Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kedudukan Lafaz Cerai Ta’liq Lisan Menurut Perspektif Fiqh Dan Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia

View through CrossRef
Perceraian merupakan suatu fenomena yang berlaku dalam pelbagai medium apabila tiada persefahaman dan tolak ansur antara suami dan isteri termasuk juga cerai ta’liq lisan. Secara dasarnya, konteks cerai ta’liq di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu ta’liq rasmi dan ta’liq tidak rasmi (lisan). Cerai ta’liq lisan adalah lafaz cerai selain daripada isi kandungan surat ta’liq. Permasalahan kajian ini menunjukkan cerai ta’liq lisan ini menyumbang kepada peningkatan jumlah kes-kes tertangguh yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Malaysia dan ini memberi implikasi kepada pihak-pihak terlibat terutamanya isteri. Justeru kajian terperinci berkaitan konsep dan kedudukan perceraian ini perlu dilakukan agar perceraian ini diambil berat oleh semua pihak. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa kedudukan lafaz cerai ta’liq lisan menurut perspektif fiqh dan undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Metodologi yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah reka bentuk kualitatif. Pengkaji turut menjadikan sumber perpustakaan sebagai rujukan kajian seperti buku-buku fiqh, buku manual undang-undang, enakmen, statut, tesis, disertasi, artikel, kertas kerja, jurnal hukum, fail kes dan juga statistik kes daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dapatan kajian mendapati lafaz cerai ta’liq lisan adalah suatu lafaz cerai bersyarat berlandaskan syarak dari sudut fiqh manakala dari sudut enakmen ia dianggap sebagai ta’liq tidak rasmi di bawah lafaz cerai luar mahkamah. Persamaan kedua-duanya adalah isteri jatuh cerai ta’liq apabila lafaz ta’liq tersebut mencapai ta’liq yang sempurna iaitu ia benar-benar berlaku menurut syarak. Rumusan kajian ini adalah suami perlu lebih berwaspada dan teliti terhadap lafaz ta’liq lisan kerana ia adalah suatu perjanjian yang membawa kepada perceraian. Apabila ia difailkan maka perlu melalui proses perundangan yang ditetapkan bagi menyelesaikan kes tersebut.
Title: Kedudukan Lafaz Cerai Ta’liq Lisan Menurut Perspektif Fiqh Dan Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia
Description:
Perceraian merupakan suatu fenomena yang berlaku dalam pelbagai medium apabila tiada persefahaman dan tolak ansur antara suami dan isteri termasuk juga cerai ta’liq lisan.
Secara dasarnya, konteks cerai ta’liq di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu ta’liq rasmi dan ta’liq tidak rasmi (lisan).
Cerai ta’liq lisan adalah lafaz cerai selain daripada isi kandungan surat ta’liq.
Permasalahan kajian ini menunjukkan cerai ta’liq lisan ini menyumbang kepada peningkatan jumlah kes-kes tertangguh yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Malaysia dan ini memberi implikasi kepada pihak-pihak terlibat terutamanya isteri.
Justeru kajian terperinci berkaitan konsep dan kedudukan perceraian ini perlu dilakukan agar perceraian ini diambil berat oleh semua pihak.
Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa kedudukan lafaz cerai ta’liq lisan menurut perspektif fiqh dan undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Metodologi yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah reka bentuk kualitatif.
Pengkaji turut menjadikan sumber perpustakaan sebagai rujukan kajian seperti buku-buku fiqh, buku manual undang-undang, enakmen, statut, tesis, disertasi, artikel, kertas kerja, jurnal hukum, fail kes dan juga statistik kes daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Dapatan kajian mendapati lafaz cerai ta’liq lisan adalah suatu lafaz cerai bersyarat berlandaskan syarak dari sudut fiqh manakala dari sudut enakmen ia dianggap sebagai ta’liq tidak rasmi di bawah lafaz cerai luar mahkamah.
Persamaan kedua-duanya adalah isteri jatuh cerai ta’liq apabila lafaz ta’liq tersebut mencapai ta’liq yang sempurna iaitu ia benar-benar berlaku menurut syarak.
Rumusan kajian ini adalah suami perlu lebih berwaspada dan teliti terhadap lafaz ta’liq lisan kerana ia adalah suatu perjanjian yang membawa kepada perceraian.
Apabila ia difailkan maka perlu melalui proses perundangan yang ditetapkan bagi menyelesaikan kes tersebut.

Related Results

Lafaz al-Rajaʼ dan al-Tamanni dalam Al-Qur’an
Lafaz al-Rajaʼ dan al-Tamanni dalam Al-Qur’an
The existence of synonymy in the Koran is a debate among commentators. Some consider the existence of synonymy in the Koran and others deny it. Various words in the Qur'an appear t...
Mohamad Khairuddin bin Mohamed Zin lwn Nurul Aisha Izzati binti Hamdan (No. Kes: 2503-L0805-152-0043)
Mohamad Khairuddin bin Mohamed Zin lwn Nurul Aisha Izzati binti Hamdan (No. Kes: 2503-L0805-152-0043)
Plaintif dalam kes ini telah membuat permohonan Pengesahan Lafaz Talaq di bawah Seksyen 57 Undang-Undang Keluarga Islam. Pada masa yang sama, berlaku rujuk yang tidak pernah dilapo...
NAFKAH IDDAH DALAM PERKARA PERCERAIAN DI PENGADILAN AGAMA SAMARINDA PERSPEKTIF MASLAHAH MURSALAH
NAFKAH IDDAH DALAM PERKARA PERCERAIAN DI PENGADILAN AGAMA SAMARINDA PERSPEKTIF MASLAHAH MURSALAH
Abstrak: Penelitian ini membahas apakah pada perkara cerai talak dan cerai gugat dalam prosesnya sama-sama memperjuangkan pemenuhan hak iddah atau tidak. Jenis penelitian hukum no...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Kerentanan dan Perlindungan Undang-undang: Meneroka Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
Kerentanan dan Perlindungan Undang-undang: Meneroka Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
Undang-undang keluarga Islam mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan peribadi umat Islam. Kerangka undang-undang ini menetapkan dan melindungi pembentukan keluarga yang sah, ...
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
WASIAT ISLAM: SATU TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistemat...

Back to Top