikasi pelaksanaan DEB dan BCA menerusi filem Abang (1981) dan Matinya Seorang Patriot (1984).
Kajian ini menggunakan analisis kandungan kualitatif untuk mengupayakan operasi analisis wacana kritis dan analisis pembingkaian terhadap kedua-dua buah filem tersebut.
Dapatan analisis menunjukkan bahawa filem Abang adalah signifikan sebagai perakam sosial, politik dan budaya masyarakat Melayu kesan daripada proses modenisasi masyarakat Melayu yang terbentuk daripada implikasi perlaksanaan DEB pada ketika itu.
Sutradara Rahim Razali turut mengemukakan pertentangan antara amanah dan korupsi di dalam dunia korporat Melayu dalam Matinya Seorang Patriot.
Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa Rahim Razali telah menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat dengan menyampaikan ideologi dominan dan kritikan dari segi sosial, sosio ekonomi dan sosio politik dalam usaha memberi pencerahan kepada penonton tanpa menghidangkan filem yang berlandaskan hiburan semata-mata.
Related Results
Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)
Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)
Jogho (1997) filem arahan U-Wei Haji Saari merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel Juara (1976) oleh S. Othman Kelantan. Filem ini dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Fes...
Transformasi Watak Dan Perwatakam Filem: Imam Subtema : Sastera, Seni, Budaya dan Agama
Transformasi Watak Dan Perwatakam Filem: Imam Subtema : Sastera, Seni, Budaya dan Agama
ABSTRAK
Filem Imam (2023) merupakan filem yang telah diadaptasi daripada novel popular karya Abdullah Hussain pada tahun 1992 dengan judul yang sama. Filem ini berjaya mencapai...
Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif
Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif
Filem-filem klasik P. Ramlee turut menggunakan perbualan tersirat dalam menyampaikan sesuatu mesej namun tidak dapat diterjemah secara harfiah. Bagi merungkai perkara tersebut, mak...
BIODEGRADATION OF MANGO SEED STARCH FILMS IN SOIL
BIODEGRADATION OF MANGO SEED STARCH FILMS IN SOIL
The typical petroleum-based plastics have triggered environmental problems. For this purpose, biodegradable polymers such as starch are often used to manufacture biodegradable plas...
Kerancuan Bahasa dalam Filem Zim Zim Ala Kazim
Kerancuan Bahasa dalam Filem Zim Zim Ala Kazim
Kerancuan bahasa yang semakin berleluasa kian menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Media elektronik yang semakin canggih seperti televisyen sering menyiarka...
ELEMEN PATRIOTISME DALAM FILEM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983)
ELEMEN PATRIOTISME DALAM FILEM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983)
Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyar...
IMPROVING THE HISTORICAL THINKING SKILL (HTS) OF GIFTED STUDENTS: ANALYSIS FROM THE SELECTED FILM
IMPROVING THE HISTORICAL THINKING SKILL (HTS) OF GIFTED STUDENTS: ANALYSIS FROM THE SELECTED FILM
Era teknologi masa kini menjadikan pedagogi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subjek Sejarah lebih dinamik. Filem merupakan salah satu alat bantu mengajar yang mengandungi ...
Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan b...

