Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KEHAMILAN LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA

View through CrossRef
ABSTRAK Keinginan seks merupakan fitrah manusia dan ia telah menjerumus kepada masalah tingkah laku seksual dalam kalangan remaja. Fenomena ini tidak selari dengan cabaran ke-empat dalam Wawasan 2020 yang suatu ketika dulu merupakan intipati hala tuju negara iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Hasil kajian lepas menunjukkan umur minimum pertama kali melakukan hubungan seks adalah 15 tahun bagi pelajar sekolah. Fenomena seks bebas dalam kalangan remaja telah menjadi punca berlakunya kehamilan luar nikah bawah umur dan punca kepada jenayah pembuangan bayi. Sebanyak 6,656 kes remaja hamil bawah umur dan 120 kes pembuangan bayi telah berlaku sepanjang tahun 2017 hingga Jun 2018. Kesan masalah sosial ini bukan sahaja melibatkan remaja yang melakukannya malahan melibatkan banyak pihak seperti keluarga, masyarakat dan negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang remaja yang terlibat dengan kehamilan luar nikah, faktor penglibatan remaja terhadap gejala seks bebas sehingga terjadinya kehamilan luar nikah dan sokongan yang diperlukan oleh remaja semasa atau selepas kehamilan luar nikah berlaku. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif telah dijalankan melibatkan 8 orang remaja yang sedang mengandung anak luar nikah di Taman Seri Puteri Cheras Selangor. Hasil kajian telah menemukan bahawa latar belakang remaja merupakan penyumbang kepada faktor kehamilan luar nikah berlaku. Selain itu, hubungan sosial remaja juga mempengaruhi penglibatan remaja dengan seks bebas sehingga kehamilan luar nikah berlaku. Penggunaan media sosial dan media massa turut mempunyai pengaruh masing-masing terhadap penglibatan remaja dalam salah laku seks. Pengkaji menyimpulkan bahawa remaja yang terlibat dengan kehamilan luar nikah memerlukan sokongan keluarga bagi meneruskan kehidupan berbanding sokongan sosial
Institute for Youth Research Malaysia
Title: KEHAMILAN LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA
Description:
ABSTRAK Keinginan seks merupakan fitrah manusia dan ia telah menjerumus kepada masalah tingkah laku seksual dalam kalangan remaja.
Fenomena ini tidak selari dengan cabaran ke-empat dalam Wawasan 2020 yang suatu ketika dulu merupakan intipati hala tuju negara iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.
Hasil kajian lepas menunjukkan umur minimum pertama kali melakukan hubungan seks adalah 15 tahun bagi pelajar sekolah.
Fenomena seks bebas dalam kalangan remaja telah menjadi punca berlakunya kehamilan luar nikah bawah umur dan punca kepada jenayah pembuangan bayi.
Sebanyak 6,656 kes remaja hamil bawah umur dan 120 kes pembuangan bayi telah berlaku sepanjang tahun 2017 hingga Jun 2018.
Kesan masalah sosial ini bukan sahaja melibatkan remaja yang melakukannya malahan melibatkan banyak pihak seperti keluarga, masyarakat dan negara.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang remaja yang terlibat dengan kehamilan luar nikah, faktor penglibatan remaja terhadap gejala seks bebas sehingga terjadinya kehamilan luar nikah dan sokongan yang diperlukan oleh remaja semasa atau selepas kehamilan luar nikah berlaku.
Kajian menggunakan pendekatan kualitatif telah dijalankan melibatkan 8 orang remaja yang sedang mengandung anak luar nikah di Taman Seri Puteri Cheras Selangor.
Hasil kajian telah menemukan bahawa latar belakang remaja merupakan penyumbang kepada faktor kehamilan luar nikah berlaku.
Selain itu, hubungan sosial remaja juga mempengaruhi penglibatan remaja dengan seks bebas sehingga kehamilan luar nikah berlaku.
Penggunaan media sosial dan media massa turut mempunyai pengaruh masing-masing terhadap penglibatan remaja dalam salah laku seks.
Pengkaji menyimpulkan bahawa remaja yang terlibat dengan kehamilan luar nikah memerlukan sokongan keluarga bagi meneruskan kehidupan berbanding sokongan sosial.

Related Results

Kecemasan pada Remaja yang Hamil di Luar Nikah
Kecemasan pada Remaja yang Hamil di Luar Nikah
Abstract: Teenagers with premarital pregnancy can experience more stress, feelings of helplessness, hopelessness, depression, suicidal willingness, feelings of failure, and loss of...
PELAKSANAAN WALI NIKAH BAGI ANAK PEREMPUAN LUAR NIKAH DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
PELAKSANAAN WALI NIKAH BAGI ANAK PEREMPUAN LUAR NIKAH DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
        Salah satu perbuatan yang dilarang oleh agama Islam yakni melakukan perbuatan zina dimana  ketika perbuatan intim (zina) tersebut dilakukan antara seorang laki-laki yang bu...
Optimalisasi Bimbingan Pra- Nikah di Kantor Urusan Agama
Optimalisasi Bimbingan Pra- Nikah di Kantor Urusan Agama
Pre Marriage Marriage Guidance comes because of the need, with the increasing number of divorce cases that occur in the community of Ujung Berung Subdistrict, it also indicates tha...
Analisis Hukum Pelaksanaan Akad Nikah Dua Kali Terhadap Perkawinan Anak Di Luar Nikah Di Kota Banjarbaru
Analisis Hukum Pelaksanaan Akad Nikah Dua Kali Terhadap Perkawinan Anak Di Luar Nikah Di Kota Banjarbaru
Wali nikah adalah salah satu syarat utama yang harus dipenuhi agar sebuah pernikahan dianggap sah. Dalam kasus pernikahan anak di luar nikah, sering kali muncul persoalan mengenai ...
Tradisi Mbangun Nikah Dalam Tinjauan Hukum Islam
Tradisi Mbangun Nikah Dalam Tinjauan Hukum Islam
Pernikahan adalah sah jika sudah memenuhi persyaratan akad, semua syarat sah akad dan semua syarat-syarat pelaksanaan seperti yang telah dilaksanakan yaitu dua orang yang berakad, ...
IMPLIKASI ITSBAT NIKAH TEHADAP STATUS PERKAWINAN DAN ANAK DALAM KEPASTIAN HUKUM
IMPLIKASI ITSBAT NIKAH TEHADAP STATUS PERKAWINAN DAN ANAK DALAM KEPASTIAN HUKUM
Pasangan suami istri yang telah melakukan perkawinan dihadapan Pegawai Pencatat Nikah, akan tetapi Pegawai Pencatat Nikah dengan sengaja tidak mencatat perkawinan yang ada dihada...
KOMPLIKASI KEHAMILAN DAN PERSALINAN PADA KEHAMILAN REMAJA
KOMPLIKASI KEHAMILAN DAN PERSALINAN PADA KEHAMILAN REMAJA
AbstrakLatar Belakang: Menurut UNICEF, setiap lima kelahiran bayi terdapat satu bayi lahir dari ibu dengan usia dibawah 19 tahun. Kehamilan pada remaja usia 15-19 tahun di negara b...

Back to Top