Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

SOROTAN LITERATUR IMPLEMENTASI ḤAḌĀNAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

View through CrossRef
ABSTRAK Ḥaḍānah atau hak penjagaan anak ini merupakan satu isu yang sering timbul setelah berlakunya penceraian sehingga hari ini. Pelbagai inisiatif dijalankan oleh pihak berautoriti seperti Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia bagi mengatasi masalah ini. Hal ini kerana, isu ini melibatkan kebajikan kanak-kanak Muslim yang terkesan daripada penceraian begitu juga hak anggota keluarga yang lain iaitu ibu dan bapa yang perlu dititikberatkan. Jesteru, sorotan literatur ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berbangkit, perkembangan dan hala tuju penyelesaian Mahkamah Syariah dalam isu haḍānah ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan secara deskriptif dengan menilai fakta dan hujah dari pelbagai sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan kajian. Hasil tinjauan mendapati, terdapat beberapa isu berbangkit di Mahkamah Syariah seperti kewujudan Konvensyen Antarabangsa memberi kesan kepada Undang-undang Keluarga Islam, pengamalan hak penjagaan tunggal yang bermasalah, ketiadaan tafsiran khusus untuk kebajikan kanak-kanak Muslim, isu penentuan agama kanak-kanak bagi ibu bapa yang berbeza agama dalam ḥaḍānah, isu peruntukkan ḥaḍānah dianggap bias kepada wanita. Kajian ini juga mengenalpasti perkembangan positif dalam penyelesaian kes haḍānah dari sudut pengaplikasiannya iaitu cadangan konsep maslahah sebagai kayu ukur kebajikan kanak-kanak, pemberian hak bersama kepada ibu bapa, fungsi sulh dalam ḥaḍānah, cadangan penubuhan Mahkamah Keluarga, penglibatan pakar kanak-kanak dalam pelbagai disiplin. Walau bagaimanapun, secara umumnya terdapat sebahagian cadangan ini masih ada yang belum dijalankan dan masih di tahap penilaian.  Maka, kajian ini mencadangkan aspek-aspek ini perlu dikaji dan panduan khusus perlu dibentuk dan diharmonikan berdasarkan prinsip-prinsip kebajikan haḍānah bagi mencapai Maqāṣid Al-Sharī ̒ah disebalik hukum ini bersesuaian dengan tuntutan peredaran zaman, masa dan sosial di Malaysia. Kata Kunci: Haḍānah; Hak Jagaan Anak; Mahkamah Tinggi Syariah; Undang-undang Keluarga Islam    
Title: SOROTAN LITERATUR IMPLEMENTASI ḤAḌĀNAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA
Description:
ABSTRAK Ḥaḍānah atau hak penjagaan anak ini merupakan satu isu yang sering timbul setelah berlakunya penceraian sehingga hari ini.
Pelbagai inisiatif dijalankan oleh pihak berautoriti seperti Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia bagi mengatasi masalah ini.
Hal ini kerana, isu ini melibatkan kebajikan kanak-kanak Muslim yang terkesan daripada penceraian begitu juga hak anggota keluarga yang lain iaitu ibu dan bapa yang perlu dititikberatkan.
Jesteru, sorotan literatur ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berbangkit, perkembangan dan hala tuju penyelesaian Mahkamah Syariah dalam isu haḍānah ini.
Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan secara deskriptif dengan menilai fakta dan hujah dari pelbagai sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan kajian.
Hasil tinjauan mendapati, terdapat beberapa isu berbangkit di Mahkamah Syariah seperti kewujudan Konvensyen Antarabangsa memberi kesan kepada Undang-undang Keluarga Islam, pengamalan hak penjagaan tunggal yang bermasalah, ketiadaan tafsiran khusus untuk kebajikan kanak-kanak Muslim, isu penentuan agama kanak-kanak bagi ibu bapa yang berbeza agama dalam ḥaḍānah, isu peruntukkan ḥaḍānah dianggap bias kepada wanita.
Kajian ini juga mengenalpasti perkembangan positif dalam penyelesaian kes haḍānah dari sudut pengaplikasiannya iaitu cadangan konsep maslahah sebagai kayu ukur kebajikan kanak-kanak, pemberian hak bersama kepada ibu bapa, fungsi sulh dalam ḥaḍānah, cadangan penubuhan Mahkamah Keluarga, penglibatan pakar kanak-kanak dalam pelbagai disiplin.
Walau bagaimanapun, secara umumnya terdapat sebahagian cadangan ini masih ada yang belum dijalankan dan masih di tahap penilaian.
  Maka, kajian ini mencadangkan aspek-aspek ini perlu dikaji dan panduan khusus perlu dibentuk dan diharmonikan berdasarkan prinsip-prinsip kebajikan haḍānah bagi mencapai Maqāṣid Al-Sharī ̒ah disebalik hukum ini bersesuaian dengan tuntutan peredaran zaman, masa dan sosial di Malaysia.
Kata Kunci: Haḍānah; Hak Jagaan Anak; Mahkamah Tinggi Syariah; Undang-undang Keluarga Islam    .

