Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

ISTIADAT PERTABALAN DIRAJA SEBAGAI MEKANISME KE ARAH SISTEM PEMERINTAHAN BERDAULAT

View through CrossRef
Hugh Clifford  pernah menulis dalam catatannya The Court and Kampung -   ‘Until British interference changed the conditions which existed in Pahang, that country was the best type of an independent Malay State in the Peninsula, and much that was to be seen and learned in Pahang, in the days before the appointment of a British Resident, cannot now be experienced in quite the same measure anywhere else’. Kenyataan ini menyokong kuat wujudnya pentadbiran yang baik di negeri Pahang sebelum kedatangan British ke negeri ini. Mempunyai landskap geografi sebagai negeri paling luas di Semenanjung Malaysia, sudah pasti negeri ini memerlukan satu  sistem pentadbiran yang  berkesan dan kedaulatan raja memerintah yang hebat agar ia mampu berdiri teguh menyantuni sekian ramai rakyatnya. Periode Kesultanan Pahang Moden membuktikan mereka sebagai pendukung institusi ini begitu menghargai amalan istiadat nenek moyang sehingga ia menjadi premis asas pemerintahan di setiap generasi. Kajian ini bakal  mengupas istiadat pertabalan diraja negeri Pahang dengan penelitian terhadap  tatacara, falsafah dan akhirnya menjurus kepada satu dapatan bagaimana istiadat pertabalan diraja ini mampu berfungsi sebagai satu mekanisme kearah mewujudkan pemerintahan berdaulat. Metode yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan  dengan memperinci falsafah disebalik tatacara istiadat pertabalan diraja yang diamalkan di negeri Pahang. Turut dihuraikan isi kandung sistem adat istiadat diraja yang diamalkan melalui catatan dari naskah-naskah  klasik. Hasilnya dapatlah disimpulkan, hebatnya sesebuah pemerintahan bukan sahaja ditandai oleh pembangunan fizikal malah ia turut digagaskan oleh sebuah institusi pemerintahan yang berdaulat dan mendapat kesetiaan penuh dari rakyat jelata.
Title: ISTIADAT PERTABALAN DIRAJA SEBAGAI MEKANISME KE ARAH SISTEM PEMERINTAHAN BERDAULAT
Description:
Hugh Clifford  pernah menulis dalam catatannya The Court and Kampung -   ‘Until British interference changed the conditions which existed in Pahang, that country was the best type of an independent Malay State in the Peninsula, and much that was to be seen and learned in Pahang, in the days before the appointment of a British Resident, cannot now be experienced in quite the same measure anywhere else’.
Kenyataan ini menyokong kuat wujudnya pentadbiran yang baik di negeri Pahang sebelum kedatangan British ke negeri ini.
Mempunyai landskap geografi sebagai negeri paling luas di Semenanjung Malaysia, sudah pasti negeri ini memerlukan satu  sistem pentadbiran yang  berkesan dan kedaulatan raja memerintah yang hebat agar ia mampu berdiri teguh menyantuni sekian ramai rakyatnya.
Periode Kesultanan Pahang Moden membuktikan mereka sebagai pendukung institusi ini begitu menghargai amalan istiadat nenek moyang sehingga ia menjadi premis asas pemerintahan di setiap generasi.
Kajian ini bakal  mengupas istiadat pertabalan diraja negeri Pahang dengan penelitian terhadap  tatacara, falsafah dan akhirnya menjurus kepada satu dapatan bagaimana istiadat pertabalan diraja ini mampu berfungsi sebagai satu mekanisme kearah mewujudkan pemerintahan berdaulat.
Metode yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan  dengan memperinci falsafah disebalik tatacara istiadat pertabalan diraja yang diamalkan di negeri Pahang.
Turut dihuraikan isi kandung sistem adat istiadat diraja yang diamalkan melalui catatan dari naskah-naskah  klasik.
Hasilnya dapatlah disimpulkan, hebatnya sesebuah pemerintahan bukan sahaja ditandai oleh pembangunan fizikal malah ia turut digagaskan oleh sebuah institusi pemerintahan yang berdaulat dan mendapat kesetiaan penuh dari rakyat jelata.

Related Results

INTELIJEN PEMERINTAHAN SEBAGAI CABANG BARU DARI ILMU PEMERINTAHAN
INTELIJEN PEMERINTAHAN SEBAGAI CABANG BARU DARI ILMU PEMERINTAHAN
Pembahasan tentang pemerintahan tentunya tidaklah boleh lepas dari disiplin ilmu dan teori-teori tentang Ilmu Pemerintahan itu sendiri. Sejatinya, sejarah ilmu pemerintahan sudah d...
Shaer Yang Di-Pertuan: Merafak Adat Istiadat Diraja
Shaer Yang Di-Pertuan: Merafak Adat Istiadat Diraja
Adat Istiadat Diraja adalah adat Istiadat Negara. Ianya merupakan teras identiti kebudayaan negara yang menjadi lambang kepada asas keperibadian bangsa bahkan ianya juga merupakan ...
Pemetaan Data Astronomi untuk Mengidentifikasi Pergeseran Arah Kiblat Masjid di Pulau Ambon
Pemetaan Data Astronomi untuk Mengidentifikasi Pergeseran Arah Kiblat Masjid di Pulau Ambon
Penelitian ini dilakukan dengan memetakan data astronomi untuk mengidentifikasi pergeseran arah kiblat pada masjid di Pulau Ambon. Variabel yang diamati dalam penelitian ini berupa...
Pelancongan Bandar Diraja: Satu Pola Kunjungan Pelancong Domestik di Kuala Kangsar
Pelancongan Bandar Diraja: Satu Pola Kunjungan Pelancong Domestik di Kuala Kangsar
Pelancongan Bandar Diraja merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik di Malaysia. Produk pelanconga...
Tatacara dan Pengaruh dalam Istiadat Menjunjung Duli di Negeri Selangor
Tatacara dan Pengaruh dalam Istiadat Menjunjung Duli di Negeri Selangor
Abstrak: Istiadat Menjunjung Duli yang diamalkan di negeri Selangor sejak zaman dahulu mempunyai seni dan kebudayaan yang tersendiri. Tatacara Istiadat Menjunjung Duli di negeri Se...
Bentuk Negara dan Sistem Pemerintahan
Bentuk Negara dan Sistem Pemerintahan
Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui Bentuk Negara dan Sistem Pemerintahan. Metode penelitian yang diterapkan pada penulisan artikel ini merupakan metode hukum normatif at...
Koalisi Partai Politik Dalam Sistem Pemerintahan Presidensial Indonesia
Koalisi Partai Politik Dalam Sistem Pemerintahan Presidensial Indonesia
Abstrak: Koalisi dalam sistem pemerintahan presidensial menjadi penting ketika lembaga eksekutif dan lembaga legislatif memiliki ruang intervensi terhadap kerja pemerintahan sepert...

Back to Top