Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PENDEKATAN MINAT KEPADA PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

View through CrossRef
Pelajar hari ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan sama ada akademik atau pendidikan Islam. Matlamat pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam adalah untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan sunah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara. Oleh itu, keberkesanan pendidikan Islam menjadi fokus utama ketika guru mengajar di sekolah. Menimbulkan minat pelajar terhadap matapelajaran pendidikan Islam adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan Islam untuk memastikan pelajar dapat menguasai matapelajaran pendidikan Islam sehingga dapat membentuk diri sendiri menjadi individu yang berguna dan mentaati perintah Allah. Justeru kepentingan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam akan dikaji dalam kajian ini. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif, menggunakan pendekatan analisis dokumen melalui dokumen primer dan dokumen sekunder bagi mengkaji konsep minat dari perspektif Islam, hubungannya serta aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam pelajar. Hasil kajian mendapati, elemen pendekatan minat sesuai untuk dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Perbincangan ini memberi implikasi bahawa pendekatan minat mampu menjadi pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang mengandungi nilai bersesuaian dengan diri pelajar.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: PENDEKATAN MINAT KEPADA PELAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Description:
Pelajar hari ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan sama ada akademik atau pendidikan Islam.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam adalah untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan sunah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara.
Oleh itu, keberkesanan pendidikan Islam menjadi fokus utama ketika guru mengajar di sekolah.
Menimbulkan minat pelajar terhadap matapelajaran pendidikan Islam adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan Islam untuk memastikan pelajar dapat menguasai matapelajaran pendidikan Islam sehingga dapat membentuk diri sendiri menjadi individu yang berguna dan mentaati perintah Allah.
Justeru kepentingan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam akan dikaji dalam kajian ini.
Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif, menggunakan pendekatan analisis dokumen melalui dokumen primer dan dokumen sekunder bagi mengkaji konsep minat dari perspektif Islam, hubungannya serta aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam pelajar.
Hasil kajian mendapati, elemen pendekatan minat sesuai untuk dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.
Perbincangan ini memberi implikasi bahawa pendekatan minat mampu menjadi pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang mengandungi nilai bersesuaian dengan diri pelajar.

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Abstract. Based on the PISA report which was just released 2019, Indonesia's reading score is ranked 72 out of 77 countries (liputan6.com,2019). This condition shows the poor inter...
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Pendidikan Islam merupakan antara bidang yang sangat lazim dengan institusi pengajian tempatan dan luar negara. Pendidikan Islam juga merupakan suatu mata pelajaran kurikulum bilik...
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajar...
The Effectiveness of Collaborative Learning In The Teaching of Form Four Mathematical Reasoning
The Effectiveness of Collaborative Learning In The Teaching of Form Four Mathematical Reasoning
Pembelajaran kolaboratif merujuk kepada organisasi bilik darjah di mana pelajar bekerjasama dalam kumpulan yang kecil melakukan aktiviti yang dikongsikan tetapi mempunyai matlamat ...

Back to Top