Javascript must be enabled to continue!
Paluan Kompang Fatani: Irama Tradisi yang Mengukuhkan Identiti.
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik seni tradisional Melayu, dengan fokus utama ialah pada Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia, yang merupakan pertubuhan seni kompang yang sudah lama wujud di Tanah Melayu. Pengenalan kajian ini menekankan kepentingan seni kompang dalam memperkukuh identiti budaya dan perpaduan sosial dalam masyarakat. Melalui objektif kajian, kajian ini mengenal pasti sejarah pertubuhan seni kompang fatani, mengkaji teknik-teknik permainan serta menilai kemahiran asas yang diperlukan oleh pemain kompang. Mengikut tinjauan literatur, kajian ini menganalisis sejarah, teknik pembuatan, dan perubahan dalam penggunaan kompang dari zaman tradisional hingga ke era moden. Penyelidikan ini juga mengkaji pengaruh muzik kontemporari terhadap seni kompang, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan relevansinya di kalangan generasi muda. Hasil kajian menunjukkan bahawa seni kompang bukan sahaja berfungsi sebagai alat muzik, tetapi juga sebagai simbol perpaduan dalam pelbagai acara tradisional dan keagamaan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan sumber rujukan akademik yang mendalam mengenai seni kompang Fatani, yang menunjukkan perlunya lebih banyak penyelidikan dan dokumentasi. Kajian ini mencadangkan penggunaan platform digital untuk mempromosikan seni kompang dan menarik minat generasi muda, serta mengimbangi keperluan untuk mengekalkan tradisi dengan penyesuaian kepada kehendak semasa. Secara keseluruhan, kajian ini memberikan sumbangan penting dalam usaha memelihara dan mempromosikan seni budaya warisan Malaysia, serta menekankan peranan seni kompang dalam melestarikan identiti budaya masyarakat Melayu dalam dunia yang semakin global dan moden.
Title: Paluan Kompang Fatani: Irama Tradisi yang Mengukuhkan Identiti.
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik seni tradisional Melayu, dengan fokus utama ialah pada Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia, yang merupakan pertubuhan seni kompang yang sudah lama wujud di Tanah Melayu.
Pengenalan kajian ini menekankan kepentingan seni kompang dalam memperkukuh identiti budaya dan perpaduan sosial dalam masyarakat.
Melalui objektif kajian, kajian ini mengenal pasti sejarah pertubuhan seni kompang fatani, mengkaji teknik-teknik permainan serta menilai kemahiran asas yang diperlukan oleh pemain kompang.
Mengikut tinjauan literatur, kajian ini menganalisis sejarah, teknik pembuatan, dan perubahan dalam penggunaan kompang dari zaman tradisional hingga ke era moden.
Penyelidikan ini juga mengkaji pengaruh muzik kontemporari terhadap seni kompang, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan relevansinya di kalangan generasi muda.
Hasil kajian menunjukkan bahawa seni kompang bukan sahaja berfungsi sebagai alat muzik, tetapi juga sebagai simbol perpaduan dalam pelbagai acara tradisional dan keagamaan.
Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan sumber rujukan akademik yang mendalam mengenai seni kompang Fatani, yang menunjukkan perlunya lebih banyak penyelidikan dan dokumentasi.
Kajian ini mencadangkan penggunaan platform digital untuk mempromosikan seni kompang dan menarik minat generasi muda, serta mengimbangi keperluan untuk mengekalkan tradisi dengan penyesuaian kepada kehendak semasa.
Secara keseluruhan, kajian ini memberikan sumbangan penting dalam usaha memelihara dan mempromosikan seni budaya warisan Malaysia, serta menekankan peranan seni kompang dalam melestarikan identiti budaya masyarakat Melayu dalam dunia yang semakin global dan moden.
Related Results
Penelitian Tradisi Sunatan Di Kampung Tian Matu Sarawak Malaysia
Penelitian Tradisi Sunatan Di Kampung Tian Matu Sarawak Malaysia
Tradisi Sunatan di Kampung Tian Matu Sarawak Malaysia, Bentuk tradisi sunatan ini meliputi atribut yang digunakan dan prosesi tradisi Sunatan ini dimana pemakaian anak-anak khitan ...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
K Kearifan Lokal Dalam Tradisi Nganggung di Desa Sekar Biru
K Kearifan Lokal Dalam Tradisi Nganggung di Desa Sekar Biru
Kearifan Lokal merupakan nilai luhur yang terkandung dalam kekayaan budaya tradisi pada kelompok masyarakat dari generasi ke generasi yang diwariskan secara turun temurun. Oleh kar...
TRADISI NYADRAN PUNDEN DAN UMAT BUDDHA DI DUSUN LAMUK, KABUPATEN TEMANGGUNG
TRADISI NYADRAN PUNDEN DAN UMAT BUDDHA DI DUSUN LAMUK, KABUPATEN TEMANGGUNG
Tradisi Nyadran sebagai sebuah kearifan lokal yang turun temurun dari generasi ke generasi selanjutnya, kegiatan tradisi Nyadran Punden merupakan pembersihan makam leluhur dan mela...
TRADISI NGEDEBLAG DI DESA PAKRAMAN KEMENUH KECAMATAN SUKAWATI KABUPATEN GIANYAR (Kajian Teologi Hindu)
TRADISI NGEDEBLAG DI DESA PAKRAMAN KEMENUH KECAMATAN SUKAWATI KABUPATEN GIANYAR (Kajian Teologi Hindu)
<p>Umat Hindu selalu memegang teguh ajaran <em>Tri Hita Karana </em>yaitu tiga sumber</p><p>yang mendatangkan kebahagiaan, yakni hubungan manusia deng...
TRADISI PEMBUTAN TIKAR PEDAMARAN
TRADISI PEMBUTAN TIKAR PEDAMARAN
Latar Belakang : Tikar yang merupakan kerajinan tangan yang berasal dari desa pedamaran.penelitian ini menggunakan metode deskriptif kualitatif dengan menjelaskan secara keseluruha...
SHAYKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI INTELEKTUAL HUBUNGAN DAKWAH ANTARABANGSA
SHAYKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI INTELEKTUAL HUBUNGAN DAKWAH ANTARABANGSA
Hubungan antarabangsa antara kesultanan Tanah Melayu dengan kerajaan Uthmaniyah telah lama berlaku semenjak kurun ke-18. Namun, kaedah dan tokoh yang memainkan peranan penting dala...
Baantaran Jujuran Perkawinan Adat Masyarakat Banjar Sebagai Nilai Sosial Budaya
Baantaran Jujuran Perkawinan Adat Masyarakat Banjar Sebagai Nilai Sosial Budaya
Tradisi merupakan warisan leluhur yang diyakini masyarakat sarat dengan nilai. Demikian juga dalam perkawinan adat Banjar terdiri dari berbagai tradisi, diantaranya maantar jujuran...

