Javascript must be enabled to continue!
Pandemik Covid-19 Memperkaya Akronim Bahasa Melayu
View through CrossRef
Beberapa akronim terkini telah wujud apabila dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu yang muncul dalam usaha Kerajaan Malaysia membendung penularan COVID-19. Kajian ini ialah kajian kualitatif menggunakan kerangka pengkategorian akronim yang telah dikemukakan oleh Nik Safiah Karim (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia. Sebanyak 200 kongsian maklumat SMS kepada umum daripada pihak MKN antara 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian Celcom dianalisis. Analisis teks terhadap maklumat ini dilakukan untuk mengenal pasti data kajian yang mengandungi akronim. Seterusnya borang soal selidik dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. 150 orang responden telah terlibat menjawab soal selidik ini dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat akronim popular seperti PKP, PKBP, PKPD, SOP, 3S, 3W, dan beberapa kata lagi berkaitan COVID-19 yang telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia dalam membicarakan pandemik COVID-19. Akronim-akronim ini yang sekarang didapati digunakan secara meluas diharap dapat memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.
Center for Open Science
Title: Pandemik Covid-19 Memperkaya Akronim Bahasa Melayu
Description:
Beberapa akronim terkini telah wujud apabila dunia dilanda pandemik COVID-19.
Kajian ini bertujuan untuk mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu yang muncul dalam usaha Kerajaan Malaysia membendung penularan COVID-19.
Kajian ini ialah kajian kualitatif menggunakan kerangka pengkategorian akronim yang telah dikemukakan oleh Nik Safiah Karim (2013).
Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia.
Sebanyak 200 kongsian maklumat SMS kepada umum daripada pihak MKN antara 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian Celcom dianalisis.
Analisis teks terhadap maklumat ini dilakukan untuk mengenal pasti data kajian yang mengandungi akronim.
Seterusnya borang soal selidik dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian.
150 orang responden telah terlibat menjawab soal selidik ini dalam talian.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat akronim popular seperti PKP, PKBP, PKPD, SOP, 3S, 3W, dan beberapa kata lagi berkaitan COVID-19 yang telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia dalam membicarakan pandemik COVID-19.
Akronim-akronim ini yang sekarang didapati digunakan secara meluas diharap dapat memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.
Related Results
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris”
sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
AKRONIM DALAM MEDIA SOSIAL: SUATU KAJIAN MORFOLOGIS
AKRONIM DALAM MEDIA SOSIAL: SUATU KAJIAN MORFOLOGIS
Penelitian ini berjudul, “ Akronim dalam Media Sosial: Suatu Kajian Morfologis”. Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode kualitatif-deskriptif dengan teknik pengum...
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
Budaya sering kali dipersembahkan secara tidak seimbang dan tidak lengkap dalam pengajaran bahasa terutamanya bahasa asing. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk meneroka represent...
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
PEMETAAN LANSKAP LINGUISTIK DI UNIVERSITAS AIRLANGGA SURABAYA
Lanskap Linguistik ( LL) merujuk pada objek penggunaan bahasa di ruang publik. Menurut Landry and Bourhis (1997) yang termasuk dalam LL adalah bahasa di ruang-ruang publik seperti ...

