Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

SOROTAN PEMBINAAN PERADABAN ISLAM MELALUI KERANGKA EPISTEMOLOGI ISLAM

View through CrossRef
Peradaban Islam terbukti telah menyumbang kepada pembinaan tamadun dunia samada di  Afrika, Asia, Andalus dan sebahagian besar Eropah. Pencapaian hebat ini meliputi bidang-bidang ilmu yang utama dan dicatatkan dalam sejarah. Rahsia kejayaan adalah terletak kepada kefahaman Islam yang seimbang dan syumul dalam kalangan para sarjana dan cendekiawan Islam. Artikel  ini cuba membahaskan peranan kefahaman umat Islam terhadap konsep  epistemologi Islam sebagai asas penting pembinaan peradaban Islam yang cemerlang. Kerangka epistemologi Islam ini akan diteliti bagi mengembalikan semula kegemilangan umat Islam masa lalu serta meletakkan kedudukan umat Islam masa kini  sebagai khalifah Allah di muka bumi dalam posisi yang sebenarnya. Kajian ini bersifat kualitatif yang mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan. Data-data kajian dikumpulkan melalui buku-buku, jurnal-jurnal, kertas-kertas persidangan dan kajian ilmiah. Dapatan kajian merumuskan bahawa ilmu epistemologi penting dalam memahami asas-asas pengetahuan dan sumber kebenaran. Dengan mempelajari prinsip-prinsip epistemologi, umat Islam dapat memahami keabsahan dan kekuatan wahyu sebagai sumber pengetahuan yang utama. Perbezaan epistemologi Islam dan Barat adalah berbeza pada pendekatan asas, dan pemahaman asas mengenai pengetahuan dan sumber kebenaran. Epistemologi Barat cenderung berpusat pada pengetahuan yang diperoleh melalui pengamatan, penelitian ilmiah, dan akal manusia yang menjadikan sumber kebenaran utama adalah pengalaman empirikal dan metod saintifik. Ianya berbeza dalam Islam, peranan akal (reason) dan wahyu (revelation) saling berkaitan. Akal digunakan untuk merenung dan memahami wahyu, sementara wahyu memberikan petunjuk dan batasan bagi akal. Peradaban Islam masa lalu berjaya dibina ekoran kesyumulan fahaman umat Islam terhadap kerangka ilmu. Umat Islam dahulu memahami kedudukan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta tuntutan integrasi antara kedua-dua ilmu tersebut. Strategi dan langkah penting yang perlu diambil oleh umat Islam hari ini bagi memegang teraju dunia dari segi pencapaian peradaban yang gemilang adalah kembali meneliti dan memahami epistemologi Islam seterusnya melaksanakannya  berasaskan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.  
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Title: SOROTAN PEMBINAAN PERADABAN ISLAM MELALUI KERANGKA EPISTEMOLOGI ISLAM
Description:
Peradaban Islam terbukti telah menyumbang kepada pembinaan tamadun dunia samada di  Afrika, Asia, Andalus dan sebahagian besar Eropah.
Pencapaian hebat ini meliputi bidang-bidang ilmu yang utama dan dicatatkan dalam sejarah.
Rahsia kejayaan adalah terletak kepada kefahaman Islam yang seimbang dan syumul dalam kalangan para sarjana dan cendekiawan Islam.
Artikel  ini cuba membahaskan peranan kefahaman umat Islam terhadap konsep  epistemologi Islam sebagai asas penting pembinaan peradaban Islam yang cemerlang.
Kerangka epistemologi Islam ini akan diteliti bagi mengembalikan semula kegemilangan umat Islam masa lalu serta meletakkan kedudukan umat Islam masa kini  sebagai khalifah Allah di muka bumi dalam posisi yang sebenarnya.
Kajian ini bersifat kualitatif yang mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan.
Data-data kajian dikumpulkan melalui buku-buku, jurnal-jurnal, kertas-kertas persidangan dan kajian ilmiah.
Dapatan kajian merumuskan bahawa ilmu epistemologi penting dalam memahami asas-asas pengetahuan dan sumber kebenaran.
Dengan mempelajari prinsip-prinsip epistemologi, umat Islam dapat memahami keabsahan dan kekuatan wahyu sebagai sumber pengetahuan yang utama.
Perbezaan epistemologi Islam dan Barat adalah berbeza pada pendekatan asas, dan pemahaman asas mengenai pengetahuan dan sumber kebenaran.
Epistemologi Barat cenderung berpusat pada pengetahuan yang diperoleh melalui pengamatan, penelitian ilmiah, dan akal manusia yang menjadikan sumber kebenaran utama adalah pengalaman empirikal dan metod saintifik.
Ianya berbeza dalam Islam, peranan akal (reason) dan wahyu (revelation) saling berkaitan.
Akal digunakan untuk merenung dan memahami wahyu, sementara wahyu memberikan petunjuk dan batasan bagi akal.
Peradaban Islam masa lalu berjaya dibina ekoran kesyumulan fahaman umat Islam terhadap kerangka ilmu.
Umat Islam dahulu memahami kedudukan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta tuntutan integrasi antara kedua-dua ilmu tersebut.
Strategi dan langkah penting yang perlu diambil oleh umat Islam hari ini bagi memegang teraju dunia dari segi pencapaian peradaban yang gemilang adalah kembali meneliti dan memahami epistemologi Islam seterusnya melaksanakannya  berasaskan ketaqwaan kepada Allah S.
W.
T.
 .

