Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Hubungan Motivasi Diri dan Sokongan Sosial Terhadap Kesejahteraan Psikologi Pelajar Universiti

View through CrossRef
Motivasi diri dan sokongan sosial merupakan salah satu aspek yang perlu dijaga dan diterapkan dalam diri seseorang bagi memenuhi dan memelihara kesejahteraan psikologi diri. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap motivasi diri, sokongan sosial dan kesejahteraan psikologi pelajar serta mengkaji hubungan antara motivasi diri dan sokongan sosial terhadap kesejahteraan psikologi pelajar universiti. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang menggunakan soalan soal selidik yang dihuraikan secara deskriptif dan inferensi. Kajian ini dijalankan terhadap 252 pelajar sarjana fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dan diadaptasi dalam kajian ini adalah melibatkan Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) dan Self-Motivation Quiz University Counseling and Consulting Services, University of Minnesota, Quick-Scoring Achievement Motivation Quiz untuk mengukur tahap motivasi diri, manakala Multidimensional Scale Of Perceived Social Support (MSPSS) pula adalah untuk tahap sokongan sosial, dan Ryff’s Psychological Well-Being Scales (PWB) diukur bagi melihat tahap kesejahteraan pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiganya berada pada tahap yang tinggi antara nilaian min 5.06 hingga 5.61. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan antara motivasi diri (r=0.576, p<0.01) dan sokongan sosial (r=0.495, p<0.01) terhadap kesejahteraan psikologi pelajar universiti. Oleh yang demikian, motivasi diri dan sokongan sosial perlu diberikan perhatian dan diterapkan dalam memperoleh kesejahteraan psikologi bagi para pelajar. Hal ini kerana dengan ada kesejahteraan psikologi dalam diri, mampu membina dan membangun kehidupan yang positif.
Title: Hubungan Motivasi Diri dan Sokongan Sosial Terhadap Kesejahteraan Psikologi Pelajar Universiti
Description:
Motivasi diri dan sokongan sosial merupakan salah satu aspek yang perlu dijaga dan diterapkan dalam diri seseorang bagi memenuhi dan memelihara kesejahteraan psikologi diri.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap motivasi diri, sokongan sosial dan kesejahteraan psikologi pelajar serta mengkaji hubungan antara motivasi diri dan sokongan sosial terhadap kesejahteraan psikologi pelajar universiti.
Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang menggunakan soalan soal selidik yang dihuraikan secara deskriptif dan inferensi.
Kajian ini dijalankan terhadap 252 pelajar sarjana fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui persampelan rawak mudah.
Instrumen yang digunakan dan diadaptasi dalam kajian ini adalah melibatkan Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) dan Self-Motivation Quiz University Counseling and Consulting Services, University of Minnesota, Quick-Scoring Achievement Motivation Quiz untuk mengukur tahap motivasi diri, manakala Multidimensional Scale Of Perceived Social Support (MSPSS) pula adalah untuk tahap sokongan sosial, dan Ryff’s Psychological Well-Being Scales (PWB) diukur bagi melihat tahap kesejahteraan pelajar.
Hasil dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiganya berada pada tahap yang tinggi antara nilaian min 5.
06 hingga 5.
61.
Dapatan menunjukkan terdapat hubungan antara motivasi diri (r=0.
576, p<0.
01) dan sokongan sosial (r=0.
495, p<0.
01) terhadap kesejahteraan psikologi pelajar universiti.
Oleh yang demikian, motivasi diri dan sokongan sosial perlu diberikan perhatian dan diterapkan dalam memperoleh kesejahteraan psikologi bagi para pelajar.
Hal ini kerana dengan ada kesejahteraan psikologi dalam diri, mampu membina dan membangun kehidupan yang positif.

Related Results

Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
HUBUNGAN MOTIVASI IQ DAN KEPERCAYAAN DIRI TERHADAP HASIL BELAJAR PENJAS
HUBUNGAN MOTIVASI IQ DAN KEPERCAYAAN DIRI TERHADAP HASIL BELAJAR PENJAS
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah terdapat hubungan antara motivasi IQ dan Kepercayaan diri siswa secara sendiri-sendiri maupun secara bersama-sama hasil belajar pen...
Catatan dari Managing Editor
Catatan dari Managing Editor
Salam sejahtera, Tahun 2020 ini menandakan awal dari akhir sebuah dekade dimana terjadi berbagai perubahan sosial dan teknologi. Pertama, diketahui bahwa teknologi internet dan me...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., &amp; Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Seramai 234 respond...
Personaliti Grit dan Kesejahteraan Subjektif Pelajar Universiti
Personaliti Grit dan Kesejahteraan Subjektif Pelajar Universiti
Sikap tabah, ketekunan serta bersedia berhadapan dengan perubahan di luar jangka adalah nilai penting yang perlu wujud dalam diri seseorang mahasiswa. personaliti grit dan kesejaht...
PERANAN PENGURUSAN DAN PERSEKITARAN KOLEJ PROFESIONAL MARA DALAM PELAKSANAAN PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL (PMP) TERHADAP KARAKTER PELAJAR
PERANAN PENGURUSAN DAN PERSEKITARAN KOLEJ PROFESIONAL MARA DALAM PELAKSANAAN PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL (PMP) TERHADAP KARAKTER PELAJAR
Peranan pihak pengurusan dan persekitaran merupakan elemen yang penting dalam menyokong pelaksanaan sesuatu program pendidikan yang membentuk karakter pelajar. Signifikan kajian in...

Back to Top