Javascript must be enabled to continue!
Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa
View through CrossRef
Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan bahasa, atau dialek. Berdasarkan pemerhatian,
sehingga kini, masih tiada kajian oleh sarjana tempatan yang mengetengahkan filem dalam penelitian elemen deiksis. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan menganalisis deiksis berdasarkan ujaran dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks dalam pengumpulan data dengan bersandarkan kerangka Teori Pragmatik Levinson (1983). Dapatan akan dikenal pasti dan dikategorikan mengikut lima jenis deiksis yang digariskan dalam Teori Pragmatik Levinson (1983), iaitu deiksis orang, deiksis waktu, deiksis tempat, deiksis sosial dan deiksis wacana. Kajian ini membantu meluaskan lagi skop kajian deiksis dan meningkatkan lagi penghasilan kajian mengenai deiksis. Jelasnya, penggunaan deiksis secara tidak langsung dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu peristiwa, seperti penggunaan deiksis waktu dan deiksis wacana.
Penggunaan deiksis ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai perkara yang hendak disampaikan.
Title: Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Description:
Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983).
Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan bahasa, atau dialek.
Berdasarkan pemerhatian,
sehingga kini, masih tiada kajian oleh sarjana tempatan yang mengetengahkan filem dalam penelitian elemen deiksis.
Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan menganalisis deiksis berdasarkan ujaran dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks dalam pengumpulan data dengan bersandarkan kerangka Teori Pragmatik Levinson (1983).
Dapatan akan dikenal pasti dan dikategorikan mengikut lima jenis deiksis yang digariskan dalam Teori Pragmatik Levinson (1983), iaitu deiksis orang, deiksis waktu, deiksis tempat, deiksis sosial dan deiksis wacana.
Kajian ini membantu meluaskan lagi skop kajian deiksis dan meningkatkan lagi penghasilan kajian mengenai deiksis.
Jelasnya, penggunaan deiksis secara tidak langsung dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu peristiwa, seperti penggunaan deiksis waktu dan deiksis wacana.
Penggunaan deiksis ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai perkara yang hendak disampaikan.
Related Results
MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
MITOLOGI DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA [Mythology In Hikayat Merong Mahawangsa]
The study commented about Hikayat Merong Mahawangsa: The Salasilah Negeri Kedah Darulaman. Hikayat Merong Mahawangsa consists of five chapters that showed the lineage of Merong Ma...
Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)
Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)
Jogho (1997) filem arahan U-Wei Haji Saari merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel Juara (1976) oleh S. Othman Kelantan. Filem ini dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Fes...
Analisis Deiksis dalam Dialog Film Dua Hati Biru Karya Gina S. Noer Berdasarkan Kajian Pragmatik
Analisis Deiksis dalam Dialog Film Dua Hati Biru Karya Gina S. Noer Berdasarkan Kajian Pragmatik
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis dan mendeskripsikan jenis serta bentuk deiksis yang terdapat dalam dialog film Dua Hati Biru karya Gina S. Noer berdasarkan perspektif p...
DEIXIS IN THE CARTOON MOVIE “COCO (2017)”: PRAGMATICS ANALYSIS
DEIXIS IN THE CARTOON MOVIE “COCO (2017)”: PRAGMATICS ANALYSIS
Penelitian ini berjudul Deiksis dalam Film Kartun "Coco (2017)": Analisis Pragmatik.Deiksis merupakan bagian dari pragmatik yang membahas tentang ungkapan atau konteksdalam sebuah ...
PENGGUNAAN RAGAM DEIKSIS PADA NASKAH DRAMA YANG BERJUDUL “LEGENDA KEONG MAS”
PENGGUNAAN RAGAM DEIKSIS PADA NASKAH DRAMA YANG BERJUDUL “LEGENDA KEONG MAS”
Speech does not escape human life because an utterance has a specific purpose and purpose about the message to be conveyed. This will be studied in a pragmatic study. In pragmatic ...
Analisis Deiksis Dalam Novel “Teluk Alaska” Karya Eka Aryani
Analisis Deiksis Dalam Novel “Teluk Alaska” Karya Eka Aryani
Deiksis yang ada dalam novel “Teluk Alaska” Karya Eka Aryani yaitu deiksis persona, deiksis tempat, deiksis waktu, deiksis wacana, deiksis sosial. Deiksis persona yaitu topeng, ber...
ANALISIS DEIKSIS DALAM NOVEL TELUK ALASKA KARYA EKA ARYANI

ANALISIS PENGGUNAAN DEIKSIS PERSONA, TEMPAT, DAN WAKTU DALAM KARANGAN NARASI SISWA KELAS VIII SMP NEGERI 4 SATU ATAP SUNGGAL TAHUN PEMBELAJARAN 2016/2017
ANALISIS PENGGUNAAN DEIKSIS PERSONA, TEMPAT, DAN WAKTU DALAM KARANGAN NARASI SISWA KELAS VIII SMP NEGERI 4 SATU ATAP SUNGGAL TAHUN PEMBELAJARAN 2016/2017
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan: (1) jenis deiksis persona,tempat, dan waktu yang terdapat dalam karangan narasi siswa kelas VIIISMP Negeri 4 Satu Atap Sunggal, (2) ...