Javascript must be enabled to continue!
Pendidik yang Cemerlang Mencorakkan Pewaris Negara yang Berkualiti: Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat.
View through CrossRef
Kajian ini dijalankan bersama seorang tokoh pendidikan iaitu Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat yang pernah berkhidmat sebagai pengetua sekolah, ketua sektor di Jabatan Negeri Pahang (JPP) dan pengurusan peringkat kementerian selama 32 tahun. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui latar belakang tokoh, cabaran sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik dan sumbangan serta pencapaian tokoh dalam dunia pendidikan. Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat pernah menerima penghargaan sebagai guru cemerlang dan Anugerah Kualiti Daerah Maran pada 1992. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong kanan dan pengetua di beberapa sekolah menengah di Maran, Raub dan Pekan serta Pegawai Pelajaran Raub pada 1990 dan Kuantan pada tahun 2008. Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat juga pernah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Guru peringkat daerah. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat semasa berkhidmat dan sejarah kehidupan dan kerjaya beliau boleh dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang terutamanya warga pendidik. Hasil kajian memaparkan peengalaman, cabaran dan jasa Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat sepanjang beliau bergelar pendidik. Kajian ini dapat memberi gambaran umum kepada pembaca berkenaan persepsi masyarakat terutamanya pendidik dan juga bakal guru yang akan menceburi bidang pendidikan pada masa akan datang.
Title: Pendidik yang Cemerlang Mencorakkan Pewaris Negara yang Berkualiti: Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat.
Description:
Kajian ini dijalankan bersama seorang tokoh pendidikan iaitu Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat yang pernah berkhidmat sebagai pengetua sekolah, ketua sektor di Jabatan Negeri Pahang (JPP) dan pengurusan peringkat kementerian selama 32 tahun.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui latar belakang tokoh, cabaran sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik dan sumbangan serta pencapaian tokoh dalam dunia pendidikan.
Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat pernah menerima penghargaan sebagai guru cemerlang dan Anugerah Kualiti Daerah Maran pada 1992.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong kanan dan pengetua di beberapa sekolah menengah di Maran, Raub dan Pekan serta Pegawai Pelajaran Raub pada 1990 dan Kuantan pada tahun 2008.
Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat juga pernah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Guru peringkat daerah.
Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat semasa berkhidmat dan sejarah kehidupan dan kerjaya beliau boleh dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang terutamanya warga pendidik.
Hasil kajian memaparkan peengalaman, cabaran dan jasa Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat sepanjang beliau bergelar pendidik.
Kajian ini dapat memberi gambaran umum kepada pembaca berkenaan persepsi masyarakat terutamanya pendidik dan juga bakal guru yang akan menceburi bidang pendidikan pada masa akan datang.
Related Results
tugas resume hukum tata negara
tugas resume hukum tata negara
Hukum tata Negara dapar diartikan dalam arti sempit maupun dalam arti luas. Secara arti sempit hukum tata negara dapat diartikan hukum yang mengatur organisasi negra sedangkan dala...
tugas hukum tata negara
tugas hukum tata negara
Tujuan Hukum Tata Negara yang di simpulkan beberapa definisi di atas,bahwa hukum HTN mengkaji beberapa aspek krusial,yakni Negara/ organ Negara,hubungan antara organ/lembaga Negara...
ANISHA-HTN
ANISHA-HTN
NAMA:ANISHANIM :10200120233KELAS :HTN-FMATA KULIAH:HUKUM TATA NEGARAHUKUM TATA NEGARAA.Pengertian Hukum tata Negara pada dasarnya adalah hukum yang mengatur organisasi kek...
resume hukum tata negara
resume hukum tata negara
A.PENGERTIAN HUKUM TATA NEGARAHukum tata Negara adalah bentuk hukum yang mendefinisikan hubungan antara berbagai lembaga didalam suatu negara, yaitu eksekutif, legislatif dan yudik...
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe Negara Yunani Purba=>Tipe negara ialah suatu penggolongan negara yang tidak mempunyai batas-batas yang tegas. Ini berbeda dengan klasifikasi negara atas bentuk-bentuk t...
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe negara ialah suatu penggolongan negara yang tidak mempunyai batas-batas yang tegas. Ini berbeda dengan klasifikasi negara atas bentuk-bentuk tertentu, misal bentuk negara (Kes...
makalah tenggang waktu mengajukan gugatan di pengadilan tata usaha negara
makalah tenggang waktu mengajukan gugatan di pengadilan tata usaha negara
Negara Republik Indonesia ialah negara hukum berdasarkan Pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945. Sebagai negara hukum, Indonesia meletakkan send...
HAYAT BİLGİSİ ÖĞRETİM PROGRAMI KAZANIMLARININ VE DERS KİTAPLARININ GÜVENLİ YAŞAM AÇISINDAN İNCELENMESİ*
HAYAT BİLGİSİ ÖĞRETİM PROGRAMI KAZANIMLARININ VE DERS KİTAPLARININ GÜVENLİ YAŞAM AÇISINDAN İNCELENMESİ*
Bu araştırmada hayat bilgisi öğretim programının ve ders kitaplarının güvenli yaşamla ilgili kazanımlar ve etkinlikler açısından incelenmesi amaçlanmıştır. Araştırma nitel araştırm...

