Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PERSPEKTIF BELIA TERHADAP ISU SOSIOEKONOMI DAN POLITIK DI KAWASAN DUN PERAMU JAYA, PEKAN, PAHANG

View through CrossRef
Hak mengundi kepada golongan belia membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golongan belia dalam menentukan dan membentuk masa depan negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Hasil kajian mendapati 76 peratus responden bersetuju bahawa isu sosioekonomi dan politik di kawasan responden ‘penting’ untuk diambil tahu. Seterusnya, 86 peratus responden menyatakan keadaan sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya adalah stabil. Di samping itu, 72 peratus responden sering membincangkan isu seperti pemulihan ekonomi, harga barang, inflasi dan kos sara hidup. Seterusnya, isu politik yang selalu dibincangkan di kawasan kajian oleh golongan belia adalah isu rasuah iaitu sebanyak 66 peratus. Kesimpulannya, kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, data tambahan dan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan mengenai kelompok belia khususnya dalam bidang politik dan pilihan raya di Malaysia. Implikasi kajian ini adalah belia setempat dapat didedahkan dengan isu semasa iaitu isu sosioekonomi dan isu politik yang sebenarnya penting untuk mereka tahu dan fikir bagi menentukan masa depan dan pilihan politik pada pilihan raya akan datang.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: PERSPEKTIF BELIA TERHADAP ISU SOSIOEKONOMI DAN POLITIK DI KAWASAN DUN PERAMU JAYA, PEKAN, PAHANG
Description:
Hak mengundi kepada golongan belia membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golongan belia dalam menentukan dan membentuk masa depan negara.
Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang.
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian.
Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.
Hasil kajian mendapati 76 peratus responden bersetuju bahawa isu sosioekonomi dan politik di kawasan responden ‘penting’ untuk diambil tahu.
Seterusnya, 86 peratus responden menyatakan keadaan sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya adalah stabil.
Di samping itu, 72 peratus responden sering membincangkan isu seperti pemulihan ekonomi, harga barang, inflasi dan kos sara hidup.
Seterusnya, isu politik yang selalu dibincangkan di kawasan kajian oleh golongan belia adalah isu rasuah iaitu sebanyak 66 peratus.
Kesimpulannya, kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, data tambahan dan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan mengenai kelompok belia khususnya dalam bidang politik dan pilihan raya di Malaysia.
Implikasi kajian ini adalah belia setempat dapat didedahkan dengan isu semasa iaitu isu sosioekonomi dan isu politik yang sebenarnya penting untuk mereka tahu dan fikir bagi menentukan masa depan dan pilihan politik pada pilihan raya akan datang.

Related Results

PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA
ABSTRAK Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positi...
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
KESAN PENGLIBATAN BELIA MALAYSIA DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
ABSTRAK Mutakhir ini konsep keusahawanan telah diperluaskan skop aplikasinya kepada konteks yang melibatkan pencapaian matlamat sosial dan bukan keuntungan. Konsep ini di label se...
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA
ABSTRAK Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responde...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...
Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2023 memperlihatkan berlakunya 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang terakhir adalah PRK DUN Mahkota yang diadakan pada 28 September 2024. PRK D...
resume hukum tatanegara
resume hukum tatanegara
PARTAI POLITIK DAN PEMILIHAN UMUM (PEMILU)1. Partai PolitikA. Sejarah Partai Politik di Indonesia.Partai politik pertama-tama lahir di negara-negara Eropa Barat. Pada mulanya perke...
Sumber politik pendidikan pancasila
Sumber politik pendidikan pancasila
Sistem politik Indonesia dewasa ini sedang mengalami proses demokratisasi yang membawa berbagai konsekuensi tidak hanya terhadap dinamika kehidupan politik nasional, melainkan juga...

Back to Top