Javascript must be enabled to continue!
Elemen Kolaborasi Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Heutagogi
View through CrossRef
Elemen kolaborasi adalah penting dalam pengajaran guru Pendidikan Islam untuk mengetengahkan pembelajaran kendiri seperti heutagogi. Bagi mencapai kemenjadian murid dalam penyampaian pendidikan, kolaborasi dapat membantu usaha memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid. Namun, bagaimanakah elemen kolaborasi dibentuk oleh guru Pendidikan Islam di sekolah menengah semasa proses pengajaran dengan pendekatan heutagogi? Justeru itu, bagi menjawab persoalan ini, penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah dijalankan. Data dikutip melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan penelitian terhadap dokumen. Seramai empat orang guru Pendidikan Islam sekolah menengah dari empat buah sekolah berbeza di empat buah negeri telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Empat kriteria ditetapkan, iaitu; 1) menampilkan pengajaran dengan pendekatan heutagogi, 2) menerima pengiktirafan berkaitan pengajaran, 3) mempunyai ikhtisas dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, dan 4) sukarela dan memberikan kerjasama. Selain itu, kajian ini juga melibatkan empat orang murid dari sekolah yang terlibat sebagai sokongan kepada data yang diperolehi. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data temu bual ditranskripsikan dan dianalisis secara bertema dan seterusnya ditriangulasikan dengan analisis dokumen. Perbandingan antara data dalam kalangan peserta kajian dibuat agar dapat membentuk tema yang tepat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat cara elemen kolaborasi dibentuk dalam pengajaran dan pembelajaran guru iaitu gerak kerja berkumpulan, variasi kemahiran kumpulan, penggunaan teknologi dan penglibatan bersama komuniti. Dapatan ini dapat memberi impak kepada guru khususnya dan pentadbir sekolah amnya untuk memperbaiki kaedah pengajaran agar segerak dengan keperluan semasa murid. Malah, penerapan kolaborasi terhadap murid juga berupaya membuka ruang pembelajaran yang lebih luas untuk penglibatan pihak tertentu dalam membantu kemajuan pendidikan negara.
Title: Elemen Kolaborasi Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Heutagogi
Description:
Elemen kolaborasi adalah penting dalam pengajaran guru Pendidikan Islam untuk mengetengahkan pembelajaran kendiri seperti heutagogi.
Bagi mencapai kemenjadian murid dalam penyampaian pendidikan, kolaborasi dapat membantu usaha memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid.
Namun, bagaimanakah elemen kolaborasi dibentuk oleh guru Pendidikan Islam di sekolah menengah semasa proses pengajaran dengan pendekatan heutagogi? Justeru itu, bagi menjawab persoalan ini, penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah dijalankan.
Data dikutip melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan penelitian terhadap dokumen.
Seramai empat orang guru Pendidikan Islam sekolah menengah dari empat buah sekolah berbeza di empat buah negeri telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan.
Empat kriteria ditetapkan, iaitu; 1) menampilkan pengajaran dengan pendekatan heutagogi, 2) menerima pengiktirafan berkaitan pengajaran, 3) mempunyai ikhtisas dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, dan 4) sukarela dan memberikan kerjasama.
Selain itu, kajian ini juga melibatkan empat orang murid dari sekolah yang terlibat sebagai sokongan kepada data yang diperolehi.
Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen.
Data temu bual ditranskripsikan dan dianalisis secara bertema dan seterusnya ditriangulasikan dengan analisis dokumen.
Perbandingan antara data dalam kalangan peserta kajian dibuat agar dapat membentuk tema yang tepat.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat cara elemen kolaborasi dibentuk dalam pengajaran dan pembelajaran guru iaitu gerak kerja berkumpulan, variasi kemahiran kumpulan, penggunaan teknologi dan penglibatan bersama komuniti.
Dapatan ini dapat memberi impak kepada guru khususnya dan pentadbir sekolah amnya untuk memperbaiki kaedah pengajaran agar segerak dengan keperluan semasa murid.
Malah, penerapan kolaborasi terhadap murid juga berupaya membuka ruang pembelajaran yang lebih luas untuk penglibatan pihak tertentu dalam membantu kemajuan pendidikan negara.
Related Results
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
AbstractAnalysis of Poetry Themed Guru Sekumpul by Guru Abdul Hakim and Guru Akhmad Syairazi: Heuristics and Hermeneutics. This research aims to describe the results of heuristic a...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
KOLABORASI GURU BK, GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM, DAN WALI KELAS DALAM MENGATASI PERILAKU BERMASALAH SISWA
KOLABORASI GURU BK, GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM, DAN WALI KELAS DALAM MENGATASI PERILAKU BERMASALAH SISWA
Tulisan ini bermaksud menjabarkan pengaplikasian Bimbingan dan Konseling Islam di sekolah dengan bentuk kolaborasi guru BK, guru PAI dan wali kelas dalam mengatasi perilaku bermasa...
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
Analisis waktu standar produksi merupakan salah satu analisis metoda kuantitatif yang dilakukan untuk mengukur waktu produksi dan bertujuan agar dapat memiliki waktu standar sebaga...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Pendidikan Islam merupakan antara bidang yang sangat lazim dengan institusi pengajian tempatan dan luar negara. Pendidikan Islam juga merupakan suatu mata pelajaran kurikulum bilik...
PENDEKATAN MINAT KEPADA PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENDEKATAN MINAT KEPADA PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Pelajar hari ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan sama ada akademik atau pendidikan Islam. Matlamat pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam adala...
KOLABORASI DALAM PENGHASILAN INOVASI PENGAJARAN
KOLABORASI DALAM PENGHASILAN INOVASI PENGAJARAN
Kolaborasi adalah elemen penting ketika penghasilan inovasi. Dalam kepelbagaian kekangan yang dihadapi ketika menghasilkan inovasi, kolaborasi dapat membantu memudahkan proses ters...

