Javascript must be enabled to continue!
Pendidikan Theory-Based Learning Era 4.0: Manfaat Kursus Teori Seni Dengan Penggunaan Platfom Ai
View through CrossRef
Pendidikan teori seni di kalangan pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA kampus Machang (Kelantan) dan Kota Samarahan (Sarawak) bagi kursus pengajian budaya visual (Visual Culture Studies - VCS) seperti teori seni dan sejarah seni kurang diminati. Melalui pemerhatian, para pelajar KPSK di dua buah kampus lebih selesa dengan kursus berorientasikan studio/practice-based learning. Hal ini disebabkan kaedah pengendalian kursus VCS hanya dipelajari secara teori, berbanding kursus studio seni yang dijalankan secara praktikal dengan menekankan kemahiran khusus. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar KPSK terhadap penggunaan platfom Ai sebagai kaedah dalam pembelajaran yang mampu menghasilkan produk inovasi (termasuk video pembentangan), khususnya melalui kursus teori seni. Di samping itu, kajian secara tidak langsung berhasrat mengetengahkan kepentingan mempelajari dan memahami teori-teori seni melalui penulisan prompt selaras dengan keperluan industri terutamanya selepas tamat pengajian. Hasil kajian menunjukkan konsep pembelajaran yang dihasilkan telah menggalakkan para pelajar KPSK di dua kampus berbeza (bahagian pantai timur & borneo, Malaysia) menterjemahkan teori seni melalui penulisan prompt yang dinyatakan, kepada penghasilan sesebuah rekaan seni dalam jangka masa yang singkat sebelum diterjemahkan dalam pelbagai bentuk merchandise sebagai projek inovasi mereka. Konsep kajian yang dihasilkan merupakan inovasi terhadap bidang pendidikan teori dan sejarah seni khususnya golongan pendidik sebagai usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang praktikal walaupun dalam sesebuah sesi syarahan (kelas). Kerangka konsep yang dicadangkan menjadi satu kaedah yang baik untuk rujukan khususnya dalam bentuk buku panduan kepada para pendidik dan pelajar bagi kursus VCS secara ringkas serta infografik. Reka letak yang tersusun dan mudah difahami, membantu pembaca mengaplikasikan kerangka konsep agar dapat diterjemahkan dengan baik dan efisyen. Secara tidak langsung konsep kajian dapat mengubah pandangan dan persepsi pelajar terhadap kursus teori seni yang sebelum ini bersandarkan kepada syarahan dan nota semata, kepada menerokai perkembangan idea melalui platfom Ai.
Title: Pendidikan Theory-Based Learning Era 4.0: Manfaat Kursus Teori Seni Dengan Penggunaan Platfom Ai
Description:
Pendidikan teori seni di kalangan pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA kampus Machang (Kelantan) dan Kota Samarahan (Sarawak) bagi kursus pengajian budaya visual (Visual Culture Studies - VCS) seperti teori seni dan sejarah seni kurang diminati.
Melalui pemerhatian, para pelajar KPSK di dua buah kampus lebih selesa dengan kursus berorientasikan studio/practice-based learning.
Hal ini disebabkan kaedah pengendalian kursus VCS hanya dipelajari secara teori, berbanding kursus studio seni yang dijalankan secara praktikal dengan menekankan kemahiran khusus.
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar KPSK terhadap penggunaan platfom Ai sebagai kaedah dalam pembelajaran yang mampu menghasilkan produk inovasi (termasuk video pembentangan), khususnya melalui kursus teori seni.
Di samping itu, kajian secara tidak langsung berhasrat mengetengahkan kepentingan mempelajari dan memahami teori-teori seni melalui penulisan prompt selaras dengan keperluan industri terutamanya selepas tamat pengajian.
