Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

CABARAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI NEGERI MELAKA

View through CrossRef
Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia sering menimbulkan komen negatif dan polemik di kalangan masyarakat Islam. Masyarakat sering mempersoalkan sejauh manakah tahap penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dijalankan dalam membendung aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Hukum Syarak. Artikel ini bertujuan mengkaji sejauh manakah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan khususnya di Negeri Melaka sepertimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dalam pengumpulan data. Hasil kajian ini mendapati tindakan penguatkuasaan tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Hanya terdapat 27 jenis kesalahan yang ditangani oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan memberi penumpuan utama kepada kategori kesalahan berhubung dengan seksual. Terdapat 8 jenis kesalahan jenayah syariah yang lazim berlaku di Negeri Melaka iaitu kesalahan bersekediaman, perbuatan tak sopan, hamil luar nikah ,berjudi ,subahat persetubuhan haram, menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan, pungutan tak sah dan minum minuman memabukkan. Oleh itu, kajian lanjut perlu dilakukan dalam membantu Bahagian Penguatkuasaan mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam penguatkuasaan dan seterusnya memperbaiki serta mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut dalam mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah.
Title: CABARAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI NEGERI MELAKA
Description:
Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia sering menimbulkan komen negatif dan polemik di kalangan masyarakat Islam.
Masyarakat sering mempersoalkan sejauh manakah tahap penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah dijalankan dalam membendung aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Hukum Syarak.
Artikel ini bertujuan mengkaji sejauh manakah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan khususnya di Negeri Melaka sepertimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dalam pengumpulan data.
Hasil kajian ini mendapati tindakan penguatkuasaan tidak dilaksanakan secara menyeluruh.
Hanya terdapat 27 jenis kesalahan yang ditangani oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan memberi penumpuan utama kepada kategori kesalahan berhubung dengan seksual.
Terdapat 8 jenis kesalahan jenayah syariah yang lazim berlaku di Negeri Melaka iaitu kesalahan bersekediaman, perbuatan tak sopan, hamil luar nikah ,berjudi ,subahat persetubuhan haram, menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan, pungutan tak sah dan minum minuman memabukkan.
Oleh itu, kajian lanjut perlu dilakukan dalam membantu Bahagian Penguatkuasaan mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam penguatkuasaan dan seterusnya memperbaiki serta mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut dalam mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah.

Related Results

Pengkid dan Tomboi Menurut Perspektif Islam dan Perspektif Undang-Undang Jenayah Syariah
Pengkid dan Tomboi Menurut Perspektif Islam dan Perspektif Undang-Undang Jenayah Syariah
Istilah pengkid dan tomboi adalah merujuk kepada golongan wanita yang berperwatakan dan berkelakuan seperti lelaki. Kajian ini akan membincangkan isu golongan tomboi dan pengkid da...
KESALAHAN HUDUD DALAM NASKHAH SULALATUS SALATIN
KESALAHAN HUDUD DALAM NASKHAH SULALATUS SALATIN
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan hukuman terhadap kesalahan hudud berpandukan al-Quran dan Hadis dalam naskhah Sulalatus Salatin yang diselenggara...
Penguatkuasaan Undang-undang Status Halal Premis Makanan di Malaysia
Penguatkuasaan Undang-undang Status Halal Premis Makanan di Malaysia
Operasi pemantauan dan penguatkuasaan pasca pensijilan halal diperuntukkan dalam prosedur perundangan sebagai memastikan tahap pematuhan berhubung skim pensijilan halal di Malaysia...
Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama
Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama
Individu autisme mengalami kecelaruan perkembangan-neuro dan menyebabkan kekurangan dari segi kemahiran sosial dan imaginasi. Situasi ini menjadikan mereka terdedah dan agak cender...
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Undang-undang ini dilaksanaka...
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH ...
KRITIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH (GP28) DALAM KOPERASI DI MALAYSIA
KRITIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH (GP28) DALAM KOPERASI DI MALAYSIA
Aspek tadbir urus dalam sektor koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tanggungjawab, akauntabiliti dan keberkesanan koperasi konvensional dan Syariah. Piha...

Back to Top