Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KEBERKESANAN CHATGPT DALAM PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TERHADAP MURID PINTAR DAN BERBAKAT

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu terhadap murid pintar dan berbakat. Seramai 18 orang murid pintar dan berbakat dari Kolej PERMATA@Pintar, UKM telah dipilih sebagai sampel melalui persampelan bertujuan.Reka bentuk kajian menggunakan kajian tindakan yang melibatkan beberapa fasa seperti perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pra dan Ujian Post bagi mengukur tahap kefahaman murid sebelum dan selepas intervensi penggunaan ChatGPT. Analisis data menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan majoriti responden, dengan 77.8% murid mencatatkan peningkatan markah dalam Ujian Post berbanding Ujian Pra. Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan ChatGPT berpotensi membantu meningkatkan pemahaman tatabahasa, menjana idea serta menyokong pembelajaran kendiri. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil murid menunjukkan markah yang tidak berubah atau menurun, sekali gus menandakan bahawa keberkesanan aplikasi ini dipengaruhi oleh tahap keupayaan individu dan kemahiran menggunakan teknologi secara kritis. Secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan bahawa ChatGPT merupakan alat sokongan pedagogi yang berpotensi meningkatkan motivasi, penglibatan dan prestasi murid, namun penggunaannya perlu disertai dengan bimbingan guru serta penilaian terhadap ketepatan maklumat bagi memastikan keberkesanan pembelajaran yang optimum.
Title: KEBERKESANAN CHATGPT DALAM PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TERHADAP MURID PINTAR DAN BERBAKAT
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu terhadap murid pintar dan berbakat.
Seramai 18 orang murid pintar dan berbakat dari Kolej PERMATA@Pintar, UKM telah dipilih sebagai sampel melalui persampelan bertujuan.
Reka bentuk kajian menggunakan kajian tindakan yang melibatkan beberapa fasa seperti perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pra dan Ujian Post bagi mengukur tahap kefahaman murid sebelum dan selepas intervensi penggunaan ChatGPT.
Analisis data menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan majoriti responden, dengan 77.
8% murid mencatatkan peningkatan markah dalam Ujian Post berbanding Ujian Pra.
Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan ChatGPT berpotensi membantu meningkatkan pemahaman tatabahasa, menjana idea serta menyokong pembelajaran kendiri.
Walau bagaimanapun, sebilangan kecil murid menunjukkan markah yang tidak berubah atau menurun, sekali gus menandakan bahawa keberkesanan aplikasi ini dipengaruhi oleh tahap keupayaan individu dan kemahiran menggunakan teknologi secara kritis.
Secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan bahawa ChatGPT merupakan alat sokongan pedagogi yang berpotensi meningkatkan motivasi, penglibatan dan prestasi murid, namun penggunaannya perlu disertai dengan bimbingan guru serta penilaian terhadap ketepatan maklumat bagi memastikan keberkesanan pembelajaran yang optimum.

Related Results

Exploring Large Language Models Integration in the Histopathologic Diagnosis of Skin Diseases: A Comparative Study
Exploring Large Language Models Integration in the Histopathologic Diagnosis of Skin Diseases: A Comparative Study
Abstract Introduction The exact manner in which large language models (LLMs) will be integrated into pathology is not yet fully comprehended. This study examines the accuracy, bene...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpas...
IMPROVING THE HISTORICAL THINKING SKILL (HTS) OF GIFTED STUDENTS: ANALYSIS FROM THE SELECTED FILM
IMPROVING THE HISTORICAL THINKING SKILL (HTS) OF GIFTED STUDENTS: ANALYSIS FROM THE SELECTED FILM
Era teknologi masa kini menjadikan pedagogi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subjek Sejarah lebih dinamik. Filem merupakan salah satu alat bantu mengajar yang mengandungi ...

Back to Top