Javascript must be enabled to continue!
MEMBINA KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) DALAM PEMBELAJARAN KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA: SUDUT PANDANGAN SEORANG PENDIDIK
View through CrossRef
Artikel ini membincangkan mengenai penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam membina minat dan pencapaian pelajar dalam kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) merupakan mekanisma yang mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini. Mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempunyai persepsi negatif dengan menyatakan mata pelajaran berorientasikan sejarah sebagai membosankan dan jumud. Justeru itu, KPS diperkenalkan untuk merangsang kemahiran berfikir pelajar secara kritis dan analitis. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan pencapaian intelek para mahasiswa serta mahasiswi dan menjadikan kursus Kenegaraan Malaysia menarik dan menyeronokkan. Pelaksanaan KPS membolehkan penerokaan idea yang kompleks dan abstrak melalui lima proses iaitu kemahiran memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi serta membuat rasionalisasi. Analisis data dibuat berdasarkan pekeliling, buku, jurnal dan kajian lepas. Penelitian awal menunjukkan bahawa golongan pendidik menghadapi kekangan dalam mengaplikasikan KPS ketika pengendalian kuliah kursus Kenegaraan Malaysia. KPS diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pendidik sebagai alternatif dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk meningkatkan minat sejajar dengan Norma Baharu. KPS juga merupakan elemen penting dalam menerapkan jati diri dan semangat patriotisme bagi mendepani survival serta peluang Revolusi Perindustrian 4.0.
This article discusses the application of Historical Thinking Skills (HTS) in building the interest and achievement of the students in the Malaysian Nationhood Studies course at Universiti Utara Malaysia (UUM). 21st Century Learning (PAK21) is a mechanism that can fulfill the needs of the current education system. Students in Higher Education Institutions (HEI) have a negative perception by saying history-oriented subjects as boring and obsolete. Therefore, HTS is introduced to stimulate students' critical and analytical thinking skills. This can indirectly improve the interest and intellectual achievement of students and make the Malaysian Nationhood Studies course interesting and fun. The implementation of HTS enables the exploration of complex and abstract ideas through five processes, namely the skills of understanding chronology, exploring evidence, making interpretations, creating imaginations, and making rationalisations. The data was analysed based on circulars, books, journals, and past studies. Preliminary research showed that educators face constraints in applying HTS during their lectures on the Malaysian Nationhood Studies course. HTS is expected to benefit educators as an alternative in learning and facilitation to increase interest in line with the New Norms. HTS is also a significant element in applying the identity and spirit of patriotism to face the survival and opportunities of the Industrial Revolution 4.0.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Press (UMPSA Press)
Title: MEMBINA KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) DALAM PEMBELAJARAN KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA: SUDUT PANDANGAN SEORANG PENDIDIK
Description:
Artikel ini membincangkan mengenai penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam membina minat dan pencapaian pelajar dalam kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) merupakan mekanisma yang mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini.
Mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempunyai persepsi negatif dengan menyatakan mata pelajaran berorientasikan sejarah sebagai membosankan dan jumud.
Justeru itu, KPS diperkenalkan untuk merangsang kemahiran berfikir pelajar secara kritis dan analitis.
Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan pencapaian intelek para mahasiswa serta mahasiswi dan menjadikan kursus Kenegaraan Malaysia menarik dan menyeronokkan.
Pelaksanaan KPS membolehkan penerokaan idea yang kompleks dan abstrak melalui lima proses iaitu kemahiran memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi serta membuat rasionalisasi.
Analisis data dibuat berdasarkan pekeliling, buku, jurnal dan kajian lepas.
Penelitian awal menunjukkan bahawa golongan pendidik menghadapi kekangan dalam mengaplikasikan KPS ketika pengendalian kuliah kursus Kenegaraan Malaysia.
KPS diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pendidik sebagai alternatif dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk meningkatkan minat sejajar dengan Norma Baharu.
KPS juga merupakan elemen penting dalam menerapkan jati diri dan semangat patriotisme bagi mendepani survival serta peluang Revolusi Perindustrian 4.
This article discusses the application of Historical Thinking Skills (HTS) in building the interest and achievement of the students in the Malaysian Nationhood Studies course at Universiti Utara Malaysia (UUM).
21st Century Learning (PAK21) is a mechanism that can fulfill the needs of the current education system.
Students in Higher Education Institutions (HEI) have a negative perception by saying history-oriented subjects as boring and obsolete.
Therefore, HTS is introduced to stimulate students' critical and analytical thinking skills.
This can indirectly improve the interest and intellectual achievement of students and make the Malaysian Nationhood Studies course interesting and fun.
The implementation of HTS enables the exploration of complex and abstract ideas through five processes, namely the skills of understanding chronology, exploring evidence, making interpretations, creating imaginations, and making rationalisations.
The data was analysed based on circulars, books, journals, and past studies.
Preliminary research showed that educators face constraints in applying HTS during their lectures on the Malaysian Nationhood Studies course.
HTS is expected to benefit educators as an alternative in learning and facilitation to increase interest in line with the New Norms.
HTS is also a significant element in applying the identity and spirit of patriotism to face the survival and opportunities of the Industrial Revolution 4.
Related Results
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
Pendidikan Theory-Based Learning Era 4.0: Manfaat Kursus Teori Seni Dengan Penggunaan Platfom Ai
Pendidikan Theory-Based Learning Era 4.0: Manfaat Kursus Teori Seni Dengan Penggunaan Platfom Ai
Pendidikan teori seni di kalangan pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA kampus Machang (Kelantan) dan Kota Samarahan (Sarawak) bagi kursus pengajian...
Persepsi Dewasa Awal Mengenai Kursus Pranikah
Persepsi Dewasa Awal Mengenai Kursus Pranikah
<p><em>Abstrak</em> -<strong> Pernikahan merupakan salah satu tugas perkembangan dewasa awal. Persiapan pernikahan yang dilakukan oleh pasangan dapat dilaku...
Penerapan Kemahiran Proses Sains melalui Pembelajaran Sains Berasaskan Permainan Digital
Penerapan Kemahiran Proses Sains melalui Pembelajaran Sains Berasaskan Permainan Digital
Kemahiran Proses Sains (KPS) adalah kemahiran yang penting bagi menentukan sesorang itu berliterasi sains, bukan semata-mata untuk melahirkan bakal saintis. Berdasarkan kajian-kaji...
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
Perkembangan disiplin ilmu sejarah buat sekian lama memusatkan perbahasannya kepada falsafah “tiada dokumen, tiada sejarah” sebagai wadah merealisasikan matlamat sejarawan untuk me...
Pengembangan Video Pembelajaran Sejarah
Pengembangan Video Pembelajaran Sejarah
AbstractThis research is motivated by the lack of use of learning media in the history learning process. The purpose of this study is to produce learning media, namely history lear...
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Seiring dengan perkembang...
Analisis Kompetensi Guru Non Sertifikasi Pendidik Dalam Menanamkan Nilai-nilai Religius Pada Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam di Madrasah Aliyah An-Nur Rambipuji
Analisis Kompetensi Guru Non Sertifikasi Pendidik Dalam Menanamkan Nilai-nilai Religius Pada Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam di Madrasah Aliyah An-Nur Rambipuji
Kompetensi guru sebagai kemampuan yang harus dimiliki dalam mengemban tugas sebagai pendidik, sebab ini sebagai syarat dalam mengemban tugas dalam pelaksanaan pembelajaran. sertifi...


