Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Potensi Sungkup Plastik Daripada Filem Selulosa Terjana Semula: Suatu Ulasan

View through CrossRef
Sungkup ialah bahan yang dihamparkan pada permukaan tanah, digunakan secara khusus untuk pertanian. Penggunaan sungkup plastik (SP) dalam bidang pertanian masih berterusan di seluruh dunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia merupakan teknologi penting dalam pertanian yang meningkatkan hasil dan kualiti tanaman dengan penggunaan input air yang rendah. Bahan SP telah dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu sungkup berasaskan petroleum dan sungkup berasaskan bahan semula jadi daripada sisa pertanian. Tanah tanpa sungkup mendorong kepada beberapa masalah seperti tanggalan zarah, adangan permukaan, kerakan dan padatan. Namun, penggunaan SP yang berlebihan dalam pertanian moden telah mengancam kelestarian keseluruhan ekosistem yang disebabkan oleh pengekalan sisa plastik pada persekitaran daratan dan akuatik. Oleh yang demikian, rantaian tanaman termasuklah tumbuhan, tanah dan air serta manusia juga terdedah kepada ancaman ini. Permasalahan ini telah mendorong kepada penghasilan sungkup plastik terbiodegradasi (SPB) seperti filem selulosa terjana semula (FSTS). Maka, ulasan kajian terhadap potensi SPB khususnya FSTS yang merangkumi fizikal, mekanikal, kimia dan sifat biodegradasi menjadi fokus utama dalam penulisan makalah ini.
Title: Potensi Sungkup Plastik Daripada Filem Selulosa Terjana Semula: Suatu Ulasan
Description:
Sungkup ialah bahan yang dihamparkan pada permukaan tanah, digunakan secara khusus untuk pertanian.
Penggunaan sungkup plastik (SP) dalam bidang pertanian masih berterusan di seluruh dunia sejak berpuluh tahun yang lalu.
Ia merupakan teknologi penting dalam pertanian yang meningkatkan hasil dan kualiti tanaman dengan penggunaan input air yang rendah.
Bahan SP telah dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu sungkup berasaskan petroleum dan sungkup berasaskan bahan semula jadi daripada sisa pertanian.
Tanah tanpa sungkup mendorong kepada beberapa masalah seperti tanggalan zarah, adangan permukaan, kerakan dan padatan.
Namun, penggunaan SP yang berlebihan dalam pertanian moden telah mengancam kelestarian keseluruhan ekosistem yang disebabkan oleh pengekalan sisa plastik pada persekitaran daratan dan akuatik.
Oleh yang demikian, rantaian tanaman termasuklah tumbuhan, tanah dan air serta manusia juga terdedah kepada ancaman ini.
Permasalahan ini telah mendorong kepada penghasilan sungkup plastik terbiodegradasi (SPB) seperti filem selulosa terjana semula (FSTS).
Maka, ulasan kajian terhadap potensi SPB khususnya FSTS yang merangkumi fizikal, mekanikal, kimia dan sifat biodegradasi menjadi fokus utama dalam penulisan makalah ini.

Related Results

Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)
Pemaparan Warisan Dalam Filem Nasional Malaysia, Jogho (1997)
Jogho (1997) filem arahan U-Wei Haji Saari merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel Juara (1976) oleh S. Othman Kelantan. Filem ini dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Fes...
Transformasi Watak Dan Perwatakam Filem: Imam Subtema : Sastera, Seni, Budaya dan Agama
Transformasi Watak Dan Perwatakam Filem: Imam Subtema : Sastera, Seni, Budaya dan Agama
ABSTRAK   Filem Imam (2023) merupakan filem yang telah diadaptasi daripada novel popular karya Abdullah Hussain pada tahun 1992 dengan judul yang sama. Filem ini berjaya mencapai...
BIODEGRADATION OF MANGO SEED STARCH FILMS IN SOIL
BIODEGRADATION OF MANGO SEED STARCH FILMS IN SOIL
The typical petroleum-based plastics have triggered environmental problems. For this purpose, biodegradable polymers such as starch are often used to manufacture biodegradable plas...
Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif
Perbualan berimplisit dalam Filem-Filem Klasik Malaysia (P. Ramlee): Analisis Semantik Inkuisitif
Filem-filem klasik P. Ramlee turut menggunakan perbualan tersirat dalam menyampaikan sesuatu mesej namun tidak dapat diterjemah secara harfiah. Bagi merungkai perkara tersebut, mak...
Penghasilan Filem Selulosa Terjana Semula: Suatu Ulasan
Penghasilan Filem Selulosa Terjana Semula: Suatu Ulasan
Filem selulosa terjana semula (FSTS) merupakan produk yang dijana semula daripada selulosa terlarut secara interaksi fizikal mahupun kimia. Sifat fizikal, mekanikal dan kimia FSTS ...
INVESTIGASI TRANSIEN TEKANAN DAN TEMPERATUR SUNGKUP REAKTOR AP1000 DALAM KECELAKAAN SBO DENGAN SET-POINT TEKANAN PENGGUYURAN BERBEDA
INVESTIGASI TRANSIEN TEKANAN DAN TEMPERATUR SUNGKUP REAKTOR AP1000 DALAM KECELAKAAN SBO DENGAN SET-POINT TEKANAN PENGGUYURAN BERBEDA
Reaktor AP1000 menerapkan konsep pendinginan eksternal untuk mengantisipasi naiknya tekanan akibat terjadinya kecelakaan kehilangan seluruh catu daya listrik atau Station Black Out...
Keterlarutan Selulosa, Pelarut dan Produk Selulosa yang Dijana Semula: Suatu Ulasan
Keterlarutan Selulosa, Pelarut dan Produk Selulosa yang Dijana Semula: Suatu Ulasan
Selulosa ialah polimer semula jadi yang boleh diperbaharui dan biasanya ditemui di dalam dinding sel tumbuhan. Interaksi hidrofobik yang kompleks serta sifat amfifilik menyebabkan ...

Back to Top