Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Ramalan Berstokastik terhadap Potensi Takaful Wakaf dalam Meningkatkan Dana Wakaf Tunai

View through CrossRef
Takaful wakaf merupakan salah satu kaedah kutipan yang boleh membantu meningkatkan jumlah wakaf tunai di Malaysia. Manakala, pelan takaful pula merupakan mekanisme ekonomi yang telah terbukti mampu meminimumkan risiko kewangan peserta takaful. Namun begitu, kemampuan pelan takaful dalam meningkatkan jumlah kutipan wakaf melalui manfaat wakaf yang diwujudkan dalam takaful wakaf masih menjadi persoalan. Oleh sebab itu, kajian tindakan ini bertujuan untuk meramal potensi takaful wakaf secara objektif dan mengira kebarangkalian kebolehcapaian potensi pelan takaful wakaf dalam meningkatkan kutipan dana wakaf tunai. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Syarikat Takaful Ikhlas, Persatuan Takaful Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Potensi takaful wakaf dikira berdasarkan beberapa model dengan andaian tertentu menggunakan nilai stokastik melalui Kaedah Simulasi Monte Carlo. Kajian ini membuktikan bahawa terdapat dua model yang boleh digunakan oleh pengendali takaful dalam meningkatkan kutipan wakaf tunai melalui pelan takaful wakaf. Model pertama mengandaikan bahawa kutipan wakaf tertakluk kepada kematian peserta takaful motor. Sekiranya, kesemua pengendali takaful motor menyertai pelan ini, potensi kutipan boleh mencapai sehingga RM1 juta. Pada kebolehcapaian 90%, model ini meramalkan kutipan wakaf tunai sebanyak RM907,000. Manakala, model kedua yang mengandaikan manfaat wakaf diperoleh daripada potongan 1-3% daripada sumbangan takaful setiap peserta dan penyertaan daripada semua pengendali takaful motor memberikan potensi yang jauh lebih baik. Model ini menganggarkan kutipan wakaf tunai sehingga RM83 juta dan pada kebolehcapaian 90% model ini meramalkan kutipan wakaf tunai sebanyak RM41 juta. Hasil kajian ini mampu membantu pihak berauthoriti wakaf dan takaful dalam membentuk pelan strategik yang lebih objektif untuk memastikan kemampanan dan kelangsungan pelan takaful wakaf.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Ramalan Berstokastik terhadap Potensi Takaful Wakaf dalam Meningkatkan Dana Wakaf Tunai
Description:
Takaful wakaf merupakan salah satu kaedah kutipan yang boleh membantu meningkatkan jumlah wakaf tunai di Malaysia.
Manakala, pelan takaful pula merupakan mekanisme ekonomi yang telah terbukti mampu meminimumkan risiko kewangan peserta takaful.
Namun begitu, kemampuan pelan takaful dalam meningkatkan jumlah kutipan wakaf melalui manfaat wakaf yang diwujudkan dalam takaful wakaf masih menjadi persoalan.
Oleh sebab itu, kajian tindakan ini bertujuan untuk meramal potensi takaful wakaf secara objektif dan mengira kebarangkalian kebolehcapaian potensi pelan takaful wakaf dalam meningkatkan kutipan dana wakaf tunai.
Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Syarikat Takaful Ikhlas, Persatuan Takaful Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
Potensi takaful wakaf dikira berdasarkan beberapa model dengan andaian tertentu menggunakan nilai stokastik melalui Kaedah Simulasi Monte Carlo.
Kajian ini membuktikan bahawa terdapat dua model yang boleh digunakan oleh pengendali takaful dalam meningkatkan kutipan wakaf tunai melalui pelan takaful wakaf.
Model pertama mengandaikan bahawa kutipan wakaf tertakluk kepada kematian peserta takaful motor.
Sekiranya, kesemua pengendali takaful motor menyertai pelan ini, potensi kutipan boleh mencapai sehingga RM1 juta.
Pada kebolehcapaian 90%, model ini meramalkan kutipan wakaf tunai sebanyak RM907,000.
Manakala, model kedua yang mengandaikan manfaat wakaf diperoleh daripada potongan 1-3% daripada sumbangan takaful setiap peserta dan penyertaan daripada semua pengendali takaful motor memberikan potensi yang jauh lebih baik.
Model ini menganggarkan kutipan wakaf tunai sehingga RM83 juta dan pada kebolehcapaian 90% model ini meramalkan kutipan wakaf tunai sebanyak RM41 juta.
Hasil kajian ini mampu membantu pihak berauthoriti wakaf dan takaful dalam membentuk pelan strategik yang lebih objektif untuk memastikan kemampanan dan kelangsungan pelan takaful wakaf.

Related Results

PENENTU PEMILIKAN TAKAFUL MIKRO DALAM KALANGAN KUMPULAN BERPENDAPATAN RENDAH
PENENTU PEMILIKAN TAKAFUL MIKRO DALAM KALANGAN KUMPULAN BERPENDAPATAN RENDAH
Polisi takaful yang berkonsepkan takaful mikro sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Rasional kepada pembangunan konsep takaful mikro ialah untuk memastikan setiap lapisan masyarak...
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Permasalahan yang diteliti dalam penulisan ini adalah Apa hakikat wakaf terhadap Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 Tentang Wakaf, dan apa yang menjadi urgensi pembaharuan pengelola...
Malaysian Tākāful Agents' Ethical Professional Behavior: A Systematic Literature Review
Malaysian Tākāful Agents' Ethical Professional Behavior: A Systematic Literature Review
This paper examines the ethical behaviour of Malaysian tākāful agents through extensive exploration of several studies on ethical practices in the tākāful industry. The ethical beh...
Kepercayaan Penjawat Awam Terhadap Pengurusan Wakaf Tunai Melalui Ejen Pentadbir Wakaf
Kepercayaan Penjawat Awam Terhadap Pengurusan Wakaf Tunai Melalui Ejen Pentadbir Wakaf
Kajian mengenai tahap kepercayaan pihak berkepentingan terhadap institusi yang menguruskan harta wakaf amat penting pada ketika ini. Ia bertujuan untuk memastikan keberkesanan peng...
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
Wakaf adalah salah satu instrumen penting dalam ekonomi Islam yang memiliki potensi besar untuk mendukung kesejahteraan masyarakat. Sebagai amal jariyah, wakaf tidak hanya mencakup...
WAQF-TAKAFUL DEATH COMPENSATION: A CRITICAL ANALYSIS FROM THE PERSPECTIVE OF MAQASID SHARIAH
WAQF-TAKAFUL DEATH COMPENSATION: A CRITICAL ANALYSIS FROM THE PERSPECTIVE OF MAQASID SHARIAH
Takaful is an Islamic insurance system that follows Shariah rules, avoiding prohibited elements such as interest, gambling, and uncertainty.Waqf involves transferring property owne...
Takaful: chronology of establishment in 47 countries
Takaful: chronology of establishment in 47 countries
PurposeFrom 1979 to 2023, the takaful structure has been adopted in many jurisdictions, making the documenting of its early days of establishment relatively difficult and somewhat ...
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Tinjauan Normatif dan Yuridis Terhadap Pelaksanaan Wakaf Uang Secara Online Pada Lembaga Wakaf
Kajian ini membahas mengenai tinjauan normatif dan yuridis terhadap pelaksanaan wakaf uang secara online pada lembaga Wakaf Salman ITB. Dewasa ini semakin banyak lembaga yang menye...

Back to Top