Javascript must be enabled to continue!
DINAMIKA SEJARAH DAN KELANGSUNGAN IDENTITI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KENYAH DI ULU BARAM, SARAWAK
View through CrossRef
Kajian ini membincangkan evolusi sejarah dan dinamika sosiobudaya masyarakat Kenyah di daerah Ulu Baram, Sarawak. Fokus utama diberikan kepada proses migrasi dari wilayah Kalimantan dan Dataran Tinggi Usun Apau yang akhirnya membentuk penempatan rumah panjang yang signifikan di sepanjang Sungai Baram. Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur sosial tradisional yang terdiri daripada golongan paren (bangsawan), panyen (rakyat biasa), dan lipen (hamba) kekal menjadi teras kepada sistem kepimpinan dan pemeliharaan simbolisme adat meskipun dalam mendepani arus pemodenan. Selain itu, artikel ini menyerlahkan transformasi budaya yang penting, khususnya peralihan daripada amalan ngayau kepada penganjuran Baram Regatta sebagai mekanisme diplomasi bagi memupuk keamanan dan perpaduan antara etnik di pedalaman. Dari aspek ekonomi, kajian mendapati wujudnya ketegangan antara kelestarian pertanian padi bukit tradisional dengan impak aktiviti pembalakan komersial yang mengancam Hak Tanah Adat (NCR) serta biodiversiti hutan yang menjadi nadi kehidupan komuniti. Secara keseluruhannya, hasil kajian memperincikan bagaimana interaksi antara naratif sejarah, sistem kelas, dan adaptasi ekonomi menyumbang kepada pembentukan jati diri unik etnik Kenyah. Kajian ini memberikan sumbangan penting terhadap dokumentasi warisan Orang Ulu dalam konteks pembangunan sosioekonomi Sarawak yang mampan.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: DINAMIKA SEJARAH DAN KELANGSUNGAN IDENTITI SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KENYAH DI ULU BARAM, SARAWAK
Description:
Kajian ini membincangkan evolusi sejarah dan dinamika sosiobudaya masyarakat Kenyah di daerah Ulu Baram, Sarawak.
Fokus utama diberikan kepada proses migrasi dari wilayah Kalimantan dan Dataran Tinggi Usun Apau yang akhirnya membentuk penempatan rumah panjang yang signifikan di sepanjang Sungai Baram.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur sosial tradisional yang terdiri daripada golongan paren (bangsawan), panyen (rakyat biasa), dan lipen (hamba) kekal menjadi teras kepada sistem kepimpinan dan pemeliharaan simbolisme adat meskipun dalam mendepani arus pemodenan.
Selain itu, artikel ini menyerlahkan transformasi budaya yang penting, khususnya peralihan daripada amalan ngayau kepada penganjuran Baram Regatta sebagai mekanisme diplomasi bagi memupuk keamanan dan perpaduan antara etnik di pedalaman.
Dari aspek ekonomi, kajian mendapati wujudnya ketegangan antara kelestarian pertanian padi bukit tradisional dengan impak aktiviti pembalakan komersial yang mengancam Hak Tanah Adat (NCR) serta biodiversiti hutan yang menjadi nadi kehidupan komuniti.
Secara keseluruhannya, hasil kajian memperincikan bagaimana interaksi antara naratif sejarah, sistem kelas, dan adaptasi ekonomi menyumbang kepada pembentukan jati diri unik etnik Kenyah.
Kajian ini memberikan sumbangan penting terhadap dokumentasi warisan Orang Ulu dalam konteks pembangunan sosioekonomi Sarawak yang mampan.
Related Results
ANALISIS TUTURAN TRADISI UPACARA LADUNG BIO’ SUKU DAYAK KENYAH LEPO’ TAU DI DESA NAWANG BARU KECAMATAN KAYAN HULU KABUPATEN MALINAU: KAJIAN FOLKLOR
ANALISIS TUTURAN TRADISI UPACARA LADUNG BIO’ SUKU DAYAK KENYAH LEPO’ TAU DI DESA NAWANG BARU KECAMATAN KAYAN HULU KABUPATEN MALINAU: KAJIAN FOLKLOR
ABSTRAK Penulis tertarik mengajikan Tuturan Tradisi Upacara Ladung Bio’ Suku Dayak Kenyah Lepo’ Tau karena Upacara Ladung Bio’ adalah upcara Adat Dayak Kenyah yang sangat penting. ...
TRANFORMASI SOSIAL DALAM ETNIK KENYAH SANG DI LONG SAN, BARAM, SARAWAK
TRANFORMASI SOSIAL DALAM ETNIK KENYAH SANG DI LONG SAN, BARAM, SARAWAK
Objektif utama kajian ini bertujuan untuk menjelajahi transformasi sosial dalam masyarakat Kenyah Sang di Long San, Baram iaitu sebelum dan selepas memeluk agama Kristian pada tahu...
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)
Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti mel...
Konsep Penataan Ruang Berkelanjutan Pada Kawasan Tepian Sungai Musi Kota Palembang (Kasus: Kelurahan 5 Ulu Dan 7 Ulu, Kecamatan Seberang Ulu)
Konsep Penataan Ruang Berkelanjutan Pada Kawasan Tepian Sungai Musi Kota Palembang (Kasus: Kelurahan 5 Ulu Dan 7 Ulu, Kecamatan Seberang Ulu)
ABSTRACTThe high rate of population growth causes slums in an area, especially in the Musi riverbank, Palembang City. This is marked by the development of community activities, suc...
MAKNA PEKATOQ DALAM TRADISI UMAN JENAI SUKU DAYAK KENYAH LEPO’ TAU DESA NAWANG BARU KECAMATAN KAYAN HULU KABUPATEN MALINAU (KAJIAN FOLKLOR)
MAKNA PEKATOQ DALAM TRADISI UMAN JENAI SUKU DAYAK KENYAH LEPO’ TAU DESA NAWANG BARU KECAMATAN KAYAN HULU KABUPATEN MALINAU (KAJIAN FOLKLOR)
Rumusan masalah dalam penelitian ini yaitu (1) Bagaimana makna pekatoq dalam tradisi uman jenai Suku Dayak Kenyah Lepo’ Tau? (2) Bagaimana fungsi pekatoq dalam Tradisi uman jenai s...
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
SEJARAH LISAN DALAM DISIPLIN ILMU SEJARAH: ANTARA REALITI DAN REPRESENTASI
Perkembangan disiplin ilmu sejarah buat sekian lama memusatkan perbahasannya kepada falsafah “tiada dokumen, tiada sejarah” sebagai wadah merealisasikan matlamat sejarawan untuk me...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...