Related Results

Sains Forensik dan Pengaplikasiannya dalam Keterangan Dokumentar di Mahkamah Syariah Malaysia
Sains Forensik dan Pengaplikasiannya dalam Keterangan Dokumentar di Mahkamah Syariah Malaysia
Dokumen merupakan salah satu bentuk kaedah pembuktian yang paling banyak digunakan di mahkamah sama ada di mahkamah sivil mahupun di mahkamah syariah di M...
Determinants of Islamic Banking Profitability: A Comparative Analysis of Indonesia and Malaysia
Determinants of Islamic Banking Profitability: A Comparative Analysis of Indonesia and Malaysia
ABSTRACT Islamic banking in Indonesia and Malaysia experienced differences in asset growth and market share, potentially causing dissimilarity in profitability performance. This st...
STATUS HUKUM NASABAH BNI SYARIAH SETELAH MERGER MENJADI BANK SYARIAH INDONESIA
STATUS HUKUM NASABAH BNI SYARIAH SETELAH MERGER MENJADI BANK SYARIAH INDONESIA
Abstrak Penelitian ini membahas tentang bagaimana status hukum nasabah BNI Syariah Makassar setelah merger menjadi Bank Syariah Indonesia. Kelahiran Bank Syariah Indonesia, pengga...
JURNAL HTN YUSUF
JURNAL HTN YUSUF
Secara kelembagaan atau tata organisasi, keberadaan Mahkamah Konstitusi sebagai salah satu badan peradilan tidak berada di bawah Mahkamah Agung, sebagaimana badan-badan peradilan l...
Pengaruh Perkembangan Fintech Syariah terhadap Pangsa Pasar Bank Syariah di Indonesia
Pengaruh Perkembangan Fintech Syariah terhadap Pangsa Pasar Bank Syariah di Indonesia
Abstract. The rapid development of Islamic fintech in Indonesia since 2016 has created new dynamics in the Islamic financial industry. This study aims to analyze the impact of Isla...
Kedudukan Putusan Mahkamah Konstitusi Dalam Pembentukan Undang-Undang di Indonesia
Kedudukan Putusan Mahkamah Konstitusi Dalam Pembentukan Undang-Undang di Indonesia
This study aims to analyze the position of the Constitutional Court's decision in the formation of laws and to examine the legal implications if the laws formed are in conflict wit...
The Impact of the Covid-19 Pandemic and Macroeconomics on the Sharia Stock Indexes in Indonesia
The Impact of the Covid-19 Pandemic and Macroeconomics on the Sharia Stock Indexes in Indonesia
ABSTRACT The Covid-19 pandemic has changed economic conditions in various countries, including Indonesia. One of the sectors affected is the capital market sector which can also de...

Back to Top