Javascript must be enabled to continue!
Perkembangan Undang-Undang Persaingan dalam Konteks Harta Intelek di Malaysia
View through CrossRef
Undang-undang persaingan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1990-an, namun pada masa itu tidak ada undang-undang khusus mengenai persaingan. Peruntukan berkaitan dengan persaingan terkandung dalam undang-undang yang pelbagai seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001. Kerajaan akhirnya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang khusus mengenai persaingan, yang dikenali sebagai Akta Persaingan 2010 untuk menunjukkan integriti dan komitmen Malaysia terhadap semangat integrasi pasaran di rantau ASEAN. Sejak itu, Malaysia telah mengalami perkembangan undang-undang persaingan, terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang tersebut dalam pelbagai sektor komersil termasuk harta intelek. Selepas sembilan tahun Akta Persaingan 2010 diwujudkan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengeluarkan garis panduan khusus mengenai harta intelek sebagai maklum balas terhadap keperluan komersil semasa dan memenuhi aspirasi yang dinyatakan dalam Garis Panduan Bab 1 Larangan (Perjanjian Anti-Persaingan). Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan perkembangan undang-undang persaingan di Malaysia berkaitan dengan harta intelek. Artikel ini memaparkan kajian kepustakaan yang menggunakan sumber primer dan sekunder untuk perolehan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun MyCC telah mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan dengan harta intelek (Garis Panduan Hak Harta Intelek dan Undang-Undang Persaingan) untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan harta intelek, namun beberapa penambahbaikan perlu dibuat agar pelaksanaannya dapat dijalankan secara berkesan.
Title: Perkembangan Undang-Undang Persaingan dalam Konteks Harta Intelek di Malaysia
Description:
Undang-undang persaingan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1990-an, namun pada masa itu tidak ada undang-undang khusus mengenai persaingan.
Peruntukan berkaitan dengan persaingan terkandung dalam undang-undang yang pelbagai seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
Kerajaan akhirnya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang khusus mengenai persaingan, yang dikenali sebagai Akta Persaingan 2010 untuk menunjukkan integriti dan komitmen Malaysia terhadap semangat integrasi pasaran di rantau ASEAN.
Sejak itu, Malaysia telah mengalami perkembangan undang-undang persaingan, terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang tersebut dalam pelbagai sektor komersil termasuk harta intelek.
Selepas sembilan tahun Akta Persaingan 2010 diwujudkan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengeluarkan garis panduan khusus mengenai harta intelek sebagai maklum balas terhadap keperluan komersil semasa dan memenuhi aspirasi yang dinyatakan dalam Garis Panduan Bab 1 Larangan (Perjanjian Anti-Persaingan).
Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan perkembangan undang-undang persaingan di Malaysia berkaitan dengan harta intelek.
Artikel ini memaparkan kajian kepustakaan yang menggunakan sumber primer dan sekunder untuk perolehan data.
Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun MyCC telah mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan dengan harta intelek (Garis Panduan Hak Harta Intelek dan Undang-Undang Persaingan) untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan harta intelek, namun beberapa penambahbaikan perlu dibuat agar pelaksanaannya dapat dijalankan secara berkesan.
Related Results
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistemat...
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Berdasarkan Pasal 1127 KUHPerdata Balai Harta Peninggalan ditugaskan menjalankan pengurusan atas setiap warisan yang tak terurus selama 30 tahun/ lebih, setelah melakukan pengelola...
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Waqf is a part of the field in Islamic jurisprudence related to economic affairs of Muslims. It is derived from hadith of Ibn Umar that Prophet Muhammad (pbuh) ordered to invest t...
HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undangundang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya...
KEPASTIAN HUKUM ATAS HARTA BERSAMA SETELAH PERCERAIAN DALAM PERKAWINAN TIDAK TERCATAT MENURUT HUKUM ADAT TIONGHOA
KEPASTIAN HUKUM ATAS HARTA BERSAMA SETELAH PERCERAIAN DALAM PERKAWINAN TIDAK TERCATAT MENURUT HUKUM ADAT TIONGHOA
AbstractThe authors raised the issue of legal certainty regarding the distribution of joint assets after a divorce based on Chinese customary law. In the provisions of Article 37 o...
Wakaf Produktif Di Malaysia
Wakaf Produktif Di Malaysia
Wakaf dalam doktrin agama Islam merupakan salah satu bentuk ibadah yang syarat nilai, karena selainmengandung dimensi vertikal, juga berdimensi horizontal, yang dalam istilah bahas...
URGENSI PERUBAHAN UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG NOMOR 1 TAHUN 2015 TENTANG PENETAPAN PERATURAN PEMERINTAH PENGGANTI UNDANG-UNDANG NOMOR 1 TAHUN 2014 TENTANG PEMILIHAN GUBERNUR, BUPATI, DAN WALIKOTA MENJADI UNDANG-UNDANG
URGENSI PERUBAHAN UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG NOMOR 1 TAHUN 2015 TENTANG PENETAPAN PERATURAN PEMERINTAH PENGGANTI UNDANG-UNDANG NOMOR 1 TAHUN 2014 TENTANG PEMILIHAN GUBERNUR, BUPATI, DAN WALIKOTA MENJADI UNDANG-UNDANG
Pilkada dilaksanakan berdasarkan perintah dari Undang-Undang Nomor 1 Tahun 2015 sebagaimana telah diubah dengan Undang-Undang Nomor 8 Tahun 2015. Undang-Undang Nomor 1 Tahun 2015 i...
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Judul penelitian ini adalah “Kedudukan Harta Bersama Dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran”. Isu harta harta bersama seringkali menjadi topik hangat di tengah masyarakat kita. Hal ...

