Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kepercayaan Penjawat Awam Terhadap Pengurusan Wakaf Tunai Melalui Ejen Pentadbir Wakaf

View through CrossRef
Kajian mengenai tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadap institusi yang menguruskan harta wakaf amat penting pada ketika ini. Ia bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengurusan harta wakaf dalam semua aspek adalah seiring dengan pencapaiannya. Memandangkan institusi wakaf merupakan sebuah organisasi yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam, maka tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadapnya perlu dikenalpasti. Pelantikan Ejen Pentadbir Wakaf sebagai ejen kutipan wakaf berbentuk tunai oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemangkin dalam membantu meningkatkan jumlah pengumpulan harta wakaf terutamanya wakaf yang berbentuk tunai. Sehubungan dengan itu, tahap kepercayaan masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui pihak ini kesan daripada pengetahuan  serta hebahan dan promosi yang dilakukan perlu dikaji untuk melihat dengan lebih jelas tanggapan ini di kalangan masyarakat. Kajian ini telah dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif dengan sampel data diperoleh menggunakan teknik sampel kemudahan (convenient sampling) dengan mengedarkan soal selidik secara atas talian (online survey) terhadap responden yang merupakan penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Hasil kajian mendapati faktor Hebahan Berkenaan Wakaf Tunai Oleh Ejen Pentadbir Wakaf dan Pengetahuan Berkenaan Ejen Pentadbir Wakaf adalah signifikan mempengaruhi masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui Ejen Pentadbir Wakaf.
Title: Kepercayaan Penjawat Awam Terhadap Pengurusan Wakaf Tunai Melalui Ejen Pentadbir Wakaf
Description:
Kajian mengenai tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadap institusi yang menguruskan harta wakaf amat penting pada ketika ini.
Ia bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengurusan harta wakaf dalam semua aspek adalah seiring dengan pencapaiannya.
Memandangkan institusi wakaf merupakan sebuah organisasi yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam, maka tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadapnya perlu dikenalpasti.
Pelantikan Ejen Pentadbir Wakaf sebagai ejen kutipan wakaf berbentuk tunai oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemangkin dalam membantu meningkatkan jumlah pengumpulan harta wakaf terutamanya wakaf yang berbentuk tunai.
Sehubungan dengan itu, tahap kepercayaan masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui pihak ini kesan daripada pengetahuan  serta hebahan dan promosi yang dilakukan perlu dikaji untuk melihat dengan lebih jelas tanggapan ini di kalangan masyarakat.
Kajian ini telah dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif dengan sampel data diperoleh menggunakan teknik sampel kemudahan (convenient sampling) dengan mengedarkan soal selidik secara atas talian (online survey) terhadap responden yang merupakan penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Hasil kajian mendapati faktor Hebahan Berkenaan Wakaf Tunai Oleh Ejen Pentadbir Wakaf dan Pengetahuan Berkenaan Ejen Pentadbir Wakaf adalah signifikan mempengaruhi masyarakat untuk menyumbangkan wakaf tunai melalui Ejen Pentadbir Wakaf.

Related Results

Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Permasalahan yang diteliti dalam penulisan ini adalah Apa hakikat wakaf terhadap Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 Tentang Wakaf, dan apa yang menjadi urgensi pembaharuan pengelola...
HUBUNGAN TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP SUMBANGAN WAKAF DENGAN KEPERCAYAAN TERHADAP INSTITUSI PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA
HUBUNGAN TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP SUMBANGAN WAKAF DENGAN KEPERCAYAAN TERHADAP INSTITUSI PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA
Majoriti masyarakat Islam pada hari ini melihat dimensi wakaf dalam sudut yang sangat terhad kepada amalan keagamaan semata-mata.  Keadaan ini tidak menghalang berlakunya peningkat...
Ramalan Berstokastik terhadap Potensi Takaful Wakaf dalam Meningkatkan Dana Wakaf Tunai
Ramalan Berstokastik terhadap Potensi Takaful Wakaf dalam Meningkatkan Dana Wakaf Tunai
Takaful wakaf merupakan salah satu kaedah kutipan yang boleh membantu meningkatkan jumlah wakaf tunai di Malaysia. Manakala, pelan takaful pula merupakan mekanisme ekonomi yang tel...
Pendayagunaan Wakaf Uang dalam Hukum Islam dan Undang-Undang Wakaf
Pendayagunaan Wakaf Uang dalam Hukum Islam dan Undang-Undang Wakaf
Dalam sistem ekonomi Islam, wakaf merupakan salah-satu instrument yang sangat petonsial dalam pemberdayaan sosial ekonomi umat. Saat ini wakaf mengalami perkembangan dalam sistem p...
Kesejahteraan Penjawat Awam yang Ulang Alik ke Tempat Kerja di Pulau Pinang, Malaysia
Kesejahteraan Penjawat Awam yang Ulang Alik ke Tempat Kerja di Pulau Pinang, Malaysia
Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada kesan serta dimensi kesejahteraan sosial terhadap aktiviti berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Pulau Pinang, Malaysia. Oleh kerana ...
Kajian Terhadap Kepercayaan Masyarakat Terhadap Institusi Pengurusan Waqaf di Malaysia
Kajian Terhadap Kepercayaan Masyarakat Terhadap Institusi Pengurusan Waqaf di Malaysia
Isu kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama seperti institusi pengurusan wakaf masih lagi didebatkan. Ini adalah kerana institusi pengurusan wakaf memainkan peranan penting...
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
Wakaf adalah salah satu instrumen penting dalam ekonomi Islam yang memiliki potensi besar untuk mendukung kesejahteraan masyarakat. Sebagai amal jariyah, wakaf tidak hanya mencakup...
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Kajian ini membahas mengenai tinjauan normatif dan yuridis terhadap pelaksanaan wakaf uang secara online pada lembaga Wakaf Salman ITB. Dewasa ini semakin banyak lembaga yang menye...

Back to Top