Hasil kajian menunjukkan konsep pembelajaran yang dihasilkan telah menggalakkan para pelajar KPSK di dua kampus berbeza (bahagian pantai timur & borneo, Malaysia) menterjemahkan teori seni melalui penulisan prompt yang dinyatakan, kepada penghasilan sesebuah rekaan seni dalam jangka masa yang singkat sebelum diterjemahkan dalam pelbagai bentuk merchandise sebagai projek inovasi mereka.
Konsep kajian yang dihasilkan merupakan inovasi terhadap bidang pendidikan teori dan sejarah seni khususnya golongan pendidik sebagai usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang praktikal walaupun dalam sesebuah sesi syarahan (kelas).
Kerangka konsep yang dicadangkan menjadi satu kaedah yang baik untuk rujukan khususnya dalam bentuk buku panduan kepada para pendidik dan pelajar bagi kursus VCS secara ringkas serta infografik.
Reka letak yang tersusun dan mudah difahami, membantu pembaca mengaplikasikan kerangka konsep agar dapat diterjemahkan dengan baik dan efisyen.
Secara tidak langsung konsep kajian dapat mengubah pandangan dan persepsi pelajar terhadap kursus teori seni yang sebelum ini bersandarkan kepada syarahan dan nota semata, kepada menerokai perkembangan idea melalui platfom Ai.
Related Results
Persepsi Dewasa Awal Mengenai Kursus Pranikah
Persepsi Dewasa Awal Mengenai Kursus Pranikah
<p><em>Abstrak</em> -<strong> Pernikahan merupakan salah satu tugas perkembangan dewasa awal. Persiapan pernikahan yang dilakukan oleh pasangan dapat dilaku...
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian...
Strategi Pengembangan Kursus Baking di Masa Pandemi pada Olivia Kursus
Strategi Pengembangan Kursus Baking di Masa Pandemi pada Olivia Kursus
Pandemi COVID-19 berdampak besar terhadap ekonomi, termasuk sektor bisnis kuliner. Pelaku bisnis kuliner dituntut untuk beradaptasi dan mencari strategi agar tetap bertahan di teng...
TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN PRAKTIKALITI
ABSTRAK
Makalah ini bertujuan menilai Teori Puitika Sastera Melayu sebagai teori sastera tempatan yang digagaskan oleh Muhammad Haji Salleh (1989). Teori ini mendapat perhati...
Penerapan Teori-Teori Filosofis Dalam Menafsirkan Al-Qur’an
Penerapan Teori-Teori Filosofis Dalam Menafsirkan Al-Qur’an
<p><strong>Abstract</strong></p><p>Human reason is a tool to understand the realities and to express them in the philosophical theories. Because the K...
PEMBELAJARAN SENI MUSIK BAGI SISWA DI SMP ADVENT RATAHAN
PEMBELAJARAN SENI MUSIK BAGI SISWA DI SMP ADVENT RATAHAN
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengumpulkan informasi tentang bagaimana siswa di SMP Advent Ratahan mempelajari musik sebagai bentuk seni. Penelitian ini menggunakan metod...
PUSAT SENI BUDAYA SIMEULUE DI KOTA SINABANG
PUSAT SENI BUDAYA SIMEULUE DI KOTA SINABANG
Simeulue memiliki berbagai macam seni budaya yang khas, yaitu seni nandong dan debus yang sejak lama sudah ada dan selalu diajarkan dari generasi ke generasi dan seiring berjalanny...
MENINGKATKAN KEMAMPUAN APRESIASI SENI VISUAL SISWA SMA MELALUI PELATIHAN RUTINITAS BERPIKIR SENI “SEE THINK WONDER”
MENINGKATKAN KEMAMPUAN APRESIASI SENI VISUAL SISWA SMA MELALUI PELATIHAN RUTINITAS BERPIKIR SENI “SEE THINK WONDER”
Melihat pentingnya kemampuan berpikir kritis bagi generasi masa depan maka harvard school of education mengembangkan metode pengajaran rutinitas berpikir seni sebagai alternatif me...

