Javascript must be enabled to continue!
Tahap Kefahaman dan Keberkesanan Skim Amalan Peningkatan Kualiti di Industri Kecil dan Sederhana
View through CrossRef
Persaingan sengit pasaran, kepelbagaian produk, kitaran hayat produk singkat dan memenuhi citarasa serta keperluan pelanggan telah mendorong syarikat-syarikat supaya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan mengurangkan kos pembuatan produk mereka. Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian penilaian tahap kefahaman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengenai sistem pengurusan kualiti APK dan implikasi pengamalan syarikat dalam meningkatkan daya saing di dalam pasaran sedia ada dan pasaran baru. Kajian ini akan melihat samada IKS sudah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran di dalam era persaingan global dan mampu menyesuaikan diri dengan cara baru dalam pengurusan perniagaan. Selain dari itu, IKS akan dinilai dalam aspek inisiatif untuk meningkatkan tahap pencapaian dengan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti bagi penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti yang dapat diterima oleh pasaran antarabangsa. Kertas kerja ini juga akan membincangkan status perlaksanaan sistem pengurusan kualiti setelah memasuki program Amalan Peningkatan Kualiti (APK) yang telah dilancarkan oleh SIRIM pada tahun 1988. Untuk mengumpul maklumat yang lebih tepat, satu kajian soal selidik telah dijalankan. Kertas kerja ini akan memaparkan keputusan kajian soal selidik terhadap perlaksanaan sistem pengurusan kualiti di IKS. Hasil kajian telah menunjukkan hanya 57 peratus daripada pihak pengurusan IKS yang menyertai program telah memahami konsep APK dengan baik. Syarikat-syarikat lain masih lagi berada di tahap yang lemah.
Kata kunci: Industri Kecil dan Sederhana, Amalan Peningkatan Kualiti, persaingan, pembuatan
Intense market competition, product varieties, short product life cycle, and fulfilling customer needs and desires have prompted many companies to continuously improve their product quality and lower the manufacturing cost. This paper describes the research findings on the evaluation of the level of understanding of Small dan Medium Sized Industry (SMIs) with regards to quality management systems, particularly, the Quality Improvement Practice (QIP), and its implications on the implementation in order to improve competitiveness in current and new market. The research will determine whether the SMIs are ready to face the challenges in the era of global competition and able to adapt to new ways of managing business. It will also determine the initiative of SMIs in improving their level of achievement by emphasizing on quality improvement activities to produce quality products and services acceptable at the international market. This paper also discusses the quality management system imlementation status after participating in the QIP launched by SIRIM in 1988. In order to gather more accurate information, a survey was conducted to elicit the required information. This paper will present the result of the survey on quality management system in SMIs. The result indicates that only 57 percent of the SMIs that participated in the program had a good understanding on the QIP concept, while others still have a low level of understanding.
Key words: Small and Medium Industry, Quality Improvement Practice, competition, manufacturing
Title: Tahap Kefahaman dan Keberkesanan Skim Amalan Peningkatan Kualiti di Industri Kecil dan Sederhana
Description:
Persaingan sengit pasaran, kepelbagaian produk, kitaran hayat produk singkat dan memenuhi citarasa serta keperluan pelanggan telah mendorong syarikat-syarikat supaya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan mengurangkan kos pembuatan produk mereka.
Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian penilaian tahap kefahaman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengenai sistem pengurusan kualiti APK dan implikasi pengamalan syarikat dalam meningkatkan daya saing di dalam pasaran sedia ada dan pasaran baru.
Kajian ini akan melihat samada IKS sudah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran di dalam era persaingan global dan mampu menyesuaikan diri dengan cara baru dalam pengurusan perniagaan.
Selain dari itu, IKS akan dinilai dalam aspek inisiatif untuk meningkatkan tahap pencapaian dengan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti bagi penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti yang dapat diterima oleh pasaran antarabangsa.