Related Results

Epistemologi Ukhuwah sebagai Falsafah Pemikiran Islam
Epistemologi Ukhuwah sebagai Falsafah Pemikiran Islam
Dalam tata keilmuan, paradigma epistemologi kritis yang komprehensif bagi bagi umat Islam sangat dibutuhkan untuk menggali ruh epistemologi kritis. Hal ini penting karena Indonesia...
EPISTEMOLOGI ARAB-ISLAM MUHAMMAD ABID AL-JABIRI
EPISTEMOLOGI ARAB-ISLAM MUHAMMAD ABID AL-JABIRI
Permasalahan mendasar umat Islam saat ini ketika mereka mendudukkan epistemologi bayani sebagai representasi tunggal dan menolak penalaran yang lebih luas. Karena itulah, Al-Jabiri...
Metode Pembinaan Hukum terhadap Anak Belum Cakap Hukum di Lembaga Pembinaan Khusus Anak II Maros
Metode Pembinaan Hukum terhadap Anak Belum Cakap Hukum di Lembaga Pembinaan Khusus Anak II Maros
Penelitian ini membahas tentang implementasi metode pembinaan hukum terhadap anak yang belum cakap hukum di lembaga pembinaan khusus anak II maros kemudian di breakdown ke dalam be...
ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
ISLAM DAN PERADABAN MELAYU
Islam peradaban melayu apapun bentuknya menjadi (manifestasi) iman dan amal saleh manusia dalam pengabdian kepada Tuhan Yang Maha Esa. Islam peradaban dalam menegakkan tidak hanya ...
Efektifitas Hukum Pembinaan Narapidana Tindak Pidana Narkotika
Efektifitas Hukum Pembinaan Narapidana Tindak Pidana Narkotika
Skripsi ini berjudul: Efektifitas Hukum Pembinaan Narapidana Tindak Pidana Narkotika Di Lapas Kelas II A Sumbawa Besar. Latar belakang penulis melakukan penelitian ini dari permasa...
Review On Lean Principles For Rapid Construction
Review On Lean Principles For Rapid Construction
Penggunaan prinsip “lean” di dalam proses pembinaan adalah untuk melancarkan perjalanan proses pembinaan terutamanya di tapak binaan dengan mengurangkan aktiviti–aktiviti yang tida...
Pelaksanaan Sistem Pembinaan Narapidana pada Rumah Tahanan Negara Kelas II B Painan Kabupaten Pesisir Selatan
Pelaksanaan Sistem Pembinaan Narapidana pada Rumah Tahanan Negara Kelas II B Painan Kabupaten Pesisir Selatan
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan sistem pembinaan narapidana pada Rumah Tahanan Negara Kelas II B Painan Kabupaten Pesisir Selatan, kendala yang terjadi dalam ...
EPISTEMOLOGI BAYANI DALAM KAJIAN USHUL FIQH
EPISTEMOLOGI BAYANI DALAM KAJIAN USHUL FIQH
Abstrak: Epistemologi adalah metode dari cabang ilmu filsafat yang membahas seputar pengetahuan manusia yang semakin hari mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Tuhan memberikan ...

Back to Top