Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)

View through CrossRef
Jogho (1997) filem arahan U-Wei Haji Saari merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel Juara (1976) oleh S. Othman Kelantan. Filem ini dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 pada tahun 1999. Sebelum itu, filem ini telah mewakili Malaysia dalam Festival Filem Asia Pasifik di Taipei pada tahun 1998, dan memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Apa yang menarik tentang filem Jogho adalah, filem ini berlatarkan kebudayaan dan warisan masyarakat Melayu Kelantan yang menetap di sempadan Selatan Thailand. Selain daripada itu, bahasa perbualan watak-wataknya juga menggunakan dialek negeri Kelantan. Namun begitu, antara syarat yang dikeluarkan oleh FFM ke-28 bagi mengiktiraf filem sebagai sebuah Filem Terbaik adalah penggunaan 70 peratus Bahasa Melayu. Bagaimana pula kedudukan filem Jogho yang memaparkan warisan budaya dan loghat negeri sebagai suatu bentuk identiti bagi mencerminkan masyarakat sesebuah negeri di Malaysia?. Untuk menghuraikan permasalahan warisan budaya dan bahasa filem Jogho, kajian ini bertujuan meneliti bahasa dan warisan budaya dalam konteks sinema nasional. Sehubungan dengan itu, kajian ini menerapkan konsep warisan budaya oleh Cooke (1999) untuk meneliti kedudukan Jogho sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Data artikel ini diperolehi daripada kajian berbentuk fundamental dengan kaedah kualitatif sebagai rekabentuk kajian. Instrumen kajian utama bagi memperoleh jawapan adalah kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian merakamkan bahawa, warisan budaya masyarakat Melayu Kelantan yang dipaparkan dalam filem ini menepati kriteria kebudayaan filem nasional seperti yang dibahaskan oleh Cooke. Ini menunjukkan filem Jogho berjaya dalam memaparkan komuniti imaginasi yang sebenarnya dapat dilihat dalam komuniti masyarakat Kelantan/Patani.
Title: Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)
Description:
Jogho (1997) filem arahan U-Wei Haji Saari merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel Juara (1976) oleh S.
Othman Kelantan.
Filem ini dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 pada tahun 1999.
Sebelum itu, filem ini telah mewakili Malaysia dalam Festival Filem Asia Pasifik di Taipei pada tahun 1998, dan memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
Apa yang menarik tentang filem Jogho adalah, filem ini berlatarkan kebudayaan dan warisan masyarakat Melayu Kelantan yang menetap di sempadan Selatan Thailand.
Selain daripada itu, bahasa perbualan watak-wataknya juga menggunakan dialek negeri Kelantan.
Namun begitu, antara syarat yang dikeluarkan oleh FFM ke-28 bagi mengiktiraf filem sebagai sebuah Filem Terbaik adalah penggunaan 70 peratus Bahasa Melayu.
Bagaimana pula kedudukan filem Jogho yang memaparkan warisan budaya dan loghat negeri sebagai suatu bentuk identiti bagi mencerminkan masyarakat sesebuah negeri di Malaysia?.
Untuk menghuraikan permasalahan warisan budaya dan bahasa filem Jogho, kajian ini bertujuan meneliti bahasa dan warisan budaya dalam konteks sinema nasional.
Sehubungan dengan itu, kajian ini menerapkan konsep warisan budaya oleh Cooke (1999) untuk meneliti kedudukan Jogho sebagai sebuah filem nasional Malaysia.
Data artikel ini diperolehi daripada kajian berbentuk fundamental dengan kaedah kualitatif sebagai rekabentuk kajian.
Instrumen kajian utama bagi memperoleh jawapan adalah kaedah analisis kandungan.
Dapatan kajian merakamkan bahawa, warisan budaya masyarakat Melayu Kelantan yang dipaparkan dalam filem ini menepati kriteria kebudayaan filem nasional seperti yang dibahaskan oleh Cooke.
Ini menunjukkan filem Jogho berjaya dalam memaparkan komuniti imaginasi yang sebenarnya dapat dilihat dalam komuniti masyarakat Kelantan/Patani.

Related Results

Transformasi Watak Dan Perwatakam Filem: Imam Subtema : Sastera, Seni, Budaya dan Agama
Transformasi Watak Dan Perwatakam Filem: Imam Subtema : Sastera, Seni, Budaya dan Agama
ABSTRAK   Filem Imam (2023) merupakan filem yang telah diadaptasi daripada novel popular karya Abdullah Hussain pada tahun 1992 dengan judul yang sama. Filem ini berjaya mencapai...
Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif
Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif
Filem-filem klasik P. Ramlee turut menggunakan perbualan tersirat dalam menyampaikan sesuatu mesej namun tidak dapat diterjemah secara harfiah. Bagi merungkai perkara tersebut, mak...
BIODEGRADATION OF MANGO SEED STARCH FILMS IN SOIL
BIODEGRADATION OF MANGO SEED STARCH FILMS IN SOIL
The typical petroleum-based plastics have triggered environmental problems. For this purpose, biodegradable polymers such as starch are often used to manufacture biodegradable plas...
Kerancuan Bahasa dalam Filem Zim Zim Ala Kazim
Kerancuan Bahasa dalam Filem Zim Zim Ala Kazim
Kerancuan bahasa yang semakin berleluasa kian menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Media elektronik yang semakin canggih seperti televisyen sering menyiarka...
Representasi "Melayu Baharu": Kajian terhadap Filem Terpilih Arahan Rahim Razali
Representasi "Melayu Baharu": Kajian terhadap Filem Terpilih Arahan Rahim Razali
Filem merupakan medium terbaik sebagai perakam sejarah atau latar masa sesebuah masyarakat atau negara. Era 80-an menyaksikan pengarah Rahim Razali sebagai salah seorang figura cen...
ELEMEN PATRIOTISME DALAM FILEM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983)
ELEMEN PATRIOTISME DALAM FILEM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983)
Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyar...
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbaga...
Ujaran Saling Memahami dalam Filem Nordin Ahmad
Ujaran Saling Memahami dalam Filem Nordin Ahmad
Ujaran saling memahami merupakan hubungan dua hala antara penutur dengan pendengar yang memperlihatkan ujaran penutur dalam menyatakan sesuatu dapat difahami oleh pendengar walaupu...

Back to Top