Kertas kerja ini juga akan membincangkan status perlaksanaan sistem pengurusan kualiti setelah memasuki program Amalan Peningkatan Kualiti (APK) yang telah dilancarkan oleh SIRIM pada tahun 1988.
Untuk mengumpul maklumat yang lebih tepat, satu kajian soal selidik telah dijalankan.
Kertas kerja ini akan memaparkan keputusan kajian soal selidik terhadap perlaksanaan sistem pengurusan kualiti di IKS.
Hasil kajian telah menunjukkan hanya 57 peratus daripada pihak pengurusan IKS yang menyertai program telah memahami konsep APK dengan baik.
Syarikat-syarikat lain masih lagi berada di tahap yang lemah.
Kata kunci: Industri Kecil dan Sederhana, Amalan Peningkatan Kualiti, persaingan, pembuatan
Intense market competition, product varieties, short product life cycle, and fulfilling customer needs and desires have prompted many companies to continuously improve their product quality and lower the manufacturing cost.
This paper describes the research findings on the evaluation of the level of understanding of Small dan Medium Sized Industry (SMIs) with regards to quality management systems, particularly, the Quality Improvement Practice (QIP), and its implications on the implementation in order to improve competitiveness in current and new market.
The research will determine whether the SMIs are ready to face the challenges in the era of global competition and able to adapt to new ways of managing business.
It will also determine the initiative of SMIs in improving their level of achievement by emphasizing on quality improvement activities to produce quality products and services acceptable at the international market.
This paper also discusses the quality management system imlementation status after participating in the QIP launched by SIRIM in 1988.
In order to gather more accurate information, a survey was conducted to elicit the required information.
This paper will present the result of the survey on quality management system in SMIs.
The result indicates that only 57 percent of the SMIs that participated in the program had a good understanding on the QIP concept, while others still have a low level of understanding.
Key words: Small and Medium Industry, Quality Improvement Practice, competition, manufacturing.
Related Results
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, ka...
MODAL SOSIAL DALAM STRATEGI INDUSTRI KECIL
MODAL SOSIAL DALAM STRATEGI INDUSTRI KECIL
Dewasa ini banyak bermunculan sektor perindustrian baik dalam lingkup industri kecil maupun industri rumah tangga, mulai dari industri pangan maupun industri kreatif. Industri keci...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
[Mad Far’i Theory from The Qiraat Knowledge Perspective] Teori Hukum Mad Far’i dari Perspektif Ilmu Qiraat
[Mad Far’i Theory from The Qiraat Knowledge Perspective] Teori Hukum Mad Far’i dari Perspektif Ilmu Qiraat
The theory of mad far’i was created by qurra´ to ensure the lengthenings of any mad are within the guides outlined in mutawatirah readings. However, there is still confusion in ter...
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...
Disability/Illness Narrative in Skim
Disability/Illness Narrative in Skim
Skim (2008) by Mariko Tamaki and Jillian Tamaki is a semi-graphic memoir based on the coming-of-age story of Kimberly Keiko Cameron, a Japanese-Canadian queer girl whose nickname i...
Menilai Perhubungan Di Antara Hasil Pembelajaran Kursus (hpk) Dan Hasil Pembelajaran Program (hpp) Dari Persepsi Pelajar
Menilai Perhubungan Di Antara Hasil Pembelajaran Kursus (hpk) Dan Hasil Pembelajaran Program (hpp) Dari Persepsi Pelajar
Rancangan pembelajaran yang baik diperlukan untuk mencapai pembelajaran yang berkualiti tinggi. Rancangan ini dikembangkan berdasarkan anggapan bahawa suasana pembelajaran dan tuju...
Analisis Kualiti Hidup Pesakit Kanser Prostat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
Analisis Kualiti Hidup Pesakit Kanser Prostat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
Abstrak Kanser prostat merupakan ketiga tertinggi bagi golongan lelaki di Malaysia. Data 2018 melaporkan kanser prostat mencatatkan insiden 1,807 kes berbanding 1,186 kes pada tah...

