Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Keberkesanan Kewangan Inklusif Menerusi Ejen Perbankan

View through CrossRef
Pelaksanaan perkhidmatan ejen Bank Simpanan Nasional (EB BSN) merupakan salah satu inisiatif BSN bagi memacu kewangan inklusif rakyat di negara ini. Memegang mandat yang jelas dengan prinsip korporatnya iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’ merupakan satu-satunya bank di negara ini yang menyediakan akses perbankan menyeluruh di kawasan luar bandar. Pelaksanaan perkhidmatan EB BSN bertujuan meningkatkan akses masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan dengan mudah tanpa hadir ke bank. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa keberkesanan kewangan inklusif menerusi penglibatan peniaga sebagai ejen EB BSN. Kajian ini menggunakan data soal selidik ke atas 392 responden yang terdiri daripada EB BSN di seluruh Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan ejen perkhidmatan EB BSN tidak hanya memberi kesan positif kepada masyarakat melalui perkembangan akses perbankan, malah penemuan ini mendapati ejen perkhidmatan EB BSN turut menyumbang kepada prestasi perniagaan mereka. Analisis secara deskriptif menunjukkan sebanyak 378 (97%) daripada responden setuju perkhidmatan sebagai EB BSN mempengaruhi keuntungan perniagaan mereka. Malah, seramai 368 (93.9%) responden bersetuju bahawa jumlah pelanggan mereka turut meningkat sejak menjadi EB BSN. Implikasinya, BSN perlu memperbaiki dan mengoptimumkan perkhidmatan EB BSN melalui peningkatkan platform teknologi dan digitalisasi supaya perkhidmatan EB BSN ini kekal relevan pada masa akan datang.
Asian Scholars Network
Title: Keberkesanan Kewangan Inklusif Menerusi Ejen Perbankan
Description:
Pelaksanaan perkhidmatan ejen Bank Simpanan Nasional (EB BSN) merupakan salah satu inisiatif BSN bagi memacu kewangan inklusif rakyat di negara ini.
Memegang mandat yang jelas dengan prinsip korporatnya iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’ merupakan satu-satunya bank di negara ini yang menyediakan akses perbankan menyeluruh di kawasan luar bandar.
Pelaksanaan perkhidmatan EB BSN bertujuan meningkatkan akses masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan dengan mudah tanpa hadir ke bank.
Artikel ini bertujuan untuk menganalisa keberkesanan kewangan inklusif menerusi penglibatan peniaga sebagai ejen EB BSN.
Kajian ini menggunakan data soal selidik ke atas 392 responden yang terdiri daripada EB BSN di seluruh Malaysia.
Hasil kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan ejen perkhidmatan EB BSN tidak hanya memberi kesan positif kepada masyarakat melalui perkembangan akses perbankan, malah penemuan ini mendapati ejen perkhidmatan EB BSN turut menyumbang kepada prestasi perniagaan mereka.
Analisis secara deskriptif menunjukkan sebanyak 378 (97%) daripada responden setuju perkhidmatan sebagai EB BSN mempengaruhi keuntungan perniagaan mereka.
Malah, seramai 368 (93.
9%) responden bersetuju bahawa jumlah pelanggan mereka turut meningkat sejak menjadi EB BSN.
Implikasinya, BSN perlu memperbaiki dan mengoptimumkan perkhidmatan EB BSN melalui peningkatkan platform teknologi dan digitalisasi supaya perkhidmatan EB BSN ini kekal relevan pada masa akan datang.

Related Results

Cabaran dalam Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
Cabaran dalam Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan sekolah menengah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan protokol temu bual separa bers...
Membangunkan kemahiran kewangan asas melalui aktiviti permainan digital
Membangunkan kemahiran kewangan asas melalui aktiviti permainan digital
Kemahiran literasi kewangan semakin penting dalam perkembangan kanak-kanak, terutamanya pada era digital. Namun, terdapat kekurangan alat pengajaran yang menarik untuk memperkenalk...
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: TINJAUAN STRATEGI PENGUKUHANNYA
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: TINJAUAN STRATEGI PENGUKUHANNYA
Perbankan Islam Malaysia pada masa kini Islam telah menjangkaui tiga dekad perlaksanaan dan telah mengorak langkah menjadi antara penyedia perkhidmatan kewangan terpenting dan berd...
RESTRUKTURISASI PERBANKAN DAN DAMPAKNYA TERHADAP PEMULIHAN KEGIATAN EKONOMI DAN PENGENDALIAN MONETER
RESTRUKTURISASI PERBANKAN DAN DAMPAKNYA TERHADAP PEMULIHAN KEGIATAN EKONOMI DAN PENGENDALIAN MONETER
Krisis nilai tukar yang terjadi sejak pertengahan tahun 1997 telah mengakibatkan krisis perbankan yang parah di Indonesia. Kondisi ini mendorong dilakukannya restrukturisasi perban...
IMPLEMENTASI PRINSIP KEHATI-HATIAN DALAM PERBANKAN
IMPLEMENTASI PRINSIP KEHATI-HATIAN DALAM PERBANKAN
Perbankan sebagai lembaga keuangan rentan dengan berbagai risiko oleh sebab itu, karena fungsi bank maka, perlu diterapkan prinsip kehati-hatian dalam dunia perbankan. Peranan bank...
SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA DARI ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA KURUN KE-21: SATU TINJAUAN
SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA DARI ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA KURUN KE-21: SATU TINJAUAN
Pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri selari dengan perubahan masa dan era pemerintahan negara. Bermula dari zaman Kesult...
Hierarki Hukum Perbankan Syariah Di Indonesia
Hierarki Hukum Perbankan Syariah Di Indonesia
Tujuan - Penelitian ini membahas tentang hierarki hukum pada perbankan syariah. Permasalahan yang sering terjadi yakni efektifitas peran hierarki hukum dalam tatanan hukum perbanka...

Back to Top