Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kohesi Gramatikal Penghubung dalam Karangan Berbahasa Melayu

View through CrossRef
Kohesi bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca. Tiadanya kohesi dalam penulisan menyebabkan pembaca sukar memahami maklumat yang dibaca. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan aspek kohesi gramatikal dalam karangan Bahasa Melayu pelajar pada peringkat pengajian tinggi awam. Sampel kajian adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam dengan menggunakan karangan sebagai bahan kajian. Kajian ini menggunakan Teori Fungsional Fungsi Ayat. Data kajian diperoleh daripada karangan yang ditulis oleh pelajar yang mengambil kursus penulisan dalam Bahasa Melayu. Bagi tujuan keseragaman, tajuk karangan ditentukan dan tempoh penulisan adalah enam puluh minit. Datadata dikira dalam bentuk peratus dan dihuraikan. Analisis ini hanya membincangkan kohesi gramatikal jenis penghubung sahaja. Kohesi gramatikal penghubung terbahagi kepada lima bahagian iaitu penghubung pertambahan, penghubung pertentangan, penghubung sebab-akibat, penghubung waktu dan penghubung syarat. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar lebih banyak menggunakan kohesi gramatikal penghubung pertambahan dalam menulis karangan Bahasa Melayu.
Title: Kohesi Gramatikal Penghubung dalam Karangan Berbahasa Melayu
Description:
Kohesi bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca.
Tiadanya kohesi dalam penulisan menyebabkan pembaca sukar memahami maklumat yang dibaca.
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan aspek kohesi gramatikal dalam karangan Bahasa Melayu pelajar pada peringkat pengajian tinggi awam.
Sampel kajian adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam dengan menggunakan karangan sebagai bahan kajian.
Kajian ini menggunakan Teori Fungsional Fungsi Ayat.
Data kajian diperoleh daripada karangan yang ditulis oleh pelajar yang mengambil kursus penulisan dalam Bahasa Melayu.
Bagi tujuan keseragaman, tajuk karangan ditentukan dan tempoh penulisan adalah enam puluh minit.
Datadata dikira dalam bentuk peratus dan dihuraikan.
Analisis ini hanya membincangkan kohesi gramatikal jenis penghubung sahaja.
Kohesi gramatikal penghubung terbahagi kepada lima bahagian iaitu penghubung pertambahan, penghubung pertentangan, penghubung sebab-akibat, penghubung waktu dan penghubung syarat.
Hasil kajian ini menunjukkan pelajar lebih banyak menggunakan kohesi gramatikal penghubung pertambahan dalam menulis karangan Bahasa Melayu.

Related Results

Piranti Kohesi Persona Dalam Buku Pelajaran Bahasa Indonesia Sma Kelas XI Karangan Maryanto
Piranti Kohesi Persona Dalam Buku Pelajaran Bahasa Indonesia Sma Kelas XI Karangan Maryanto
Tujuan yang ingin dicapai dari penelitian ini adalah mendeskripsikan bentuk piranti kohesi persona yang terdapat dalam buku Pelajaran Bahasa Indonesia SMA Kelas XI Karangan Maryant...
ASPEK KOHESI GRAMATIKAL DALAM KONTEN TIKTOK BERBAHASA CHINDO SURABAYA
ASPEK KOHESI GRAMATIKAL DALAM KONTEN TIKTOK BERBAHASA CHINDO SURABAYA
Penelitian dengan judul Aspek Kohesi Gramatikal dalam Konten Tiktok Berbahasa Chindo Surabaya bertujuan untuk memaparkan hasil analisis aspek kohesi gramatikal dalam konten Tiktok ...
Resensi Buku: Pengantar Ke Dalam Perjanjian Baru (Dr. C Groenen OFM)
Resensi Buku: Pengantar Ke Dalam Perjanjian Baru (Dr. C Groenen OFM)
Nama Buku Pengantar Ke Dalam Perjanjian Baru .merupakan salah satu buku yang di karang atau disusun oleh, Dr. C Groenen OFM .buku ini memberikan informasi desariah saja maka, cuku...
Novia Mauli Putri, ANALISIS KOHESI DAN KOHERENSI PADA TEKS CERPEN, TEKS PROSEDUR, TEKS LINGKUNGAN DAN KEMUNGKINAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Novia Mauli Putri, ANALISIS KOHESI DAN KOHERENSI PADA TEKS CERPEN, TEKS PROSEDUR, TEKS LINGKUNGAN DAN KEMUNGKINAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Kata wacana berasal dari kata vacana ‘bacaan’ dalam bahasa sanskerta kemudian masuk dalam bahasa Jawa Kuno dan bahasa Jawa Baru yaitu wacana atau ‘bicara, kata, ucapan’. Menurut Po...
Resensi Buku: Pengantar Ke Dalam Perjanjian Baru (Dr. c. Groenen OFM)
Resensi Buku: Pengantar Ke Dalam Perjanjian Baru (Dr. c. Groenen OFM)
Buku ini terbagi menjadi dua bagian besar, bagian pertama menguraikan beberapa hal yang bersangkutan dengan seluruh perjanjian baru. Secara umum isi, corak ciri dan latar belakang ...
JURNAL ANALISIS KOHESI GRAMATIKAL DAN LEKSIKAL PADA NOVEL KEKANG KARYA STEFANI BELLA
JURNAL ANALISIS KOHESI GRAMATIKAL DAN LEKSIKAL PADA NOVEL KEKANG KARYA STEFANI BELLA
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui bentuk kohesi, gramatikal dan leksikal yang digunakan dalam novel Kekang karya Stefani Bella. Penelitian ini menggunakan metode penelitian...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...

Back to Top