Javascript must be enabled to continue!
Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) Beracuankan Islam Melalui Teori ‘Umran
View through CrossRef
Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) diistyihar dan dimasyhurkan sebagai konsep aspirasi nasional yang unik, dinamik, progresif dan bersepadu yang dengan jelas menunjukkan bahawa Melayu, Islam dan Beraja akan dijadikan oleh negara sebagai dasar negara di dalam berfikir, bertindak, menilai dan merancang keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan berugama. Melalui konsep dan dasar ini, kita dapat menentukan dan menitik-beratkan kesesuaian sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan iaitu bersesuaian dengan calak kebruneian dan pemerintahan beraja serta yang paling penting tidak bercanggah dengan hukum dan peraturan Allah Subhanahu Wata’ala. Di samping itu, MIB juga merupakan asas untuk integrasi kebangsaan Brunei dan dijadikan sumber rujukan, panduan serta idea untuk pembentukkan calak identiti kebruneian. Konsep MIB juga menegaskan bahawa negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara Melayu yang mengutamakan dan melaksanakan nilai-nilai Islam yang benar dengan mengekalkan sistem pemerintahan Melayu yang dipimpin oleh Sultan dan nilai-nilai luhur bangsa Melayu, bahasa, adat resam dan kebudayaan Melayu yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Falsafah MIB dilihat mempunyai persamaan dan dapat dikaitkan serta digabungkan dengan teori umran kerana kedua-duanya dilihat dapat saling bantu-membantu diantara satu sama lain iaitu falsafah MIB bertindak sebagai dasar negara manakala teori umran bertindak sebagai acuan pembangunan negara. Teori umran yang bertindak sebagai acuan pembangunan ini mampu menguatkan lagi dasar negara dan sama sekali tidak menggugat apa-apa jua yang telah diterapkan di dalam falsafah MIB. Kesepaduan yang diterapkan melalui konsep MIB yang bertindak sebagai dasar dan teori umran yang bertindak sebagai acuan semestinya akan membawa kepada kemakmuran berbangsa, bermasyarakat, beraja, beragama dan bernegara serta akan mampu mewujudkan kemakmuran alam sejagat.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Title: Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) Beracuankan Islam Melalui Teori ‘Umran
Description:
Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) diistyihar dan dimasyhurkan sebagai konsep aspirasi nasional yang unik, dinamik, progresif dan bersepadu yang dengan jelas menunjukkan bahawa Melayu, Islam dan Beraja akan dijadikan oleh negara sebagai dasar negara di dalam berfikir, bertindak, menilai dan merancang keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan berugama.
Melalui konsep dan dasar ini, kita dapat menentukan dan menitik-beratkan kesesuaian sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan iaitu bersesuaian dengan calak kebruneian dan pemerintahan beraja serta yang paling penting tidak bercanggah dengan hukum dan peraturan Allah Subhanahu Wata’ala.
Di samping itu, MIB juga merupakan asas untuk integrasi kebangsaan Brunei dan dijadikan sumber rujukan, panduan serta idea untuk pembentukkan calak identiti kebruneian.
Konsep MIB juga menegaskan bahawa negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara Melayu yang mengutamakan dan melaksanakan nilai-nilai Islam yang benar dengan mengekalkan sistem pemerintahan Melayu yang dipimpin oleh Sultan dan nilai-nilai luhur bangsa Melayu, bahasa, adat resam dan kebudayaan Melayu yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Falsafah MIB dilihat mempunyai persamaan dan dapat dikaitkan serta digabungkan dengan teori umran kerana kedua-duanya dilihat dapat saling bantu-membantu diantara satu sama lain iaitu falsafah MIB bertindak sebagai dasar negara manakala teori umran bertindak sebagai acuan pembangunan negara.
Teori umran yang bertindak sebagai acuan pembangunan ini mampu menguatkan lagi dasar negara dan sama sekali tidak menggugat apa-apa jua yang telah diterapkan di dalam falsafah MIB.
Kesepaduan yang diterapkan melalui konsep MIB yang bertindak sebagai dasar dan teori umran yang bertindak sebagai acuan semestinya akan membawa kepada kemakmuran berbangsa, bermasyarakat, beraja, beragama dan bernegara serta akan mampu mewujudkan kemakmuran alam sejagat.
Related Results
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
ABSTRAK
Makalah ini bertujuan menilai Teori Puitika Sastera Melayu sebagai teori sastera tempatan yang digagaskan oleh Muhammad Haji Salleh (1989). Teori ini mendapat perhati...
Makna Falsafah Budaya Tallu Lolona
Makna Falsafah Budaya Tallu Lolona
Kebudayaan merupakan hakikat hidup manusia. Karena itu manusia sering disebut makhluk berbudaya karena berbudaya adalah tugas dari Allah. Manusia sebagai makhluk yang memiliki akal...
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Undang-undang ini dilaksanaka...
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalk...
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
Metafora dalam sastra lisan merupakan bagian khazanah kekayaan kebudayaan masyarakat Melayu Islam Sumatera Selatan. Beragam bentuk sastra lisan masyarakat Melayu Sumatera Selatan m...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...


