Javascript must be enabled to continue!
Ilmu Diplomatik sebagai Pustaka Watan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional
View through CrossRef
Manuskrip Melayu merupakan khazanah berharga yang mencatatkan rekod pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan kesultanan Melayu. Menerusi catatan peristiwa tersebut, terdapat pelbagai ilmu yang dapat diselongkar sebagai pustaka watan. Pustaka watan ialah himpunan ilmu tempatan yang memberi kemaslahatan kepada masyarakat selain membuktikan ketinggian keintelektualan zaman silam yang dapat diwarisi. Antara ilmu yang dapat dikenal pasti ialah ilmu diplomatik. Ilmu diplomatik ialah pengetahuan tentang pengurusan hal ehwal hubungan antarabangsa sesebuah kerajaan. Perkembangan pengurusan serta pengukuhan kestabilan pemerintahan kesultanan Melayu adalah bersandarkan cetusan hubungan ini. Kepelbagaian perkongsian sumber organisasi dan bahan semula jadi menjadikan hubungan antara dua atau lebih kerajaan menjadi akrab dan dapat membina hubungan atas dasar percaya dan keyakinan masing-masing. Namun demikian, ilmu diplomatik sebagai pustaka watan masih lagi belum berkembang kajiannya. Oleh itu, makalah ini akan menghuraikan serta menganalisis ilmu diplomatik sebagai pustaka watan dengan menggunakan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan. Dalam pada itu, kaedah kepustakaan dan juga analisis teks digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat bentuk dan juga kaedah pengendalian ilmu diplomatik sebagai pustaka watan menerusi naskhah terpilih. Kajian ini dapat menyumbangkan pengetahuan kepada pengkaji bidang lain yang berkaitan agar memanfaatkan data yang telah direkodkan oleh para ilmuwan terdahulu dalam manuskrip Melayu.
Title: Ilmu Diplomatik sebagai Pustaka Watan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional
Description:
Manuskrip Melayu merupakan khazanah berharga yang mencatatkan rekod pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan kesultanan Melayu.
Menerusi catatan peristiwa tersebut, terdapat pelbagai ilmu yang dapat diselongkar sebagai pustaka watan.
Pustaka watan ialah himpunan ilmu tempatan yang memberi kemaslahatan kepada masyarakat selain membuktikan ketinggian keintelektualan zaman silam yang dapat diwarisi.
Antara ilmu yang dapat dikenal pasti ialah ilmu diplomatik.
Ilmu diplomatik ialah pengetahuan tentang pengurusan hal ehwal hubungan antarabangsa sesebuah kerajaan.
Perkembangan pengurusan serta pengukuhan kestabilan pemerintahan kesultanan Melayu adalah bersandarkan cetusan hubungan ini.
Kepelbagaian perkongsian sumber organisasi dan bahan semula jadi menjadikan hubungan antara dua atau lebih kerajaan menjadi akrab dan dapat membina hubungan atas dasar percaya dan keyakinan masing-masing.
Namun demikian, ilmu diplomatik sebagai pustaka watan masih lagi belum berkembang kajiannya.
Oleh itu, makalah ini akan menghuraikan serta menganalisis ilmu diplomatik sebagai pustaka watan dengan menggunakan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan.
Dalam pada itu, kaedah kepustakaan dan juga analisis teks digunakan untuk mencapai objektif kajian.
Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat bentuk dan juga kaedah pengendalian ilmu diplomatik sebagai pustaka watan menerusi naskhah terpilih.
Kajian ini dapat menyumbangkan pengetahuan kepada pengkaji bidang lain yang berkaitan agar memanfaatkan data yang telah direkodkan oleh para ilmuwan terdahulu dalam manuskrip Melayu.
Related Results
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
PERSONIFIKASI DALAM “WASF AL-LAYL†PUISI IMRU’U AL-QAYS DAN “DUHAI MALAM†LIRIK CIPTAAN AD SAMAD
PERSONIFIKASI DALAM “WASF AL-LAYL†PUISI IMRU’U AL-QAYS DAN “DUHAI MALAM†LIRIK CIPTAAN AD SAMAD
ABSTRAK
Keindahan sesuatu karya itu dapat dilihat pada penggunaan kata yang menyimpang daripada makna sebenar. Personifikasi adalah antara gaya bahasa yang mendukung konsep ...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
Metafora dalam sastra lisan merupakan bagian khazanah kekayaan kebudayaan masyarakat Melayu Islam Sumatera Selatan. Beragam bentuk sastra lisan masyarakat Melayu Sumatera Selatan m...
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalk...
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
Abstract This study aims to identify Sanskrit loanwords in the Malay language and discuss the changes from an etymological standpoint. The changes discussed include two salient ele...
Malay Warrior Board Game A Method of Appreciation of The Narrative of Hikayat Hang Tuah
Malay Warrior Board Game A Method of Appreciation of The Narrative of Hikayat Hang Tuah
ABSTRACT
Hikayat Hang Tuah is a traditional Malay literary work that often attracts the attention of scholars both within and outside the nation. The story is always a topic of dis...

